All Posts Tagged With: "Kanak Kanak"

Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak

Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak

SYUKUR alhamdulillah, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, budak yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun akhirnya ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin. Selepas dua minggu menjadi ‘isteri’ kepada Shamsuddin Che Derahman, Siti Nur kini boleh kembali ke pangkuan keluarga dan lebih penting, dapat meneruskan persekolahan seperti mana rakan-rakan sebayanya yang lain.

Pada usia itu, Siti Nur sepatutnya menikmati alam persekolahan dan bergaul dengan rakan sebaya, bukannya terpaksa memikul tugas ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Mac 2010

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisikekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2010. Kami mahu anda yang berkelayakan, komited dan pro-aktif bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK

- PENSYARAH UNIVERSITI* GRED VK7/VK6/DS53/DS51/DS45 - GURU BAHASA GRED DG41 - PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK) - PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PENDIDIKAN ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Hudud, Kahwin Muda- Satu Sunnah?

Kata Shamsuddin Ajaib, kalau hendak berjaya di dunia dan ganjaran syurga di akhirat, kita kena ikut sunnah.

Baginda pun berkahwin empat, salah seorang isteri Baginda masih berusia 11 tahun. Tetapi konsep perkahwinan Baginda tidak sama dengan perkahwinan Shamsuddin Ajaib yang berkahwin untuk memuaskan nafsu.

Apabila ia berlaku, kita lihat semua orang mencari sebab untuk berbuat sesuatu, antaranya menyatakan itu adalah suruhan Nabi, suruhan Allah dan sunnah.

Begitu juga hukum hudud, apabila ditentang ia dianggap sebagai kafir atas alasan ia hukum yang ditentukan Allah. ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Umat Islam Diingatkan Jangan Terpengaruh Amalan Sunnah Tidak Jelas

Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang menjadikan agama sebagai alasan untuk melakukan amalan sunnah yang tidak jelas termasuk berkahwin dengan kanak-kanak di bawah umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka sepatutnya bijak membuat penilaian dan tidak mudah terpedaya dengan cara seseorang itu berpakaian serta berperwatakan alim sedangkan hakikatnya mereka tidak mempunyai asas agama yang kuat.

“Sebab itu saya berharap kita jangan lekas buat keputusan setiap perkara ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kanak-Kanak Sudah Bersedia Terhadap Perkahwinan Di Usia Muda?

Di zaman serba moden ini, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun biasanya dianggap budak sekolah, yang masih ligat bermain dan tidak sukakan kerja seperti mengemas rumah dan memasak.

Jangan bandingkan dengan zaman Malaysia masih dikenali Malaya dulu, kata majoriti orang ramai apabila tercetusnya berita budak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki lebih berusia di negara ini.

Dua kes pernikahan yang berlaku di Kelantan itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun diJelawang dan satu ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Jakim terbit program realiti TV pertama kanak-kanak

Jakim terbit program realiti TV pertama kanak-kanak

KEBELAKANGAN ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti televisyen. Belum reda satu rancangan, sudah ada program realiti yang lain menunggu. Sayangnya, kebanyakan daripadanya lebih berkonsep hiburan dan lebih sesuai untuk golongan dewasa.

Bagi mengisi kekosongan program-program untuk kanak-kanak, Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memperkenalkan rancangan realiti televisyen Adik-Adikku yang mula bersiaran 15 Februari lalu.

Program ini berbeza kerana ia mengetengahkan bakat 20 pendaie ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Polis teliti rakaman CCTV jejak lelaki serang tadika di Muar

Polis teliti rakaman CCTV jejak lelaki serang tadika di Muar

JOHOR BAHRU 12 Mac – Polis yakin dapat menjejaki lelaki yang dipercayai menceroboh dan menyerang murid-murid taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Sinario, di Muar, dua hari lepas setelah pergerakan lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan terperinci terhadap rakaman itu sedang dilakukan sebelum fotofit lelaki berkenaan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Semua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Ledang dan Batu ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Fitnah : Laporan polis terhadap MP Kapar

Fitnah,tipu, bohong dan berlakon memang dah jadi makanan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, samada PAS, PKR dan DAP sama sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, mengganggu urusan polis, kes mahkamah serta mencari publisiti juga dan mempolitikkan isu juga dah menjadi kebiasaan. Inilah bidang kepakaran mereka yang tidak dimiliki oleh BN.

Gara-gara memfitnah, S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap MP Kapar, S. Manikavasagam. [baca sini]

Karigalan membuat laporan ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Bapa Haresvarran buat laporan polis terhadap Manikavasagam

Bapa Haresvarran buat laporan polis terhadap Manikavasagam

PETALING JAYA 11 Mac – S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Kapar, S. Manikavasagam selepas mendakwa beliau dan isterinya difitnah.

Karigalan membuat laporan polis itu di Balai Polis Damansara di sini pukul 2.30 petang ini berhubung memorandum yang dihantar Manikavasagam kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam.

“Saya kesal dengan sikap MP Kapar ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ketahui DHA minyak ikan selamat

Ketahui DHA minyak ikan selamat

Jika anda pergi ke pasar raya untuk mencari susu formula bayi, anda akan lihat kebanyakan jenama mempunyai perkataan “DHA” tertulis pada pelekatnya. Kemudian jika anda berjalan beberapa langkah lagi anda dapat lihat kotak-kotak yang mengandungi telur ayam pun mempunyai perkataan yang sama tercetak padanya. Anda hairan mengapa DHA dimasukkan ke dalam makanan ini. Jawapannya wajar diperhatikan terutama sekali bagi wanita yang mengandung.

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline