All Posts Tagged With: "Ini"
Gempa Bumi Di Kenyir Mungkin Berkait Kejadian 1980-an
empa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lepas atau proses pelepasan gas tektonik.
Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an sewaktu proses pengisian air empangan tersebut.
Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Nenek 101 tahun ada tanduk di dahi
LINLOU, China – Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang, lapor sebuah akhbar semalam.
Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.
Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.
Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.
“Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kerajaan Mansuh Bayaran Wad Hospital Kerajaan Untuk Pegawai, Pesara
Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.
“Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kelayakan wad ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Dr Abu Hassan : Media menolak PAS 213%!!!
Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.
Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.
Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.
Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.
Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu
Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu
PIDATO Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri baru-baru ini, yang disertai 56 peserta daripada 51 negara, daripada enam benua di seluruh dunia, tidak dapat menafikan betapa tingginya nilai keantarabangsaan Bahasa Melayu (BM).
Sehubungan ini, BM dipelajari sebagai bahasa asing di lebih daripada 100 institusi pengajian tinggi di puluhan negara di luar Nusantara.
Rakyat Malaysia yang mengikuti pertandingan ini, selain kagum dan terpesona dengan kepetahan para peserta, ikut terasa terharu dengan kesungguhan masyarakat asing mempelajari ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Skim perkhidmatan pensyarah di IPTA, IP akan dikaji – PM
Skim perkhidmatan pensyarah di IPTA, IP akan dikaji – PM
PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut perguruan (IP) bagi melahirkan tenaga pengajar serta penyelidik yang terbaik lagi bermotivasi.
Perdana Menteri berkata, untuk itu, kerajaan akan kaji semula bagi membenarkan profesor IPTA naik sehingga ke peringkat tertinggi turus tanpa perlu pegang jawatan pentadbiran.
Beliau berkata demikian dalam amanatnya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 di ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kilang penapis minyak Chile perlu 90 hari untuk dibaiki
Kilang penapis minyak Chile perlu 90 hari untuk dibaiki
SANTIAGO 7 Mac – Kilang penapisan minyak utama Chile, Bio Bio, yang mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat baru-baru ini, memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 60 hingga 90 hari untuk dibaiki sebelum dapat meneruskan operasinya,” kata ketua kesatuan kilang penapisan berkenaan hari ini.
Sumber, Jorge Fierro memberitahu Reuters melalui temuramah dalam telefon bahawa kerja-kerja memeriksa dan mengetahui jenis pembaikan yang diperlukan, kini giat dijalankan.
“Kajian ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Klinsmann mahu kembali menjadi jurulatih
Klinsmann mahu kembali menjadi jurulatih
BERLIN 6 Mac – Juergen Klinsmann berkata beliau bercadang untuk kembali menjadi jurulatih dan yakin akan mendapat tawaran selepas Piala Dunia tahun ini.
Bekas jurulatih Jerman yang kini bertugas sebagai penganalisis TV untuk rangkaian RTL milik Jerman di Afrika Selata memberitahu pemberita, beliau kini mempersiapkan diri untuk menantikan peluang tersebut.
“Saya sudah tidak sabar,” kata Klinsmann, yang juga melatih Bayern Munich sebelum dipecat menjelang akhir musim Bundesliga 2008-09 di mana pasukan itu menduduki tempat ketiga liga.
“Saya memang mahu ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Prospek kenaikan gaji kakitangan pada 2010 positif
Prospek kenaikan gaji kakitangan pada 2010 positif
KUALA LUMPUR 3 Mac – Prospek perniagaan Malaysia menaikkan gaji kakitangan mereka tahun ini adalah positif.
Menurut laporan International Business Report (IBR) oleh Grant Thornton, 63 peratus daripada syarikat Malaysia merancang menaikkan gaji, berbanding 44 peratus tahun lepas.
Peratusan syarikat tidak bersedia untuk sebarang kenaikan gaji juga menyaksikan prospek positif, dengan 30 peratus berbanding 36 peratus, tahun lepas.
“Meskipun majoriti perniagaan seluruh dunia lebih optimistik bagi 2010, para pekerja silap jika mereka merasakan tempoh sukar sudah berakhir.
“Apabila ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
13 suspek pengganas ditahan minggu lalu
13 suspek pengganas ditahan minggu lalu
JAKARTA 3 Mac – Seramai 13 lelaki telah ditahan sejak polis melancarkan serangan antipengganas besar-besaran di pedalaman rantau wilayah Aceh, Indonesia minggu lalu.
Dalam laporan terkini oleh jurucakap polis kebangsaan, Edward Aritonang berkata, suspek datang dari pelbagai tempat termasuk dari ibu negara, Jakarta.
Menurutnya, suspek yang ditahan kemungkinan mendapat latihan dari luar dan mereka telah didakwa atas kesalahan berkaitan dengan aktiviti pengganas.
Lebih 100 anggota polis bersenjata berat terlibat dalam serangan sejak minggu lalu ini di kawasan hutan ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued