All Posts Tagged With: "Korea Selatan"
Sihat cara orang Korea

Pada usia 76 tahun. Dr. Muhammad Kim masih aktif melakukan rutin senaman pagi dengan berjoging sekurang-kurangnya dua kilometer setiap hari.
Selesai beriadah, Muhammad bersiap-siap untuk ke pusat perawatan tradisional miliknya yang terletak di Kelab Golf Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk memenuhi temu janji dengan pesakit-pesakitnya.
Sebelah malam pula, adakalanya bekas pegawai tentera berpangkat kolonel dari Seoul, Korea Selatan ini perlu menghadiri majlis rasmi melibatkan ekspatriat Korea.
Padat dengan jadual seharian, lelaki bertubuh kecil tetapi bertenaga ini tidak lokek berkongsi tiga rahsia untuk memiliki ..read more 19Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Catatan terburuk birokrasi Indonesia
Satu kaji selidik agensi asing meletakkan Indonesia bersama-sama India dan Filipina mempunyai sistem birokrasi terburuk di Asia.
Kaji selidik itu dibuat di kalangan ekspatriat dan ahli perniagaan oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) meletakkan Pusat Kewangan Rantau Singapura dan Hong Kong sebagai paling efisien.
Kegagalan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono melaksanakan reformasi dan peletakan jawatan Sri Mulyani sebagai Menteri Kewangan dan berpindah tugas ke Bank Dunia meletakkan persepsi terhadap Indonesia semakin buruk, kata PERC.
“Mandat yang dimiliki Presiden Susilo daripada rakyat tidak ..read more 14Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Korea Selatan atasi Greece 2-0
Korea Selatan atasi Greece 2-0
AFRIKA SELATAN 12 Jun – Wakil Asia, Korea Selatan muncul sebagai pasukan pertama mencatatkan kemenangan di Piala Dunia FIFA apabila membenam Greece 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan B.
Lee Jung-Soo menjaringkan gol pertama Korea pada minit ke-7 sebelum bintang Manchester United, Park Ji-sung menambahkan duka Greece melalui rembatan kaki kiri pada minit ke-52 untuk gol kedua Korea. – Agensi
Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Bidaan Piala Dunia 2018 masih terbuka – FIFA
Bidaan Piala Dunia 2018 masih terbuka – FIFA
LUANDA 30 Jan. – Piala Dunia 2018 boleh sahaja dilangsungkan di Asia atau Amerika Syarikat, walaupun tekanan agar bidaan hanya di kalangan negara Eropah semakin memuncak, kata Presiden FIFA, Sepp Blatter semalam.
Blatter yang mengadakan sidang akhbar sempena perlawanan akhir Piala Negara-negara Afrika hujung minggu, mengulangi pandangan awal minggu ini di Madrid apabila beliau mencadangkan agar bidaan tidak hanya di kalangan calon Eropah tetapi turut ..read more 11Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Kekuatan mental pasukan negara lemah
Kekuatan mental pasukan negara lemah
SEBAGAI peminat sukan badminton, saya melihat ada satu aspek kelemahan ketara yang diperlihatkan khususnya oleh pasukan badminton Piala Thomas Malaysia.
Kelemahan tersebut ialah dari segi kekuatan mental. Kekurangan dari segi kekuatan mental inilah yang jelas menjadi punca kepada kekalahan Malaysia kepada Jepun serta dibelasah oleh China.
Bagi saya Malaysia tiada masalah dengan skil permainan individu, malah 10 pemain teratas dunia mempunyai kemahiran permainan yang hampir sama sahaja.
Cuma yang membezakan mereka ialah kekuatan mental masing-masing semasa ..read more 19May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
China Juara Piala Thomas 2010

Indonesia bagaikan beraksi di Istora Senayan apabila mendapat sokongan luar biasa sebahagian besar 11,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, namun ia masih tidak mampu membantu mereka menyekat keunggulan China yang membawa pulang kejuaraan kelapan dengan kemenangan 3-0, semalam.
Kemenangan ini juga menebus kegagalan skuad Piala Uber mereka meneruskan dominasi 12 tahun berturut-turut, selepas dikejutkan oleh Korea Selatan 1-3 dalam perlawanan paling mengejutkan kelmarin.
Semalam, aksi tersendiri Lin Dan mengetuai kemenangan keempat berturut-turut buat China, sebelum Fu Haifeng-Cai Yun dan Chen Jin pula ..read more 16May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Menjadikan tugas guru berkesan – Menteri Pelajaran
MINGGUAN: Apa sebenarnya cabaran dalam profesion perguruan sekarang ini? MUHYIDDIN: Cabaran profesion perguruan tidak boleh dilihat terasing daripada cabaran lain dalam bidang pelajaran. Sebab itu sempena Hari Guru ini bukan hari untuk membicarakan soal guru sahaja.
Ucapan saya sempena Hari Guru adalah ucapan terpenting untuk menjelaskan halatuju pelajaran negara kita. Profesion perguruan pun satu perkara utama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pertama, bagaimana hendak perkukuh organisasi kementerian. Dalam tempoh setahun saya lihat walaupun ada kemajuan yang telah dicapai tetapi masih ada ..read more 16May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Korea Selatan rangkul Piala Uber
Korea Selatan rangkul Piala Uber
KUALA LUMPUR 15 Mei – Korea Selatan muncul juara Piala Uber buat juling kali apabila menewaskan juara bertahan China 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Keputusan:
Bae Seung Hee mn Wang Yihan 23-21, 21-11
Lee Hyo Jung/Kim Min Jung mn Ma Jin/Wang Xiaoli 18-21, 21-12, 21-15
Sung Ji Hyun kk Wang Xin 14-21, 21-16, 7-21
Lee Kyung Won Won/Ha Jung Eun mn Du Jing/Yu Yang 19-21, 21-14, 21-19.
- Bernama
Five Filters ..read more 15May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
KDNK tumbuh 10.1 peratus
PUTRAJAYA 13 Mei – Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 sebanyak 11.7 peratus.
Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu 4.4 peratus.
Berikutan pertumbuhan memberangsangkan itu, beliau berkata, unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat Bank Negara sebelum ini.
”Kadar pertumbuhan memberangsangkan ..read more 14May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Negara Akan Punyai Loji Tenaga Nuklear Pada 2021
Kerajaan telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.
Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata semalam, dengan kelulusan itu juga pihaknya akan mula mengenalpasti tempat yang sesuai untuk pembinaan loji nuklear berkenaan.
Yang pasti kata Peter Chin, loji berkenaan akan dibina di satu kawasan yang mempunyai permintaan keperluan tenaga yang tinggi.
“Untuk membina sebuah loji berkuasa nuklear memerlukan tempoh selama ..read more 5May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



