All Posts Tagged With: "Islam Malaysia"
FAKTA LENGKAP SERANGAN GANAS TENTERA ISRAEL KE ATAS KONVOI KEMANUSIAAN UNTUK GAZA
mangsa serangan (lagi gambar di blog Rajahmas)
Pada Ahad 30 Mei 2010 dunia menyaksikan satu serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang salah satu dari enam kapal membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang disekat sejak dua tahun yang lalu. Misi itu disertai lebih 500 sukarelawan atas nama “ Lifeline 4 Gaza (LL4G) “ dari seluruh dunia dengan bantuan sebanyak 10,000 tan untuk membantu 100,000 berlaku di ..read more 2Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Kerana politik, Pas biar isu kalimah Allah dipersendakan
Kerana politik, Pas biar isu kalimah Allah dipersendakan
PENGGUNAAN isu kalimah Allah oleh pihak Gereja Katolik hanya reda untuk seketika. Kini isu ini menjadi modal politik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu. DAP sudah membangkitkan isu sensitif kalimah Allah ini untuk meraih undi.
Sama ada pemimpin pakatan pembangkang sedar atau tidak, tindakan mereka itu menghina mahkamah yang sedang memproses tuntutan rayuan kes tersebut.
Melihat perkembangan kurang sihat itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa semua pihak termasuk pembangkang menghentikan isu ..read more 15May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Insentif khas iktiraf pembaca al-Quran langkah tepat
Insentif khas iktiraf pembaca al-Quran langkah tepat
IMBUHAN khas sepanjang hayat RM2,000 setiap bulan kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, adalah antara berita menggembirakan kepada umat Islam Malaysia tahun ini.
Imbuhan ini juga dilihat bertepatan dengan perkembangan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang masuk kali ke-52 penganjurannya oleh Malaysia. Kali pertama ia dianjurkan pada tahun 1961 yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.
Selain menyuntik semangat kepada para qari dan qariah sedia ada, ia juga mampu menjadi pemangkin kepada ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Umat Islam perlu elak berkelahi sesama sendiri
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Umat Islam perlu elak berkelahi sesama sendiri
SAMBUTAN Maulidur Rasul semalam, disambut dengan pelbagai acara bagi mengingati dan menghayati sunnah-sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pada pagi hari lagi kelihatan umat Islam terutama orang Melayu memakai baju kebangsaan menuju masjid dan surau. Ada yang berpakaian biasa untuk menyertai program gotong-royong dan silaturrahim.
Tetapi paling banyak ialah umat Islam yang duduk di rumah ..read more 27Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pusat rawatan tradisional Islam USM
KOTA BHARU 21 Feb. – Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.
Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.
Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.
Justeru, katanya, ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Status Orang Mati Bunuh Diri
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” – Riwayat Abu Hurairah
Huraian:
i) Suatu topik yang sedang hangat terjadi dalam masyarakat hari ini ialah kejadian bunuh ..read more 17Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Malaysia-Arab Saudi penting bagi umat Islam
Malaysia-Arab Saudi penting bagi umat Islam
JEDDAH 16 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan Malaysia dan Arab Saudi bukan sahaja merangkumi bidang ekonomi malah lebih daripada itu ia amat penting bagi memperjuangkan nasib masa depan umat Islam sejagat.
Perdana Menteri berkata, Malaysia ingin berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagaimana hubungan baik antara kedua-dua negara boleh ditingkatkan dari segi ekonomi selain mengenal pasti cara bagaimana ia mampu membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang sedang dihadapi umat Islam kini.
‘‘Ia termasuklah mengenai keadaan ..read more 17Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Menyokong Tindakan Pemuda BN Mengecam Keras Perbuatan Bakar Gereja
Oleh S.A Najmuddin
Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam.
Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut ‘diserang’ tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan.
Tegasnya jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan ..read more 9Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Tindakan UMNO selari dengan majlis Fatwa
Ramai yang membelasah UMNO khasnya pembangkang yang menuduh dengan pelbagai tohmahan seperti UMNO mahu jadi Hero, UMNO timbulkan perkauman, UMNO tidak toleransi.. namun hakikatnya tindakan UMNO selari dengan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan berhubung isu kalimah Allah.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan ..read more 7Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Isu Allah : Keputusan PKR dan PAS bertentangan Fatwa Kebangsaan
Tindakan PKR dan PAS yang menyokong penggunaan Allah bagii bukan Islam bertentangan dengan keputusan majlis Fatwa.
Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan sebarang membenarkan Herald-The Chatolic Weekly menggunakan kalimah Allah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang menyatakan ..read more 6Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



