All Posts Tagged With: "Institut Jantung Negara Ijn"
Komplikasi jantung: ADUN Kerdau stabil walaupun kritikal
KUANTAN 10 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung semalam, dilaporkan stabil tetapi masih kritikal hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Zaharuddin, 63, masih mendapatkan rawatan lanjut di IJN selepas dipindahkan dari Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh semalam. – Utusan
Five Filters featured article: The Art of Looking Prime Ministerial – The 2010 UK ..read more 10May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Penantian Geek Koon berakhir
SETAHUN yang lalu, pengguna ‘jantung mekanikal’, Tan Geek Koon, 40, merayu mendapatkan jantung baru tetapi tidak berhasil. Kini penantiannya berakhir. Ibu kepada empat orang anak ini kini memulakan penghidupan baru apabila ada insan yang sudi mendermakan jantungnya.
Walaupun wartawan tidak dapat menemuinya, Penyelaras Unit Pemindahan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Sharifah Noraida Syed Nong memberitahu, Geek Koon kini gembira.
Selepas pembedahan, Geek Koon masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk melindunginya daripada sebarang jangkitan.
“Saya bersyukur dan gembira. Terima ..read more 6May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Pesakit pemindahan jantung mula makan hari ini
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Surirumah Tan Geek Koon, pesakit pemindahan jantung terbaru di negara, telah mula makan tiga hari lepas setelah menjalani pembedahan itu dengan menerima organ daripada seorang remaja lelaki yang meninggga dunia akibat kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak.
Ketua Bedah Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohd. Azhari Yakub berkata, ibu kepada empat orang anak, berumur 41 tahun itu, kini dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan tersebut pada Selasa lepas.
“Puan ..read more 23Apr2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Harapan Mohamad berlabuh di Malaysia
WAJAH kanak-kanak ini tenang. Senyuman juga sentiasa terukir di bibirnya. Tiada siapa dapat menyelongkar apa sebenarnya yang ada dalam fikiran kanak-kanak malang ini. Ini kerana tiada air mata yang mengalir untuk memberitahu bahawa sebenar dia sedang menderita penyakit jantung.
Tanpa tangisan, kanak-kanak ini setia menunggu di katilnya. Namun, masih ada insan yang sudi membantunya.
Berstatus pelarian Somalia, ia bukan menjadi penghalang untuk membantu insan yang tidak terdaya ini.
Mohamad Daud Ali, 6 bersyukur kerana dia dan keluarganya ..read more 17Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
‘Jantung buatan’ elak kematian mengejut
Setiap tahun, jumlah pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 400,000 kes manakala hampir 300,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.
Namun kini, lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung.
Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung .
Malah pesakit yang mempunyai masalah jantung akan berhadapan dengan kematian ..read more 31Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.
Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.
Mahfuz ketika ..read more 23Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:APA YANG TERJADI PADA NIK AZIZ MERUPAKAN INGATAN BUAT NIK AZIZ
Apakah apa yang dialami oleh TGNA ini merupakan satu ingatan dari ALLAH yang maha ESA.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.
Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya ..read more 10Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
ANWAR NIZAR HAMPEH:NIK AZIZ TINGGALKAN SEMINAR! KERANA TIDAK……
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri seminar politik parti itu yang diadakan hari ini namun terpaksa meninggalkan majlis berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi kerana masalah kesihatan.
Beliau meninggalkan seminar tersebut selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai menyampaikan ucapan perasmian.
Difahamkan Nik Abdul Aziz akan kembali pada majlis penutup seminar itu pada sebelah petang ini.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu.
Seminar hari ini dibuat berikutan cadangan Nik ..read more 7Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Nik Aziz dijangka keluar IJN esok – Didoakan semoga terus sihat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dijangka dibenarkan pulang esok.
Setiausaha Sulitnya, Rosdi Abdullah, berkata Nik Abdul Aziz dimasukkan ke IJN kira-kira pukul 10.30 pagi semalam akibat keletihan selepas seminggu tidak mendapat rehat secukupnya.
“Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan beliau dijangka keluar dari IJN pagi esok dan akan menyambung tugasnya seperti biasa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, Mursyidul Am Pas itu tetap akan ..read more 7Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
ANWAR NIZAR BARU=A:NIK AZIZ STABIL,KELUAR HOSPITAL HARI INI
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dijangka dibenar pulang hari ini.
Setiausaha sulitnya, Rosdi Abdullah, berkata Nik Aziz dimasukkan ke IJN jam 10.30 pagi kelmarin kerana keletihan selepas seminggu tidak cukup rehat.
Katanya, Mursyidul Am Pas itu tetap menghadiri Seminar Politik Pas di Taman Melewar, Gombak hari ini
Sumber
Share on Facebook
7Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued


