All Posts Tagged With: "Kota Bharu"
Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua
Sultan Kelantan fail permohonan sah cerai isteri kedua
KOTA BHARU 9 Mac – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra hari ini memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua baginda, Che Puan Elia Suhana Ahmad, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu di sini.
Peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau dan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada 3.30 petang.
“Kami telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra supaya ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Juruterbang, penumpang pesawat kecil terhempas selamat
Juruterbang, penumpang pesawat kecil terhempas selamat
KOTA BHARU 9 Mac – Juruterbang dan penumpang sebuah pesawat latihan milik swasta yang terhempas di kawasan sawah di Jelawat, Bachok, hari ini, dilaporkan terselamat.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata, kejadian itu berlaku pada 4.40 petang.
Namun, katanya, beliau belum mendapat maklumat mengenai jenis pesawat dua tempat duduk itu.
Menurut jurucakap Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berada di lokasi kejadian, juruterbang dan penumpangnya dibawa keluar dari pesawat itu dan dihantar ke Hospital Universiti ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Serambi Disko di Kelantan!!!
Visit kelantan.. Tersergam indah serambi disko di Jalan Hamzah. Tok Guru Nick Ajiss Sudah Sesatkan Orang. Mari Kembali Ke Pangkal Jalan.
Gambar salah satu disko di kelate, di jalan hamzah, menjadi kunjungan gadis melayu dan cina. semuanya dijamu dengan arak. astaga…moga Allah SWT lindungi kita. Ini bukan serambi mekah…ini serambi disco. Inilah padahnya apabila PAS berkawan dengan PKR dan DAP! Dimana perjuangan asal PAS, Inikah perjuangan Islam yang diagung-agungkan… ya betul PAS for ALL. Depan belakang semua bole.!
Wanita-wanita ini telah rosak ..read more 8Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
DUN lulus usul tergempar
DUN lulus usul tergempar
KOTA BHARU 1 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul tergempar untuk memberikan mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) bagi mengambil tindakan mahkamah berhubung tuntutan royalti minyak.
Usul tersebut dikemukakan oleh Abdullah Ya‘akub (Pas-Air Lanas) dan ia mendapat persetujuan sebulat suara 45 ahli termasuk anggota pembangkang walaupun hanya memerlukan sembilan sokongan daripada anggotanya untuk membahaskan usul berkenaan.
Antara enam anggota pembangkang yang menyokong usul tersebut ialah ketuanya, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
BN anggap usul selesai royalti langkah terbaik
BN anggap usul selesai royalti langkah terbaik
KOTA BHARU 1 Mac – Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyokong usul untuk membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah kerana ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Isu itu berpunca daripada tafsiran undang-undang yang berbeza oleh pihak Kerajaan Pusat dan negeri sehingga ia dipolitikkan manakala para pemimpin BN dituduh sebagai menghalang pemberian royalti berkenaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata, pertelagahan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pas tidak tolak kemungkinan dapatkan injunksi
Pas tidak tolak kemungkinan dapatkan injunksi
KOTA BHARU 1 Mac – Kerajaan Pas Kelantan tidak akan teragak-agak mengemukakan permohonan injunksi bagi menghalang pengeluaran Petronas di semua pelantar minyak di perairan negeri ini jika tuntutan royalti masih tidak ditunaikan.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, ia adalah langkah terakhir yang boleh dilakukan untuk membuktikan kerajaan Pas tegas dalam tuntutan berkenaan.
“Mahkamah adalah satu cara untuk menyatakan hasrat kita mengikut proses yang sepatutnya termasuk kemungkinan kita terpaksa membuat injunksi terhadap pengeluaran ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Feb 2010
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [ keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
JAWATAN:- Penolong Akauntan Gred W32
(Calon hendaklah mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam bidang berkaitan)
IKLAN JAWATAN KOSONGhttp://www.ziddu.com/download/8747437/watanKosongdiMajlisAgamaIslamKelantanMAIKFeb2010.pdf.htmlatauhttp://www.scribd.com/doc/27511822/iklan-jawatan-kosong-di-majlis-agama-islam-kelantan-maik-feb-2010
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Kompleks Balai Islam, Lundang,15200 KOTA BHARU.
TARIKH TUTUP : 2 MAC 2010
Sumber Berita
AKPC_IDS += "3269,";Popularity: 1% [?]
27Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedAwang Adek ketuai jawatankuasa agih wang ihsan
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Awang Adek ketuai jawatankuasa agih wang ihsan
KOTA BHARU 26 Feb. – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ihsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri ..read more 26Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
NIK AZIZ : LIWAT 10TAHUN DULU DAN LIWAT SEKARANG HANYA MAINAN POLITIK
SILA BACA KENYATAAN INI… KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan campur tangan sekumpulan Ahli Parlimen Australia dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan dan bukannya berniat untuk campur tangan dalam urusan negara.
Nik Aziz berkata, tidak salah bagi Ahli Parlimen berkenaan mencampuri urusan perbicaraan kes liwat Anwar kerana ianya menyatakan sokongan mereka.
Beliau turut melahirkan rasa kurang senang kerana kes liwat berkenaan didedahkan kepada umum dan dibicarakan ..read more 24Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kerajaan siar fakta royalti minyak Kelantan dalam akhbar
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Kerajaan siar fakta royalti minyak Kelantan dalam akhbar
KOTA BHARU 20 Feb. – Kerajaan Pusat akan menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar perdana berbahasa Melayu esok mengenai isu royalti minyak di Kelantan bagi memberikan fakta sebenar kepada seluruh rakyat negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Esok seluruh rakyat Malaysia akan memahami dengan ..read more 20Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued