All Posts Tagged With: "Kaum India"
Isu kepala lembu: ADUN Pakatan selar MB S’gor
Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana “mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut”.
“Saya tak setuju bila menteri besar kata Umno tidak terlibat, saya tahu Umno terlibat dalam perarakan kepala lembu,” katanya ketika membahaskan bajet 2010 di DUN Selangor hari ini.
Manoharan yang tidak membuktikan bagaimana beliau mengetahui perkara itu, juga berkata, Khalid tidak sepatutnya membebaskan pihak terbabit daripada tuduhan berkenaan kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.
“Kes masih ada di ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hak semua diambil kira
Hak semua diambil kira
KUALA LUMPUR 8 Mac – Kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum akan diambil kira dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang kini sedang dalam peringkat penggubalan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu mewakili setiap kaum akan diberi peluang meneliti cadangan MEB yang sedang disediakan Majlis Penasihat Ekonomi dan memberi input masing-masing.
“Saya tahu setiap rakyat Malaysia, bukan sahaja Majlis Perundingan Melayu (MPM) mahu memberikan pandangan.
“Saya beri ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
India Tak Sokong Saya Kambing Hitam- T.Murugiah
Apapun warna kambing, nasibnya hanya satu- DISEMBELIH. Dagingnya di makan, kulitnya di buat hiasan dan tahinya di buat baja. Sekadar gambar hiasan.
8 NGO mahu PM pecat Murugiah kerana hina kaum India
PUTRAJAYA: Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India hari ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Bukti kerajaan DAP tindas penjaja Melayu, Melayu terus diperbodohkan DAP
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DMMPP) membidas kerajaan negeri DAP kerana berbohong mengenai tindakan DAP menindas peniaga Melayu Pulau Pinang.
Rizal Faris Mohideeen Abdul Kader berkata statistik darpada majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun lalu (2009) rampasan jualan penjaja tanpa lesen melibatkan 152 gerai milik peniaga Melayu, Cina 84 Gerai dan India 17 gerai. Manakala pada tahun 2008 tindakan sama mengikut kaum, 132 Melayu, 110 Cina dan 17 India.
Perbandingan ketara rampasa dibuat kepada kaum Melayu dan Cina. Melayu ..read more 11Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Dimensi baru perjuangan Kimma
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
Sejak 1984, sudah lima kali Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) membuat permohonan secara terbuka untuk menjadi salah sebuah parti komponen politik di bawah Barisan Nasional (BN). Namun sehingga ke hari ini, permintaan pertubuhan yang berusia 33 tahun itu tidak mendapat maklum balas positif.
Ada beberapa kekangan yang barangkali menyebabkan permintaan Kimma itu tidak begitu diberi perhatian. Antara lain, pertubuhan itu selama ini sudah berada di bawah MIC dan kedudukan itu dilihat lebih memadai bagi sesetengah pihak.
Secara tidak langsung, ..read more 5Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Buku – Keputusan pilihan raya dan kesannya pada politik negara
Kelemahan Barisan Nasional (BN) dilihat sebab utama kemerosotan sokongan dalam Pilihan Raya Umum 2008. Antara faktor penyumbang ialah BN dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat menyebabkan mereka hidup dalam keadaan yang tidak selesa terutama akibat kenaikan bahan api dan barangan keperluan harian.
Aspek keselamatan diri dan harta benda yang tidak terjamin di samping penyelewengan kuasa serta skandal-skandal yang melibatkan para pemimpin BN turut menyumbang kepada kemerosotan itu.
Pada masa yang sama, parti-parti komponen menghadapi masalah dalaman seperti MIC yang dilihat tidak berupaya ..read more 18Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Melayu Singapura kuat merokok, atasi kaum lain
Jumlah Melayu Singapura yang merokok mengatasi jumlah perokok daripada kaum Cina dan India di negara ini, kata Kementerian Kesihatan.
Kementerian berkenaan berkata jumlah perokok Melayu adalah sekali ganda melebihi dua kaum itu. Lelaki Melayu berusia 30 hingga 39 tahun merupakan golongan paling ramai menjadi perokok iaitu 49 peratus berbanding 19 peratus kaum Cina dan 12 peratus kaum India, kata kementerian itu di parlimen Singapura.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu bagaimanapun berkata jumlah perokok wanita di ..read more 13Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Anwar Ibrahim Kufur (Bah 2)
Kita jangan lupa, Anwar Ibrahim pernah menyokong penggunaan nama Allah secara terang-terang oleh NGO Anti Islam dengan menghadiri beberapa majlis dianjurkan. Harus diingatkan, peguam yang membela Herald merupakan orang kuat Anwar Ibrahim dan PKR.
Anwar Ibrahim merupakan Pelopor dan ‘Bapa Melayu Kristian’ membantah pembakaran gereja yang telah dilakukan oleh puak pelampau.
Dia menamakan UMNO sebagai puak pelampau dan menyifatkan tindakan ini berlaku kerana UMNO. Kalau UMNO lakukan, sudah tentu semasa mencapai proses kemerdekaan, bangsa asing sudah lama dihalau dari Tanah Melayu dan ..read more 13Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
3.7 juta belum daftar mengundi
PUTRAJAYA 15 Dis. 2009 – Kira-kira 3.7 juta orang rakyat yang melepasi umur 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
Menurutnya, peratus terbesar yang belum berbuat demikian merupakan orang Melayu, diikuti kaum India dan Cina.
”Mereka seharusnya sedar tanggungjawab sebagai pengundi untuk menentukan masa depan rakyat dan negara ini.
”Jangan ingat jika anda mendaftar hari ini, esok boleh mengundi. Sekurang-kurangnya empat hingga lima bulan diperlukan oleh SPR untuk memasukkan senarai nama ..read more 16Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
UMNO Pengkhianat Rakyat- PAS
PAS sebagai Parti Islam dan Partinya melebihi Islam melancarkan slogan UMNO Pengkhianat Rakyat pada 9 Januari 2010 akan datang. Tujuannya untuk membongkarkan pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO sejak dahulu, kini dan selamanya kepada rakyat Malaysia.
Ketua Penerangannya PAS, Ustaz Idris Ahmad memberitahu,”Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka ..read more 15Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued