All Posts Tagged With: "Kata"

36 maut taufan Hubert landa Madagascar

36 maut taufan Hubert landa Madagascar

ANTANANARIVO, Madagascar 16 Mac – Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan lebih 38,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat di badai taufan Tropika Hubert, kata para pegawai bencana Madagascar.

Taufan itu telah membadai persisiran pantai tenggara negara kepulauan di Lautan Hindi itu pada hari Rabu.

Menurut para pegawai bencana negara itu semalam, kebanyakan sawah padi, jalan-jalan raya dan rumah musnah di landa banjir. Manakala kebanyakan tempat terputus hubungan akibat jalan yang ditenggelami air. – AP

Five Filters featured article: Chilcot ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ketua Al-Qaeda dipercayai terbunuh

Ketua Al-Qaeda dipercayai terbunuh

SANAA, 16 Mac – Seorang suspek yang dipercayai ketua Al-Qaeda tempatan di wilayah Abyan, selatan Yemen mati terbunuh dalam serangan udara dua hari berturut-turut yang bermula kelmarin, kata pegawai keselamatan semalam.

Jamil Nasser Abdullah Al-Anbari, 25, antara senarai militan yang menjadi buruan, adalah salah seorang daripada dua pemimpin Al-Qaeda yang terbunuh dalam serangan yang bermula kelmarin, beritahu pegawai yang enggan dikenali kepada AFP

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama seorang lagi mangsa militan tersebut.

Menteri pertahanan dalam laporan berita di laman ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Afghanistan tembak 5 pengebom berani mati

Afghanistan tembak 5 pengebom berani mati

KABUL 15 Mac – Pasukan keselamatan Afghanistan menembak mati lima lelaki pengebom berani mati memakai jaket yang sarat dengan senjata untuk meledakkan bangunan kerajaan dan bazar di timur negara itu hari ini, kata Menteri Dalam Negeri.

Gerakan pengebom berani mati militan puak pemberontak Afghanistan semakin tersusun dalam usaha mereka untuk memusnahkan tempat-tempat utama kerajaan yang dibantu oleh barat.

Menteri dalam negeri hari ini berkata, serangan di Barmal dalam wilayah Paktika di sempadan Pakistan yang berjaya dipatahkan itu ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

GST bukan model sistem cukai terakhir

GST bukan model sistem cukai terakhir

IPOH 14 Mac – Rakyat perlu faham bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bukanlah model sistem cukai terakhir yang akan diperkenalkan negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bagaimanapun beliau berkata, seperti juga Model Ekonomi Baru, GST merupakan konsep terkini yang dibawa oleh kepimpinan negara untuk kebaikan semua rakyat.

“Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, matlamatnya adalah untuk kebaikan rakyat, itu yang kita perlu pegang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Desa Rancangan Perumahan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Islam Agama Jenaka

HIJRAH- bererti kita ‘berpindah’ dari melakukan perkara yang buruk ke perkara yang baik. Sebenarnya perkataan Hijrah berkait perpindahan Baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Namun istilah ini telah disalahgunakan oleh orang politik atau haiwan politik untuk memberitahu Hijrah dari parti lain ke partinya adalah baik.

Pas kata, Hijrah dari BN ke Pakatan adalah satu perbuatan yang mulia dan baik. Sehingga kini Pas tidak memberi nas atau hujah-hujah membuktikan kata-kata mereka benar.

Kenapa mereka menjadikan Hijrah sebagai slogan perjuangan periuk ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

27 terbunuh serangan pengebom berani mati di Afghan

27 terbunuh serangan pengebom berani mati di Afghan

KANDAHAR 14 Mac – Dua puluh tujuh orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam serangan pengebom berani mati di selatan bandar raya Kandahar, Afghanistan semalam, kata ketua hospital besar bandaraya di sini.

Kebanyakan mangsa adalah orang awam dan polis, kata Abdul Qayyum Pukhla, pengarah kesihatan awam sambil menambah, enam daripada mangsa mati sebaik tiba di hospital. – Reuters

Five Filters featured article: ..read more 13Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tujuh awak kapal pukat tunda China diculik di Cameroon

Tujuh awak kapal pukat tunda China diculik di Cameroon

YAOUNDE 14 Mac – Tujuh awak kapal pukat tunda syarikat nelayan persendirian China diculik di perairan semenanjung Bakassi di barat daya Cameroon, kata sumber China dan Cameroon semalam.

Sumber rapat pasukan penyiasat dan gerakan pemberontak Cameroon memberitahu AFP, penculikan terhadap ketujuh-tujuh nelayan itu berlaku di perairan antarabangsa Bakassi kelmarin.

Satu sumber rapat dengan diplomat China telah mengesahkan mengenai penculikan ..read more 13Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Model ekonomi baru ambil kira pandangan semua rakyat

Model ekonomi baru ambil kira pandangan semua rakyat

IPOH 12 Mac – Pelaksanaan model ekonomi baru akan mengambil kira pandangan semua rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di sini hari ini. – Utusan

Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

AKPC_IDS += "3618,";

Popularity: unranked [?]

12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Gegaran kecil mungkin dirasai sekitar Tasik Kenyir

Gegaran kecil mungkin dirasai sekitar Tasik Kenyir

KUALA LUMPUR 11 Mac — Gegaran lemah mungkin dirasai di sekitar Tasik Kenyir apabila satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku pada pukul 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat di 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.

“Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di sekitar Tasik Kenyir,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

4 nelayan Thai terapung 15 jam diselamat anggota TLDM

4 nelayan Thai terapung 15 jam diselamat anggota TLDM

IPOH 10 Mac – Empat nelayan warga Thailand yang terapung lebih 15 jam apabila bot mereka terbalik dan hampir tenggelam akibat cuaca buruk 14 batu nautika dari Pulau Sembilan dekat Lumut semalam diselamatkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Mereka diselamatkan oleh anak kapal KD Laksamana Tan Pusmah yang sedang menjalankan latihan di perairan itu.

“Ketika kami sampai di tempat kejadian bot nelayan bernombor pendaftaran PPF 539 milik nelayan tempatan itu sudah terbalik ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline