All Posts Tagged With: "Hal Ehwal Agama Islam"
Nama Agong tidak disebut sejak kerajaan negeri bertukar
PULAU PINANG 21 Ogos – Badan Perhubungan UMNO negeri mendakwa, nama Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua negeri mulai tidak disebut dalam doa khutbah Jumaat sejak pakatan pembangkang menguasai negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pada mulanya ia hanya berlaku di beberapa masjid tetapi kini sudah mula berleluasa tetapi tidak dilaporkan oleh pihak berkenaan.
“Badan Perhubungan UMNO negeri mengutuk sekeras-kerasnya perkara itu dan tindakan pihak ..read more 22Aug2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Caruman KWSP tidak dikira harta sepencarian
Oleh Mohamad Isa Abd RalipPresiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Timbul persoalan sama ada wang simpanan yang ada di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah harta milik peribadi pencarum atau sebagai harta sepencarian yang boleh dituntut oleh satu pihak lagi, bekas isteri mahupun bekas suami.
Harta berupa caruman wang KWSP si mati tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian melalui sumbangan secara tidak langsung jika dirujuk kepada konsep asalnya. Sebaliknya, ia menjadi harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Dengan itu, ..read more 10Jun2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Kerana politik, Pas biar isu kalimah Allah dipersendakan
PENGGUNAAN isu kalimah Allah oleh pihak Gereja Katolik hanya reda untuk seketika. Kini isu ini menjadi modal politik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu. DAP sudah membangkitkan isu sensitif kalimah Allah ini untuk meraih undi.
Sama ada pemimpin pakatan pembangkang sedar atau tidak, tindakan mereka itu menghina mahkamah yang sedang memproses tuntutan rayuan kes tersebut.
Melihat perkembangan kurang sihat itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa semua pihak termasuk pembangkang menghentikan isu ..read more 15May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
SI MALAUN YANG TAK HARUS BERADA DI SELANGOR
Sapa yang tak kenal dengan si malaun ni yang cukup terkenal dengan identitinya yang sekelip mata sahaja terkenal dengan gelaran kaki bo… dan kaki kuddddeeetanya.Belum pun menjadi pemimpin di Selangor sudah berlagak dan lebih pandai dari seorang ketua agama.Apa ke jadah nya sorang ni yang pandai pandai menyifatkan larangan Sultan berpolitik di Masjid dan Surau adalah hanya kenyataan peribadi Sultan.Seharusnya si malaun yang hidup dengan …….wajar di tunjukan jalan keluar dari Negeri Selangor ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Si malaun itu ..read more 7May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Iman sebagai penguat kuasa agama
Oleh ARSHAD HUSSIN
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim)
Hadis di atas membuktikan bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab mencegah kemungkaran yang berlaku. Lebih-lebih lagi, jika ia berlaku di hadapan kita dan kita mempunyai kuasa mencegahnya.
Bagaimanapun, dalam dunia yang semakin canggih, penguat kuasa agama juga ..read more 28Apr2010 | MYLASIA | 1 comment | Continued
Isu kuasa sultan: Sidang DUN Kedah bertukar “panas”
ALOR SETAR 26 April – Kerajaan Negeri Kedah hari ini terpaksa menarik balik soalan bertulis seorang penyokongnya dari Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap menghina Sultan Kedah ekoran bantahan daripada beberapa anggota Barisan Nasional (BN).
Speaker Datuk Dr. Abdul Isa Ismail membuat keputusan kedua-dua soalan berkenaan ditarik balik selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) selaku Ketua Pembangkang dan seorang anggota BN lain bangun membuat bantahan terhadap soalan-soalan tersebut yang dianggap ..read more 26Apr2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Menantu "Sudin Ajaib" ditahan polis
KOTA BAHARU 24 Mac – Setelah hampir sebulan diburu, lelaki yang dilaporkan dinikahkan dengan anak perempuan Shamsuddin Che Deraman atau dikenali sebagai “Sudin Ajaib”, yang berumur 11 tahun, akhirnya ditahan polis semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim berkata, suspek berumur 33 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam di Stesen Keretapi Pasir Mas bagi membantu siasatan kesnya berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur.
“Suspek ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini untuk membantu siasatan,” katanya ..read more 24Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Pusat rawatan tradisional Islam USM
KOTA BHARU 21 Feb. – Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.
Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.
Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.
Justeru, katanya, ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Bukan Islam di Pahang dilarang guna kalimah Allah
ROMPIN 16 Jan. – Kerajaan Pahang mengingatkan kepada bukan Islam di negeri itu supaya tidak sesekali menggunakan kalimah Allah walau apa juga keputusan yang bakal diberikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung isu tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Aziz menegaskan, ini kerana Enakmen Kawalan Pengembangan Agama 1989 secara jelas menetapkan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Kerajaan digesa cepat buat rayuan
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kerajaan digesa mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam.
“ABIM juga memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk menghentikan segera polemik penggunaan kalimah Allah ini.
“Gesaan ini ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued



