All Posts Tagged With: "Diri Saya"

Budi baik sebuah hospital NZ

Budi baik sebuah hospital NZ

BAGI saya pengalaman paling pahit dan mencemaskan ketika berada di negara asing ialah kehilangan pasport dan juga isteri diserang strok. Pengalaman ini meninggalkan fobia kepada diri saya sehingga sekarang. Bagaimanapun saya bersyukur kerana ia berlaku di negara yang kebanyakan manusianya baik dan senantiasa bersedia untuk membantu.

Sikap para petugas di Hospital Christchurch New Zealand yang lebih mementingkan pesakit dari wang dan sangat bertimbang rasa telah mententeramkan perasaan saya yang dalam keadaan cemas apabila hendak memasukkan isteri saya ..read more 21Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

2009 cemerlang buat Alyah

2009 cemerlang buat Alyah

MUNGKIN ramai yang menganggap Alyah adalah seorang artis baru yang hendak mengukir nama di persada seni tanah air. Tetapi, jika diselak kembali lembaran seninya, sebenarnya sudah hampir sedekad dia berlayar di lautan seni.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sepanjang tempoh itu jugalah, rintangan dan cabaran yang ditempuhi Alyah memang cukup besar.

Tetapi impak lagu Tak Mungkin Kerna Sayang (TMKS) memang benar-benar melonjakkan nama Alyah sehingga kini dia mampu sebaris dengan penyanyi popular yang lain.

Menyifatkan tahun 2009 merupakan pengakhiran yang ..read more 2Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Messi Pemain Terbaik Dunia 2009

ZURICH – Lionel Messi muncul pemain pertama dari Argentina yang berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA selepas diumumkan sebagai penerima bagi tahun 2009 awal pagi semalam.

Penyerang berusia 22 tahun itu yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini meraih pengiktirafan tersebut selepas membantu Barcelona muncul juara empat piala, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Liga Sepanyol dan Piala Raja-Raja Sepanyol.

“Ini merupakan penutup kepada tahun paling gemilang buat Barcelona, rakan-rakan sepasukan dan juga diri saya sendiri,” kata Messi ..read more 23Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

Hidup lelaki, mati wanita

“Saya tak boleh berkahwin sama ada sebagai suami atau isteri. Mengenai solat pula, saya boleh bersembahyang seperti lelaki dan perempuan, manakala solat Jumaat tidak diwajibkan.

“Dalam soal berpakaian pula, saya boleh pakai seperti lelaki atau perempuan tapi apabila meninggal dunia hendaklah dikebumikan mengikut jenazah perempuan Muslim,” jelas seorang khunsa mengenai dilema dihadapinya sejak enam tahun lalu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 33, (gambar) berkata dilema itu dialami sejak menerima pengesahan status khunsa dari Jabatan Mufti Kedah 18 Ogos 2003.

Menurutnya, dia ..read more 19Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline