All Posts Tagged With: "Hari Ini"
Bantahan awal batal permohonan qazaf Anwar 14 April
Bantahan awal batal permohonan qazaf Anwar 14 April
KUALA LUMPUR 10 Mac – Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 14 April ini bagi memutuskan sama ada bantahan awal pihak responden untuk membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengikut qazaf dibenarkan atau sebaliknya.
Pada 7 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan qazaf bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain supaya ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Balak haram: MB arah Jabatan Perhutanan sedia laporan
Balak haram: MB arah Jabatan Perhutanan sedia laporan
IPOH 10 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini mengarahkan Jabatan Perhutanan negeri agar menyediakan laporan segera berkaitan kes pembalakan haram di Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Pada 6 Mac lalu, sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan satu kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela.
Kawasan pembalakan haram berkenaan terletak berhampiran Jalan ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai – Nasharudin
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.
“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PNB lancar AMB Dana Aqeel
KUALA LUMPUR 9 Mac – Amanah Mutual Bhd. (AMB) milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melancarkan produk terbarunya AMB Dana Aqeel, dana pelindungan modal Islam dengan saiz permulaan 300 juta unit.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, AMB Dana Aqeel, sebuah dana tertutup, diperkenalkan sebagai mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan para pelabur untuk melabur di dalam produk seumpama itu.
“Kami berpendapat sekarang masa yang tepat untuk memperkenalkan produk seumpama ini secara beransur-ansur kerana terdapat ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Guru patut bergilir ke luar bandar
Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.
Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.
Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.
“Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
ULAMA MEE CELUP DAN FIRAUN KECIL
HASIL KEJAYAAN GADINGAN NIK AZIZ DAN ANWAR…
Walau pun Nik Aziz dan Anwar tidak berjaya merialisasikan janji2nya kepada rakyat semasa pilihan raya Umum lepas, tetapi Nik Aziz berjaya menghasilkan ulama2 mee celup dalam parti pas. Manakala Anwar pula menempah kejayaan besar dalam PKR kerana berjaya menghasilkan firaun2 kecil dalam parti tersebut . Selepas PRU12 dan sehingga hari ini sudah genap 2tahun pakatan pembangkang mentadbir lima negeri yang dimenanginya itu. Dua tahun Pembangkang memerintah, bukan setakat gagal menunai tanggongjawabnya kepada rakyat pembangkang ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Umar Junus meninggal
Umar Junus meninggal
KUALA LUMPUR 9 Mac – Bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) yang banyak menghasilkan beberapa buku ilmiah kesusasteraan, Profesor Dr. Umar Junus meninggal dunia akibat sesak nafas dan paru-paru berair malam tadi.
Allahyarham yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini berikutan penyakit dialaminya sejak tiga tahun lalu.
Beliau yang mula membabitkan diri dalam bidang penulisan pernah menghasilkan buku-buku berbentuk ilmiah, antaranya bertajuk Perkembangan Puisi Melayu Moden, Sosiologi Sastera, Persoalan ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei
Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei
PULAU PINANG 8 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat lawatan kerja rasmi selama sehari buat pertama kali ke negeri ini pada 9 Mei ini.
Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang juga Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, lawatan rasmi itu bertujuan bertemu dengan rakyat berbilang kaum di negeri ini.
“Perdana Menteri juga dijangka turun padang ke dua kawasan di bahagian pulau dan satu di Seberang Perai,” katanya di ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua
Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua
KOTA BHARU 9 Mac – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini.
Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang.
“Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pegawai perubatan, pergigian, farmasi bakal cepat naik pangkat
Pegawai perubatan, pergigian, farmasi bakal cepat naik pangkat
KUALA LUMPUR 9 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan, dengan mempercepat tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.
Beliau berkata, inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambah baik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued