All Posts Tagged With: "Jabatan Perdana Menteri"

Siapa sebenarnya ‘lidah biawak’?

Siapa sebenarnya ‘lidah biawak’?

PULAU PINANG 22 Julai – Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan sikap sebenar Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jika sebelum ini Guan Eng menggelarkan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan-panggilan biadap termasuk lidah biawak, namun gambar-gambar berkenaan menyatakan cerita yang sebenarnya.

Ia dirakam dan diserahkan kepada Utusan Malaysia oleh sumber yang enggan dikenali.

Menurut sumber tersebut, gambar-gambar berkenaan diambil ketika majlis pelancaran kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera di sini pada 20 Oktober tahun lepas.

Katanya, dakwaan ..read more 22Jul2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Malaysia komited pertahan nilai-nilai semua agama – Najib

Malaysia komited pertahan nilai-nilai semua agama – Najib

KUALA LUMPUR 25 Dis — Malaysia cukup komited mempertahankan nilai-nilai sebenar semua agama, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Agama mengajar kita supaya bersikap toleran, prihatin dan hormat menghormati terhadap kepercayaan dan amalan pihak-pihak lain.

“Dalam masyarakat kita berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita tentang nilai-nilai yang menyatukan kita bersama,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya pada majlis sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia di ..read more 19Jul2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Penjelasan Jabatan Perdana Menteri mengenai Isu Minyak

By : DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA Venue : PUTRAJAYA Date : 15/07/2010 Title : PENYELARASAN HARGA BAHAN API DAN GULA Pejabat Perdana Menteri 1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi. 2. Kita telah membuka sektor-sektor ..read more 16Jul2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 – RM1.85 seliter. * Petrol RON 97 – RM2.10 seliter. * Diesel – RM1.75 seliter. ..read more 15Jul2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Panas Berapi : Siapa Taja RPK???

Sudah jelas Raja Petra ditaja pembangkang untuk memfitnah kerajaan, malahan Kerajaan mempunyai bukti mengatakan Raja Petra Kamaruddin dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukan seperti apa yang diwar warkan oleh beberapa blogger yang cuba mengaitkan hubungan RPK dengan seorang pemimpin Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan dan beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pemberhentian Biasiswa Luar Negara Tanda Pengiktirafan Kepada Universiti Tempatan

Pemberhentian pemberian 1,500 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan akan dilakukan secara berperingkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menanggung pelajar yang menuntut di luar negara.

“Kita kurang secara berperingkat. Ini soal kemampuan kerana perbelanjaan untuk seorang pelajar terlalu mahal. Lebih untung kalau kita belanjakan untuk orang ramai,” katanya.

Mohamed Nazri mengulas laporan media hari ini yang memetik beliau sebagai berkata ..read more 14Jun2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

10,000 lagi guru J-Qaf akan ditambah

10,000 lagi guru J-Qaf akan ditambah

ALOR SETAR 12 Jun — Kementerian Pelajaran merancang untuk menambah 10,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahan itu amat penting bagi menampung kekurangan guru J-Qaf di seluruh negara, yang kini hanya seramai 14,000 orang.

Katanya, pengambilan tenaga guru J-Qaf juga akan dipermudahkan dari semasa ke semasa tetapi syarat kelayakan mungkin akan diperketat dengan ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

HANYA INI LAH YANG AL JUBURI TAHU..RAKYAT DIJUBURNYA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz menilai rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak mengadakan roadshow ceramah di seluruh negara jika dikenakan hukuman oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu Apco satu ugutan.

“Mana boleh ugut jawatankuasa yang sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika diminta mengulas apa yang disuarakan oleh Ketua Pembangkang itu dalam ceramahnya di Stadium Selayang Selasa malam.

Nazri ditemui Agendadaily di lobi Parlimen, Rabu.

Dalam ceramah itu Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah menggambarkan seolah-olah ..read more 10Jun2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:DR ASRI LANGGAR JANJI

NONE

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini mendakwa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah melanggar janji untuk tidak mendedahkan persetujuan persatuan itu untuk memohon maaf kepadanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip bagaimana enggan mengulas lanjut dan hanya berkata: “Kita tunggu dan lihat”.

Khamis lalu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu media selepas berceramah di Pulau Pinang bahawa PGSM memberi jaminan bertulis untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.

Bekas mufti ..read more 7Jun2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Malaysia tidak akan bankrap kerana subsidi – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika diteruskan pemberian subsidi kepada rakyat.

Beliau berkata, kesan jangka panjang terhadap Malaysia jika subsidi diteruskan adalah akan menjadi negara ini miskin apabila banyak wang dikeluarkan untuk membantu rakyat manakala pendapatan pula berkurangan.

”Saya fikir untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, Idris telah membesar-besarkan perkara ini kerana bagi saya Malaysia tidak akan bankrap sebaliknya hanya akan menjadi miskin,” ..read more 2Jun2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline