All Posts Tagged With: "Integriti"

Amalkan lapan tonggak perdana bagi transformasi negara

Amalkan lapan tonggak perdana bagi transformasi negara

PUTRAJAYA 13 Mac — Perkhidmatan awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta kakitangan tidak terkecuali daripada perlu melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan.

Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara dan mereka perlu melihat dengan sepasang mata yang baru melalui lensa yang segar bagi memastikan ia mampu menghadapi cabaran yang diletakkan di hadapan dengan penyelesaian yang tidak mempunyai cacat dan cela.

Usaha itu sangat perlu khususnya ketika Perdana Menteri Datuk Seri ..read more 13Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pink Floyd menang saman ke atas EMI

Pink Floyd menang saman ke atas EMI

LONDON 11 Mac – Mahkamah Britain hari ini meluluskan permohonan saman kumpulan rock veteran, Pink Floyd yang melarang syarikat rakaman EMI daripada menjual lagu-lagu daripada album asal mereka secara muat turun di Internet.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan EMI telah diikat di bawah kontrak dengan kumpulan itu yang melarang penjualan lagu-lagu dalam format selain daripada album penuh mereka, tanpa sebarang persetujuan bertulis.

Sebuah klausa dalam kontrak tersebut ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Gagal tangani ”firaun kecil” akan akhiri riwayat PKR – Zulkifli

Gagal tangani ”firaun kecil” akan akhiri riwayat PKR – Zulkifli

KUALA LUMPUR 10 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata, riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan ”firaun kecil” dalam PKR gagal ditangani.

Beliau yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.

“Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Rosyam hibur setiausaha

Rosyam hibur setiausaha

Peranan setiausaha bukan sekadar menjaga hal peribadi bos tetapi telah berkembang menjadi kerjaya yang cukup dikagumi dan menuntut komitmen serta ketelusan.

Setiausaha bukan sekadar jawatan yang pada dasar menjaga rutin ketuanya sehari suntuk tetapi turut menuntut kesetiaan, kerajinan dan pelbagai lagi faktor lain. Ibaratnya, kejayaan seseorang ketua juga berkait rapat dengan keserasiannya berganding bahu bersama setiausaha.

Sempena Minggu Setiausaha yang akan disambut pada bulan depan, menjadi kelaziman setiausaha dihargai. Jika biasanya setiausaha dibawa ke majlis makan malam sambil berhibur ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Dari papan permainan ke TV

Dari papan permainan ke TV

PASTI anda sudah biasa dengan papan permainan seperti Monopoly dan Saidina yang mengajar pemainnya untuk menguruskan kewangan dan perniagaan bukan? Negara kita sendiri sebenarnya ada papan permainan sedemikian yang bernama Catur Bistari.

Papan permainan yang menguji kemahiran keusahawanan pemainnya ini menerapkan ciri-ciri nilai murni ajaran Islam.

Dari papan permainan yang mendapat sambutan terutamanya daripada para pelajar institut pengajian tinggi (IPT), kini permainan itu ke rancangan realiti di kaca televisyen pula.

Digelar Catur Bistari d’TV, program realiti sebanyak ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Rakyat 1Malaysia Yang Berintegriti

“Jangan Cemarkan Imej Badan Berkanun” ialah antara beberapa siri peringatan yang disalurkan kepada penjawat awam melalui MY INTEGRITI, Informasi Integriti Secara Maya, yang dibangunkan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Peringatan itu merujuk kepada peraturan tatatertib yang meminta penjawat awam supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama baik badan berkanun seperti berkhalwat, berkelakuan sumbang, menerima dan memberi rasuah, terlibat dengan kegiatan jenayah dan dadah serta melakukan gangguan seksual.

Baru-baru ini peringatan yang disampaikan melalui MY INTEGRITI, adalah lebih semasa. ..read more 4Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Menambah baik khidmat polis

Oleh ROHANI IBRAHIM

Setiap hari kita tidak akan terlepas daripada membaca berita mengenai pelbagai kejadian jenayah yang berlaku di seluruh negara – daripada kes bunuh, samun, ragut, ditipu melalui Internet dan terbaru membakar rumah-rumah ibadat serta penghinaan dalam laman blog.

Itu tidak termasuk kes-kes kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah dan manusia, pelacuran, rogol serta pelbagai kes jenayah yang sering kita lihat di media cetak dan elektronik.

Peningkatan perlakuan jenayah merupakan cabaran besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan ..read more 4Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Sabtu : Celaka Laknat kepada BPN Sekelian !!!

Petang ni selepas balik dari bengkel baiki kereta Panglima ambil masa meronda-ronda dan terjumpa artikel yang dipercayai dihasilkan pada 11 Jan 2010 yang lalu. Kebetulan ada link di bawah artikel Panglima yang membawa Panglima ke blog tersebut.. Nak tahu blog mana ? Blog PahangDaily Online. Sebuah blog yang saya pernah saya kagumi juga kehebatannya satu ketika dulu. Bahkan beliau telah berkecimpung sejak tahun reformasi pada 1998 lagi dalam bab blogging dan alam maya ini. Namun ternyata integriti blog Pahang Daily telah musnah apabila ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Temuduga proses pilih calon terbaik sertai perkhidmatan awam

Temuduga proses pilih calon terbaik sertai perkhidmatan awam

SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ingin merujuk kepada tulisan Rakyat Berkualiti dari Alor Setar, Kedah dalam ruangan forum Utusan Malaysia bertarikh 24 Disember 2009 yang bertajuk Kesal panel temuduga SPA tidak matang.

Temuduga adalah merupakan proses penting untuk mengenal pasti calon yang terbaik dan benar-benar layak sebelum dilantik ke dalam perkhidmatan awam. Temuduga bertujuan menilai kemahiran dan pengetahuan calon dalam perkara-perkara berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Di samping itu, temuduga juga bertujuan untuk ..read more 29Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Akhlak penentu jatuh bangun tamadun

Oleh Nik Salida Suhaila Nik SalehPensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia

Asas yang dilakukan Rasulullah SAW ketika membina masyarakat Islam selepas peristiwa Hijrah ialah dengan membentuk akhlak mulia. Umum tahu bukan mudah menyatupadukan banyak hati, tetapi ia dilakukan Rasulullah dengan baik meskipun ada cabarannya kerana akhlak yang Baginda tonjolkan menjadi pengajaran paling berkesan berbanding keyakinan yang diberikan sahabat di sekelilingnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ahmad dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Sejarah membuktikan ..read more 24Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline