All Posts Tagged With: "Kiasu"

Belajar daripada bangsa berjaya

Belajar daripada bangsa berjaya

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Pantang ada bukan Melayu yang cuba memuji Melayu (Islam) dan dasar kerajaan, pasti akan dihentamkan oleh ultra kiasu. Terbaru, pemaju hartanah utama negara SP Setia Berhad, sebangsa dengan saya, dikutuk rapat golongan ultra kiasu melalui kenyataan yang agak pro kepada dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kenyataan beliau yang mahukan bukan Melayu bersyukur atas dasar hari ini yang turut menguntungkan mereka, amat tidak disenangi oleh laman web ultra kiasu. Itulah wajah mereka sebenarnya. ..read more 22Aug2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

TIDAK ADA SEMANGAT TOLONG MELAYU

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

TIDAK ADA SEMANGAT TOLONG MELAYU

SEKARANG ini pun usahawan Melayu macam saya tersangat susah untuk mendapatkan projek dengan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh orang Cina dan India.

Malang menimpa syarikat GLC yang CEOnya Melayu tak sedar diri, tetap ambil syarikat Cina dan India untuk menguruskan pelbagai projek GLC walaupun CEO itu dilantik kerana Melayu dan orang kampung macam saya yang sokong UMNO.

Sedih, puak-puak Melayu ..read more 4Jun2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Kembalikan kekuatan

Kembalikan kekuatan

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang trend pengundian dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Dari awal-awal lagi saya sudah menjangkakan fenomena ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa BN kehilangan sokongan bukan Melayu. Trend ini bukanlah suatu yang baru atau pelik, tetapi telah berlaku sejak dahulu lagi. Bila Melayu bertanding di kawasan bukan Melayu, Melayu akan kalah. Manakala bila bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu misalnya MCA dan Gerakan, bukan Melayu akan menang. Bila parti dominasi etnik bukan Melayu seperti ..read more 2May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Apabila Belanda minta tanah, kaduk naik junjung…

Apabila Belanda minta tanah, kaduk naik junjung…

PADA 13 Mac 2010, saya menerima e-meldaripada seorang saudara yang amat prihatin dengan nasib Melayu di bumi Melayu yang selalu dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu terutama parti ultra kiasu dan rakan sekutunya yang boleh diibaratkan seperti Belanda minta tanah dan kaduk naik junjung.

Saya terpaksa mengubah tajuk artikel yang sepatutnya kerana saya fikirkan emailnya amat penting, apatah lagi isu ini telah disensasikan oleh laman-laman web mereka.

Isunya berkaitan dengan penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang yang membantah ..read more 21Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Iktibar Tahun Harimau

PENGAJARAN tahun harimau, bersyukurlah dengan apa yang ada (Mingguan Malaysia 14 Februari 2010)

Apabila saya mengemukakan formula keadilan dan perpaduan mengikut statistik penduduk 60 – 40 (Islam – bukan Islam) berkaitan hak pembinaan rumah ibadat, agihan ekonomi dan politik dalam menyelesaikan masalah etnik dalam Mingguan Malaysia bertarikh 27.12.2009, saya dikecam, dihentam dan digodam. Pada saya, itulah formula keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Terbaru, Centre for Policy Initiative (CPI) yang diketuai oleh Lim Teck Ghee mahukan formula tersebut diguna pakai dalam perkhidmatan ..read more 15Feb2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Menang pada satu pihak

Oleh Dr Mohd Ridhuan Tee

Insiden ceramah berbau perkauman dalam program Rapat 1Malaysia baru-baru ini, perlu dijadikan teladan oleh semua pihak, terutama dalam membangkitkan perkara-perkara yang sensitif yang menyentuh sensitiviti kaum. Sudah menjadi amalan politik di negara kita, satu kesalahan yang dilakukan akan dijadikan senjata untuk menarik seseorang jatuh dengan melupakan seribu kebaikan yang pernah dilakukan. Inilah hakikat yang perlu kita terima.

Dengan sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam berhujah agar tidak masuk perangkap. Hujah-hujah yang dikemukakan mesti disertai dengan fakta yang ..read more 7Feb2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Politik dominan DAP

Politik dominan DAP

SEJAK dari awal lagi, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas bersedia bekerjasama dengan DAP sebelum pilihan raya umum 2008, ramai sudah tertanya-tanya sejauh manakah pakatan itu akan mampu bertahan.

Persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak ialah sejauh manakah DAP akan membenarkan PKR dan Pas sentiasa senada dengan mereka dan sejauh mana pula DAP akan menuruti kesepakatan yang dicapai antara ketiga-tiga parti tersebut.

Lebih daripada itu, ada juga yang bertanya, sejauh manakah DAP akan mendengar dulu pandangan PKR dan ..read more 1Feb2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline