All Posts Tagged With: "Isu"
Peruntukan tanah Orang Asli diteliti
Peruntukan tanah Orang Asli diteliti
PUTRAJAYA 17 Mac – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti cadangan supaya peruntukan keluasan tanah di bawah Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada orang Asli dikaji semula.
Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beberapa cadangan dalam dasar tersebut termasuk peruntukan 2.4 hektar tanah untuk tujuan aktiviti penanaman dan 0.1 hektar untuk tujuan kediaman telah menimbulkan reaksi berbeza daripada Orang Asli.
”Terdapat sedikit isu yang tidak dapat diselesaikan berhubung keluasan dan kaedah pengagihan tanah.
”Kerajaan meneliti semua cadangan ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PENYOKONG TADSUB DAN WALI SELIPAR
KENAPA TIDAK TUNTUT ROYALTI BALAK?
Suasana aman dibawah pentadbiran UmnoBN selama ini beransur2 menuju kemusnahan akhibat mainan politik pembangkang.Amalan double standad oleh pemimpin ultra kaisu dalam pembangkang bukan sahaja setakat merugikan negara bahkan telah memecahbelah keharmonian rakyat di negara ini. Kerajaan pusat yang diteraju oleh UmnoBN berperah tenaga berhempas pulas sibuk sana sini mencari jalan untok memajukan negara dan rakyat. Pembangkang pula sibuk sana sini meracuni fikiran rakyat dengan menabur fitnah dan memburuk2kan kerajaan diluar negara2 supaya para pelabur tidak ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedPKR gunakan boneka orang asli pula!!!!
Esok dikatakan pembangkang melalui proksinya akan mengadakan perhimpunan orang asli esok di Putrajaya.
Perhimpunan anjuran Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Dijangka 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. [rujuk sini]
Tapi adakah perhimpunan ini satu kebetulan .. ataupun sengaja memancing isu yang lain.. apa dia.. tentunya Pilihanraya negeri Sarawak..
Isu orang Asli ini ialah rancangan halus pembangkang melalui NGOnya ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kabinet teliti rang undang-undang ISA Jumaat – Hisham
Kabinet teliti rang undang-undang ISA Jumaat – Hisham
KUALA LUMPUR 15 Mac – Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, walaupun draf rang undang-undang itu telah siap, ia mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.
“Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Cukuplah Tee Keat, Soi Lek…
Cukuplah Tee Keat, Soi Lek…
Sampai bila kemelut kepimpinan MCA akan berlarutan? Itulah persoalan yang berlegar di kalangan orang ramai terutama ahli-ahli parti itu.
Awang setuju dengan penegasan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohd. Najib Tun Razak bahawa MCA perlu selesaikan segera krisis dalamannya demi mengukuhkan kedudukan BN. Jika tidak diselesaikan, ia hanya merugikan MCA selain membuang masa dan tenaga kepada hal yang tidak wajar. Tumpuan sepatutnya diberikan kepada tugas-tugas parti untuk rakyat.
Awang tidak berminat mengulas panjang. Sudah banyak analisis tentang MCA ditulis ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kasihanilah guru di pedalaman
Kasihanilah guru di pedalaman
DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.
Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Fitnah : Laporan polis terhadap MP Kapar
Fitnah,tipu, bohong dan berlakon memang dah jadi makanan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, samada PAS, PKR dan DAP sama sahaja.
Bukan setakat itu sahaja, mengganggu urusan polis, kes mahkamah serta mencari publisiti juga dan mempolitikkan isu juga dah menjadi kebiasaan. Inilah bidang kepakaran mereka yang tidak dimiliki oleh BN.
Gara-gara memfitnah, S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap MP Kapar, S. Manikavasagam. [baca sini]
Karigalan membuat laporan ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Gempak : Seorang lagi YB PKR akan lompat…perempuan !!!
Sumber Berita
AKPC_IDS += "3572,";Popularity: unranked ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi
Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi
PETALING JAYA 6 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.
Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.
Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Tahap kesedaran rakyat tentang kesihatan masih rendah
Tahap kesedaran rakyat tentang kesihatan masih rendah
ALOR SETAR 6 Mac – Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pada kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakannya memandang remeh isu tersebut, kata seorang perunding kesihatan.
Dr. Siti Norishah Saad berkata, rata-rata rakyat negara ini hanya ke hospital selepas mengetahui mereka mempunyai penyakit selain tidak menitikberatkan konsep ”mencegah itu lebih baik daripada merawat”.
“Ini satu fenomena yang tidak baik kerana sepatutnya mereka perlu mencegah penyakit sebelum penyakit itu menyerang kita,” katanya kepada pemberita selepas Forum Kesihatan ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued