All Posts Tagged With: "Kaki"

Korea Selatan atasi Greece 2-0

Korea Selatan atasi Greece 2-0

AFRIKA SELATAN 12 Jun – Wakil Asia, Korea Selatan muncul sebagai pasukan pertama mencatatkan kemenangan di Piala Dunia FIFA apabila membenam Greece 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan B.

Lee Jung-Soo menjaringkan gol pertama Korea pada minit ke-7 sebelum bintang Manchester United, Park Ji-sung menambahkan duka Greece melalui rembatan kaki kiri pada minit ke-52 untuk gol kedua Korea. – Agensi

Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Sklerosis rosakkan saraf otak

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Sklerosis rosakkan saraf otak

SEJAK beberapa tahun lalu penganalisa data, Zamani Ahmad, mengalami masalah penglihatan yang kabur. Kadang kala objek di depannya dilihat berganda-ganda walaupun telah mengenakan kaca mata.

Dia tidak menganggapnya sebagai masalah serius hanya berandaian disebabkan kesan kerja yang sentiasa menghadap komputer.

Namun akhir-akhir ini dia berasakan ada kelainan pada tubuhnya terutama di bahagian tangan dan kaki yang sesekali terasa kebas selain ..read more 9Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Minta Maaf Jer

Tindakan anak Samy Vellu melebalkan UMNO punca masalah dalaman MIC akan mengeruhkan keadaan.

Apakah masalah ini akan berpanjangan ketika BN menghadapi krisis kepercayaan rakyat dan kekalahan di Sibu?

Yang akan bertepuk tangan dan kaki ialah Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mereka akan berceramah di merata-rata tempat untuk memburukkan BN. Mereka akan menyuruh kaum India memberi sokongan yang padu buat Pakatan.

MIC perlu tahu, masalah dalaman mereka menyebabkan kaum India sanggup menjadikan Pas sebagai parti mereka walaupun menyedarinya satu perbuatan sia-sia.

Untuk menamatkan masalah ..read more 26May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Pemimpin Hamas dakwa Mesir aniaya banduan Palestin

Pemimpin Hamas dakwa Mesir aniaya banduan Palestin

BANDAR GAZA, 12 Mei – Pemimpin Hamas di Gaza, yang mana hubungannya dengan Kaherah dikatakan semakin tegang hari ini mendakwa Mesir menganiaya banduan-banduan Palestin.

“Mereka dianiaya dengan pelbagai cara yang kejam, diseksa dengan kejutan elektrik sehingga mati, tangan dan kaki digantung untuk satu tempoh yang lama termasuk dipukul,” kata Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap gerakan Islam itu.

“Situasi yang dialami banduan-banduan itu di penjara Mesir merupakan satu bencana, dan penahanan serta penganiayaan dilihat semakin meningkat,” katanya ..read more 12May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Osteoarthritis ganggu kehidupan hari tua

Osteoarthritis ganggu kehidupan hari tua

KESIHATAN sendi adalah sesuatu yang merisaukan mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

Malah penyakit ini merupakan yang paling biasa dialami berkaitan dengan unsur penuaan.

Menurut pakar dari Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Dr. Soong Kean Long, sakit sendi atau osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus dan lusuh.

”Situasi ini menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas ,” terangnya ketika ditemui baru-baru ini di pejabatnya.

Jika tidak ditangani ia boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan ..read more 6May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Tentera Israel tembak rakyat Palestin, Malta di sempadan Gaza

Tentera Israel tembak rakyat Palestin, Malta di sempadan Gaza

GAZA CITY 25 April – Tentera Israel telah melepaskan tembakan dan mencederakan tiga rakyat Palestin dan seorang wanita Malta semasa satu tunjuk perasaan berhampiran kawasan persempadanan rejim Yahudi itu semalam, kata sumber perubatan dan para saksi.

Keempat-empat mangsa di tembak ketika mereka memasuki pada jarak 300 meter ke dalam kawasan persempadanan Gaza yang diistiharkan sebagai zon larangan oleh rejim Israel.

Kejadian itu berlaku apabila kira-kira 150 orang termasuk enam warga asing mengadakan tunjuk perasaan ..read more 25Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Akhirnya Ida Nerina muncul jua

Akhirnya Ida Nerina muncul jua

JOYAH pasti perkarangan Mahkamah Rendah Syariah penuh sesak pada Khamis lalu gara-gara nak menunggu kehadiran pelakon Ida Nerina. Kes perceraian pelakon ini bukan sesuatu yang baru, cuma ini merupakan kali pertama Ida menjejakkan kaki ke mahkamah.

Dia yang hadir berkerusi roda sambil ditemani beberapa rakan artis turut membuat kenyataan yang dirinya dah bosan dengan Shahrin yang tak mahu mengubah perangainya. Ida turut menafikan dakwaan suaminya yang dia diceriakan pada hari raya puasa tahun lalu.

“Saya ada meminta cerai ..read more 24Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Cemburu: Buruh dibunuh dengan kepala hampir putus

Cemburu: Buruh dibunuh dengan kepala hampir putus

KUALA LUMPUR 9 April – Mayat seorang pekerja kontrak warga Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya hampir terputus di sebuah rumah teres setingkat di Kampung Setia Kuang, Rawang malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Makrus, 40, ditemui kira-kira pukul 9 malam dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah dengan kesan kecederaan pada anggota badan termasuk kaki dan tangannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dilibas dengan parang berulang kali hingga mati oleh ..read more 9Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Isteri Putera Charles patah kaki kiri

Isteri Putera Charles patah kaki kiri

LONDON 9 April – Isteri Putera Charles, Camilla mengalami patah kaki kiri ketika mengembara di Scotland, kata sumber rasmi diraja.

Clarence House berkata, ahli kerabat diraja berusia 62 tahun itu sedang berjalan di kawasan berbukit semalam, apabila dia tergelincir yang menyebabkan kakinya patah.

Kecederaan itu disahkan melalui x-ray yang dilakukan hari ini. – AP

Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

8Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran

Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang lelaki mati, manakala tiga rakannya cedera parah selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah restoran di Jalan Ipoh dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam, dan suspek mungkin seorang pembunuh upahan.

Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.40 pagi semasa keempat-empat sahabat dalam lingkungan umur 30-an itu sedang menikmati ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline