All Posts Tagged With: "Dua"
Gempa Bumi Di Kenyir Mungkin Berkait Kejadian 1980-an
empa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lepas atau proses pelepasan gas tektonik.
Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an sewaktu proses pengisian air empangan tersebut.
Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Jualan alat solek lelaki naik dua kali ganda
Jualan alat solek lelaki naik dua kali ganda
LONDON 8 Mac – Jualan alat solek di kalangan lelaki di Britain mencatat pertumbuhan dua kali ganda berbanding pasaran bagi wanita dengan keperluan untuk kelihatan kacak ketika temuduga mencari kerja dan bimbang kelihatan tua merupakan penyumbang utama trend itu.
Menurut satu tunjauan syarikat L’Oreal, seorang daripada setiap lima lelaki menggunakan pewarna rambut untuk mengelakkan kelihatan beruban.
Tinjauan melibatkan 1,013 lelaki itu juga mendapati, seorang daripada setiap empat ..read more 8Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
2 wartawan Al-Islam tak didakwa
2 wartawan Al-Islam tak didakwa
KUALA LUMPUR 5 Mac – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mengenakan tuduhan terhadap dua wartawan majalah Al-Islam berhubung artikel Tinjauan Al-Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad terbitan Mei 2009.
Beliau berkata, keputusan ini adalah seperti yang diambil dalam beberapa kes sebelum ini yang melibatkan lain-lain agama dan juga keadaannya hampir sama.
“Dalam keadaan tersebut, mengambil tindakan serius tidak akan membawa kepada keadilan,” katanya dalam kenyataan akhbarnya yang dikeluarkan di sini.
Abdul ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Iran bantah penahanan dua rakyatnya di Itali
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
AKPC_IDS += "3458,";Popularity: unranked [?]
5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedDrama pemandu wanita-bas
Drama pemandu wanita-bas
SAYA ingin meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan dengan perkhidmatan bas ekspres yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Saya sendiri hampir terlibat dengan kemalangan akibat kecuaian pemandu bas terbabit. Maka benarlah apa yang selama ini dilaporkan oleh media dan juga akhbar tentang kebiadaban mereka.
Saya bekerja di Ipoh dan setiap minggu berulang-alik ke Klang. Boleh dikatakan saya akan berjumpa dengan sikap pemandu bas ekspres yang segelintirnya agak biadab dan amat mementingkan diri sendiri.
Mereka tidak mengikut peraturan jalan ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Anggota polis tembak bakal isteri dipercayai gara-gara cemburu
Anggota polis tembak bakal isteri dipercayai gara-gara cemburu
KUALA LUMPUR 2 Mac – Akibat mengikut perasaan cemburu, seorang anggota polis bertindak menembak bakal isterinya dan abang mangsa di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi di sini, malam ini.
Bakal isteri suspek, G. Prema, 24, dan abangnya, G. Davandran, 25, ditembak oleh anggota polis itu yang bertugas sebagai pemandu di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kedua-dua mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Wanita muda dijangkiti H1N1 meninggal di HUSM
Wanita muda dijangkiti H1N1 meninggal di HUSM
KUALA LUMPUR 2 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana jangkitan Influenza A (H1N1).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.
Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.
Wanita itu disahkan sebagai dijangkiti jangkitan H1N1 pada 16 ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Chile batal dua perlawanan bola sepak selepas gempa
Chile batalkan dua perlawanan bola sepak selepas gempa
SANTIAGO 2 Mac – Pasukan Piala Dunia Chile membatalkan dua perlawanan bola sepak persahabatan minggu ini selepas negara itu dilanda gempa bumi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 700 orang.
Pasukan Amerika Selatan itu dijadualkan menentang dua pasukan Rabu ini di Santiago iaitu bertemu Korea Utara dan Costa Rica.
Piala Dunia di Afrika Selatan 11 Jun hingga 11 Julai ini merupakan yang pertama bagi Chile sejak 1998. Begitu juga dengan Korea Utara.
Chile berada di tangga kedua selepas ..read more 1Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Korban gempa di Chile meningkat kepada 723
Korban gempa di Chile meningkat kepada 723
SANTIAGO 2 Mac – Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda pantai Chile mencapai 723 orang, kata para pegawai semalam.
Pegawai agensi tindakan kecemasan kebangsaan berkata, sekurang-kurangnya 19 orang lagi masih hilang selepas gempa bumi berlaku di luar pantai tengah Chile Sabtu lalu.
Kira-kira dua juta rakyat Chile atau satu perlapan dari penduduk negara itu, dijangka menerima kesan dari temblor Sabtu lalu, iaitu rekod gempa bumi ketujuh ..read more 1Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Skrtel retak tulang kaki kanan, terpaksa direhatkan
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Skrtel retak tulang kaki kanan, terpaksa direhatkan
LIVERPOOL, England 27 Feb. – Pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh beberapa minggu, selepas ujian imbasan mendapati dia mengalami keretakan tulang di kaki kanan.
Pemain antarabangsa Slovakia itu dilihat diusung keluar dari padang ketika Reds mencatat kemenangan 3-1 ke atas Unirea Urziceni pada persaingan Liga Europa, kelmarin.
Pengurus Liverpool, ..read more 26Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued