All Posts Tagged With: "Kerajaan Pusat"
NIK AZIZ TAK BERANI BUKA MULUT
Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengambil sikap berdiam diri mengenai dakwaan beberapa pemimpin Pas memberi peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog untuk menjayakan operasi gerak saraf yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Kerajaan Pusat.
Nik Aziz yang ditemui pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini tengah hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 80 pemimpin masyarakat Islam selatan Thailand langsung tidak menghiraukan soalan berhubung isu tersebut.
Malah Mursyidul Am Pas itu memalingkan muka ke arah lain apabila ..read more 3May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pengagihan wang ihsan kepada murid sekolah dikaji semula
Pengagihan wang ihsan kepada murid sekolah dikaji semula
BACHOK 2 Mei – Pengagihan wang ihsan daripada Kerajaan Pusat kepada lebih 100,000 pelajar miskin di sekolah rendah di Kelantan yang membabitkan peruntukan RM20 juta akan dikaji semula.
Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan untuk meneruskan semula bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajaran Miskin (KWAPM) yang ditangguh sebelum ini berikutan ekonomi negara semakin pulih.
“Kita tidak mahu mereka menerima bantuan sebanyak dua kali berturut-turut”, katanya ..read more 2May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Siasat sumber wang RM4j kepada Kickdefella
Siasat sumber wang RM4j kepada Kickdefella
KOTA BHARU 30 April – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menggesa pihak berkuasa termasuk Jabatan Audit Negara menyiasat sumber wang RM4 juta yang didakwa diberikan oleh kepimpinan Pas Kelantan kepada seorang penulis blog untuk digunakan bagi memburukkan kerajaan Pusat.
Tegas beliau, hanya ada dua sumber wang itu boleh diperolehi di negeri itu sama ada menerusi komisen pembalakan atau derma yang diberikan oleh pihak swasta.
“Sekarang saya nak tanya duit ini dari mana, adakah diberikan ..read more 1May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Peruntukan khas untuk projek pembangunan Sabah, Sarawak
Peruntukan khas untuk projek pembangunan Sabah, Sarawak
PUTRAJAYA 26 April – Kerajaan Pusat bersetuju menyediakan peruntukan khas untuk melaksanakan semua projek pembangunan untuk manfaat rakyat di Sabah dan Sarawak.
Persetujuan tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak di sini hari ini.
Bagaimanapun jumlah peruntukan akan ditentukan kemudian, menurut seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
Katanya, antara lain, mesyuarat itu membincangkan pelaksanaan program pembangunan masyarakat bumiputera di kedua-dua negeri tersebut.
Jawatankuasa ..read more 26Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Isu kuasa sultan: Sidang DUN Kedah bertukar “panas”
Isu kuasa sultan: Sidang DUN Kedah bertukar “panas”
ALOR SETAR 26 April – Kerajaan Negeri Kedah hari ini terpaksa menarik balik soalan bertulis seorang penyokongnya dari Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap menghina Sultan Kedah ekoran bantahan daripada beberapa anggota Barisan Nasional (BN).
Speaker Datuk Dr. Abdul Isa Ismail membuat keputusan kedua-dua soalan berkenaan ditarik balik selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) selaku Ketua Pembangkang dan seorang anggota BN lain bangun membuat bantahan terhadap soalan-soalan tersebut yang dianggap ..read more 26Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
HARI HARI TERAKHIR ZAID DI HULU SELANGOR.
Hari ini merupakan hari terakhir buat Zaid dan seluruh pemimpin Pakatan di Hulu Selangor kerana rakyat Hulu Selangor sudah membuat keputusan untuk memilih calon BN Kamalanathan untuk menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru.Mulai esok rakyat tidak mahu lagi melihat penfitnah dan kaki mabuk berada dibumi Hulu Selangor kerana sejak kehadiran mereka semasa kempen PRK banya fitnah yang dibawa oleh mereka ke Hulu Selangor.
Rakyat sudah tahu menilai mana permata dan mana penyangak yang hanya bermuka muka dengan rakyat di Hulu ..read more 24Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
UMNO Pasir Puteh hantar surat bantahan kepada Tengku Razaleigh
UMNO Pasir Puteh hantar surat bantahan kepada Tengku Razaleigh
PASIR PUTEH 21 Mac. — Umno Bahagian Pasir Puteh menghantar surat bantahan kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata pihaknya kecewa dengan tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat kerana hakikatnya Kelantan tidak layak menerima bayaran royalti minyak lima peratus itu.
“Satu surat bantahan berkaitan kehadiran Tengku Razaleigh pada ..read more 21Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Kelantan tidak layak dapat royalti
Kelantan tidak layak dapat royalti
KUALA LUMPUR 20 Mac – Seorang pakar Perlembagaan negara, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, Kelantan tidak layak untuk menerima royalti petroleum sebanyak lima peratus daripada hasil cari gali minyak di luar pantai negeri itu.
Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan kawasan luar pantai adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat dan bukannya negeri.
“Walaupun terdapat Akta Pembangunan ..read more 20Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Muhyiddin Yassin Mahu Pendedahan Zaharin Disiasat
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu pihak berkuasa menyiasat dakwaan wakil rakyat Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.
Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembongkaran yang dibuat Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Lepas itu sebagai amat serius kerana ia melibatkan nama baik institusi Yang di-Pertuan ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pendedahan parlimen #3 : Pas 4 All lebih ‘ganas’ dari 1 Malaysia
Tidak perlu dipertaikaikan bahawa 1Malaysia bukanlah sebagaimana yang didakwa oleh Pakatan ALjuburi.. 1Malaysia merupakan konsep perpaduan yang ingin dicapai oleh kerajaan, bukanlah satu reotik semata kerana ianya diikuti oleh komitmen kerajaan melalui rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan..
Kita tahu bhawa Pakatan ALjuburi tidak senang dengan matlamat dan perjuangan 1Malaysia, kerana pembangkang hanya melaungkan retorik semata-mata tetapi tiada pelaksanaan.. mereka boleh melalak tentang 1Malaysia pagi petang siang dan malam tetapi hanya setakat melalak sahajalh… kerana BN telah membuktikan bahawa mereka melaksanakan apa ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



