All Posts Tagged With: "Kekejaman"

Remaja 13 tahun parah ditembak Zionis

Remaja 13 tahun parah ditembak Zionis

GAZA 15 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengalami cedera parah selepas ditembak tentera rejim Zionis awal pagi ini ketika sedang mengutip besi buruk berhampiran sempadan Tebing Gaza yang dikawal ketat tentera rejim itu, kata pegawai perubatan Palestin.

Ketua pegawai kawalan kecemasan Gaza, Muawiya Hassanein berkata, remaja yang bernama Ahmad Obeid itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih berada di hospital untuk diberi rawatan rapi.

Penduduk Gaza sering menjadi mangsa kekejaman tentera rejim Yahudi ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Usul kutuk Israel ke PBB

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Usul kutuk Israel ke PBB

KUALA LUMPUR 7 Jun – Usul mengutuk kekejaman rejim Israel yang dipersetujui secara sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini akan dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui surat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, beliau juga akan mengutus surat kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton bagi menyatakan ..read more 7Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Desak PBB tegak keadilan untuk Palestin

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Desak PBB tegak keadilan untuk Palestin

KECAMAN, kutukan dan demonstrasi masih lagi diadakan yang melibatkan pelbagai pertubuhan merangkumi parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), organisasi dan pertubuhan sosial, agama dan masyarakat umum yang bersatu membantah tindakan tidak berperikemanusiaan dan zalim rejim Yahudi. Rejim itu umpama pengganas membunuh mereka yang tidak bersenjata dan hanya ingin memperjuangkan keamanan serta kedamaian sejagat. Tindakan ganas dan ..read more 7Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

KESAN ISLAM TIDAK BERSATU

Protes Gaza: Lelaki Arab kelar diri depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur

Suasana depan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur kecoh seketika bila seorang lelaki Arab dipercayai warga Palestin kelar badannya dengan pisau kerana protes serangan tentera Israel keatas kapal konvoi misi kemanusiaan Gaza.

Kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi sejurus Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali selesai mengetuai kira-kira 300 orang wakil pelbagai NGO mengadakan demo depan kedutaan.

Mereka adakan demo itu mulai jam 11 pagi.

Ibrahim juga telah menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan itu.

Orang ramai ..read more 1Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Polis Memang Wajar Tembak Perompak Bersenjata

Ramai yang ingin tunjuk hero dan kononnya nak membela kepentingan rakyat. Namun apabila ahli politik cuba tunjuk hero dengan mempersoalkan kaedah polis berurusan dengan perompak bermakna mereka mengambil tindakan yang tidak bijak.

Perompak bersenjata di Malaysia memang kejam. Tidak kiralah dari bangsa mana sekalipun. Jadi apabila suspek rompakan bertembung dengan polis dan mula menggunakan kekerasan bagi melepaskan diri eloklah mereka ditembak. Takkan polis hendak lepaskan begitu sahaja.

Bagi yang terbawa-bawa dengan isu kezaliman pihak polis, silalah ke blog Mahaguru58 untuk melihat sendiri ..read more 8May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Islam menentang keganasan

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

Dr. Yusuf Qardawi menyatakan: “Adalah sangat penting untuk dicatat bahawa kekerasan bukanlah suatu fenomena berasal dari Islam. Tidak ada titik temu antara Islam dan kekerasan seperti yang dilakukan oleh kelompok pengganas di pelbagai belahan dunia.”

Agama yang benar dari Allah SWT tidak mengizinkan agresif, kekerasan, ketidakadilan atau penindasan. Pada waktu yang sama, ada panggilan untuk moraliti, keadilan, toleransi dan perdamaian.

Hal itu tidak boleh dikatakan bahawa kekerasan adalah fenomena dari Islam. Kekerasan tidak memiliki agama atau kerakyatan. Jika beberapa kelompok ..read more 4Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Pembunuh bayi dinasihatkan bertaubat

Pembunuh bayi dinasihatkan bertaubat

DI MANAKAH silapnya sehingga pembunuh bayi semakin berani melakukan kekejaman membunuh nyawa yang tidak berdosa tanpa sekelumit nilai peri kemanusiaan?

Tindakan kejam yang dilakukan jelas menyimpang daripada mana-mana ajaran agama yang menuntut penganutnya berkasih-sayang apatah lagi, terhadap darah daging sendiri.

Kes-kes penemuan janin yang dibuang di dalam tong sampah dan sungai cukup memberi isyarat betapa isu ini bertambah kronik dan perlu ditangani dengan serius oleh semua pihak.

Sebenarnya ia lebih besar daripada isu kemalangan jalan raya yang heboh ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Kenangan pahit 2009

Tahun 2009 meninggalkan kita dengan 1001 kisah yang sukar dilupakan. Bagaimanapun isu penularan wabak virus selesema babi (H1N1) menjadi berita paling hangat yang diperkatakan di seluruh negara.

Selain itu, kes melibatkan kekejaman ah long atau ceti haram juga sering dipaparkan di media cetak mahu pun elektronik. Tidak ketinggalan, berita mengenai kezaliman majikan terhadap pembantu rumah turut menjadi perhatian masyarakat di samping kes culik yang semakin berleluasa.

Apa yang pasti, semua kisah ini akan menjadi kenangan pahit bagi individu yang pernah melaluinya dan ..read more 31Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

Keliru dengan kes Yim Pek Ha dan Radhi

Keliru dengan kes Yim Pek Ha dan Radhi

KES penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonat telah lima tahun berlalu. Namun bagi rakyat Malaysia, peristiwa ini bagai baru saja berlaku. Masih terbayang lagi bagaimana teruknya kecederaan yang telah dialami.

Tidak tergambar bagaimana seksanya jika diri kita sendiri diperlakukan sedemikian rupa malah orang yang melakukan penderaan itu sepatutnya tidak layak dipanggil manusia.

Perbicaraan demi perbicaraan telah dijalankan dan mahkamah telah beberapa kali menjatuhkan hukuman. Kali pertama Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara selama ..read more 8Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

Hajat terakhir Chin Peng

Walaupun Chin Peng begitu sekali ingin pulang ke tanah tempat tumpah darahnya, tetapi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang berusia kini 85 tahun, bagaimanapun belum bersedia untuk memohon maaf di atas apa yang telah berlaku – tidak seperti yang dilaporkan media minggu lalu.

“Saya tidak ada niat lain selain daripada untuk pulang ke tanahair saya,” katanya.

Kerajaan pula berkeras tidak membenarkan Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, untuk memijak bumi Malaysia, atas alasan kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM.

Bercakap kepada ..read more 29Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline