All Posts Tagged With: "Katanya"

Nik Aziz: Politik Melayu kukuh jika Umno tukar dasar

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan Umno untuk menukar dasarnya kepada Islam.

“Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

“PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu,” kata menteri besar Kelantan itu ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Dengki-mendengki, Sindir-menyindir

DIRIWAYATKAN daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir-menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

KD pakai cincin pemberian Raul

KD pakai cincin pemberian Raul

DUGAAN Atha, isteri Raul seolah-olah tepat. Atha pernah menyatakan rasa tidak percayanya pada pengakuan Krisdayanti (KD) yang hubungannya dengan Raul sudah berakhir. Bagi Atha pengakuan KD itu hanya bertujuan meredakan keadaan sahaja.

KD sehingga kini masih dilihat memakai cincin pemberian Raul. Menafikan cincin tersebut sebagai cincin pertunangan, sebaliknya mengakui cincin itu adalah hadiah daripada Raul.

“Saya masih setia dengan cincin ini. Cincin ini diberi oleh Raul. Ini cincin hadiah. Tapi kerana unik dan saya suka. Saya memakainya dan ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Anti wanita berskirt pendek

Anti wanita berskirt pendek

Bagi gadis-gadis yang gemar memakai skirt pendek, lebih baik anda lupakan sahaja pakaian itu jika ada menaruh hati pada aktor kacak drama bersiri Boys Over Flowers, Lee Min Ho.

Menurut Min Ho, dia merupakan seorang lelaki yang konservatif dan tidak suka jika wanita yang tampil dengan imej seksi.

“Saya mempunyai seorang kakak dan saya tidak suka dia memakai pakaian sedemikian.

“Malah, kawan-kawan wanita yang rapat dengan saya pun akan saya tegur jika mereka memakai skirt pendek. Saya juga akan pastikan ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

MB tak sedar wujud pengusaha kecil

MB tak sedar wujud pengusaha kecil

SHAH ALAM 17 Julai – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain daripada pencuri pasir di Selangor.

Katanya, beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diajukan rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor semalam bahawa royalti dikenakan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Pemilik Kenderaan Asing Tidak Dibenar Beli RON 95 Mulai 1 Ogos

Bermula 1 Ogos ini, pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di stesen-stesen minyak di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan tersebut hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang diapungkan secara terkawal melalui penyelarasan subsidi yang diumumkan kerajaan.

“Pelaksanaan ini adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Koperasi Negara yang dirasmikan ..read more 16Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Pembayar cukai lewat hantar borang dikenakan penalti: LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, pembayar cukai yang menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan selepas tarikh akhir akan menerima Notis Taksiran berserta penalti kerana lewat menghantar borang.

LHDNM dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, tarikh akhir yang ditetapkan ialah 30 April, 2010 bagi Borang BE dan 30 Jun, 2010 bagi Borang B.

Katanya, Notis Taksiran itu akan dihantar melalui pos.

Pembayar cukai yang menerima notis ini dinasihati menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau berhubung terus ..read more 16Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta

Institusi kewangan perlu mendapat kebenaran mahkamah jika hendak menarik kereta yang pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tetapi sudah melunaskan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan yang memberi perlindungan kepada pengguna itu akan dikuatkuasakan seperti yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.

Beliau berkata, menerusi pindaan itu juga, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi.

Katanya, penarik kereta yang didapati tidak ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

‘Melayu bukan pendatang’ – Kajian

Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar.

Katanya, artifak terbabit ditemui di kawasan ekskavasi di Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang, dan Muar di ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Keraguan dalam ESQ boleh diperbetul, diperjelas – Majlis Fatwa

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan kursus program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) boleh dilaksanakan di negara ini dengan pengawasan sepenuhnya panel syariah dilantik ESQ.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan kebanyakan unsur keraguan yang terkandung dalam program itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Katanya, muzakarah turut memutuskan pihak ESQ membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta, kenyataan atau ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline