All Posts Tagged With: "Disiplin"
Mengurus risiko hipertensi
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Mengurus risiko hipertensi
PEMBUNUH senyap, tekanan darah tinggi atau hipertensi kini menjejaskan kehidupan dan kesihatan fizikal lebih satu bilion pesakit di seluruh dunia.
Di Malaysia, dianggarkan lebih 4.8 juta rakyat menghidap hipertensi yang disifatkan sebagai penyakit gaya hidup paling kronik dan ‘giat’ menyerang negara-negara membangun.
Secara tempatan, hipertensi merupakan faktor risiko utama bagi penyakit kardiovaskular (jantung) termasuk merokok, aktiviti fizikal tidak bersesuaian dan keadaan ..read more 19Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Khalid Samad kecewa dengan lembaga Disiplin PAS
Khalid kesal apabila ramai yang mengharapkan Jawatankuasa Disiplin mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang mencetuskan kemelut di Selangor melalui tindakan yang jelas bercanggah Pakatan Rakyat (PR) dan menyebabkan sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan diadakan Muktamar Khas (EGM) hanya dikenakan hukuman amaran. [rujuk sini]
Keputusan Jawatankuasa Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat Pas tidak komited kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. Pas terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda ..read more 6Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi PAS boneka DAP : Hassan Ali redha tindakan Disiplin
Hassan ALi memberitahu “Ini proses pendidikan yang baik bagi saya.”.. hehehe.. aku rasa ramai je yang ‘bengkek’ atau bengang dengan kenyataan Hassan Ali ini khasnya yang anti Hj Hadi dan sekutunya.
Beliau yang menerima keputusan jawatankuasa itu dengan hati terbuka berjanji akan terus menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya selama ini.
“Keputusan ini juga tidak akan mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai Exco dan atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia,” katanya kepada pemberita di ..read more 30Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran
Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.
Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.
Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.
Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat ..read more 29Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Tindakan Disiplin : Hadi semakin kukuh
Setelah lebih 6 bulan menunggu akhirnya lembaga Disiplin PAS telah membuat keputusan untuk menggantung Khalid Samad selama 6 bulan manakala Hassan Ali hanya diberikan amaran sahaja.
Semuanya angkara isu kerajaan perpaduan sehingga terdapat beberapa pemimpin PAS yang terlebih sudah…
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.(baca di sini)
Namun melihat kesan ini, pasti ramai yang tidak puas hati dengan keputusan ini.
Dikalangan ahli Pas atau Pakatan ..read more 29Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pkr akan ’sembelih’ Zulkifli
Zulkifli bakal menjadi mangsa pertama tindakan disiplin PKR kerana mempertahankan kalimah Allah. Parti Kurang ajaR ini dari awal penubuhannya memang menunjukkan sangat anti kepada Islam.
PKR lebih rela pemimpin parti tersebut meliwat, memakan rasuah, membuat penyelewengan, berzina daripada mempetahankan kalimah Allah yang maha suci.Sebagai sebuah parti yang ketuai oleh Peliwat dan dianggotai oleh penzina, PKR merupakan parti yang rosak dari segi moral dan akidah.
Dasar parti kroni tersebut yang bermegah dengan jenama 3A (aNuwar, Azizah dan Azmin) kini semakin ditinggal rakyat ..read more 26Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Bengkel Planet Radio
Bengkel Planet Radio
Kita biasa mendengar celoteh serta keletah juruhebah radio setiap kali memandu kenderaan ataupun berada di rumah. Tetapi kita jarang mendapat pendedahan mengenai kepentingan bidang penyiaran radio serta peranan yang harus dilaksanakan oleh seseorang juruhebah.
Hari ini ramai yang menganggap kerjaya sebagai seorang deejay itu hanyalah terbuka kepada graduan-graduan di dalam bidang penyiaran dan komunikasi sahaja.
Persepsi itu sebenarnya silap kerana sesiapa sahaja boleh bergelar juruhebah asalkan mereka mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam bidang berkenaan.
Fungsi dan tugas seseorang di ..read more 25Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Agenda Melayu tetap diteruskan
Agenda Melayu tetap diteruskanPEMILIHAN Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru boleh diibaratkan umpama sirih pulang ke gagang. Sebagai “anak jati” UiTM yang pernah bergelumang sebagai pelajar dan pendidik di universiti berkenaan,
sememangnya semangat dan iltizam beliau untuk terus memajukan institusi berkenaan tidak pernah berbelah bagi.
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau turut menyatakan universiti lain bukanlah saingan tetapi yang menjadi saingan ..read more 10Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Negeri Sembilan &, Selangor buka kempen bolasepak 2010
Perlawanan Sumbangsih 2010 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Negeri Sembilan dan Selangor akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi pada 9 Januari ini, bermula 8.45 malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Che Mat Jusoh berkata, perlawanan pembuka tirai Liga Super 2010 itu membabitkan juara Piala Malaysia 2009 dan juara Liga Super 2009.
“Harga tiket perlawanan ditetapkan untuk dewasa RM15 untuk tempat berbumbung dan RM8 tempat terbuka manakala kanak-kanak RM8 untuk tempat berbumbung dan RM4 ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Belajar daripada PLUS
Belajar daripada PLUS
SERING diperkatakan bagaimana teruknya keadaan jalan raya dan tahap kebersihan termasuk di tandas-tandas awam di Kuala Lumpur.
Saya ingin syorkan supaya pihak pengurusan Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) dan majlismajlis perbandaran lain mempelajari daripada pihak pengurusan PLUS bagaimana mengurus jalan raya dan menjaga kebersihan di kawasan pengurusan mereka.
Selama bertahun-tahun kita menggunakan lebuh raya yang dikendalikan oleh PLUS. Kita dapati lebuh raya tersebut diselenggara dan diuruskan dengan cukup baik oleh pengurusan PLUS. Jarang kita lihat lebuh rayanya rosak.
Begitu ..read more 30Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued