All Posts Tagged With: "Lalu"

Junta tentera bebas, usir warga Myanmar-Amerika

Junta tentera bebas, usir warga Myanmar-Amerika

YANGON, Myanmar 18 Mac – Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang dituduh cuba menggulingkan kerajaan dibebaskan dari penjara di Myanmar dan diusir hari ini selepas menjalani tempoh tiga tahun penjara.

Kyaw Zaw Lwin, yang turut dikenali sebagai Nyi Nyi Aung telah ditahan semasa dia tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon pada 3 September lalu atas tuduhan berkomplot untuk mengganggu ketidakstabilan politik, yang mana dinafikan oleh beliau.

Lwin yang berusia 40 tahun telah dijatuhkan hukuman pada Oktober lalu ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Gamat 2 lebih mesra penonton

Gamat 2 lebih mesra penonton

TANYALAH kepada sesiapa saja yang ingin mementaskan teater mahupun konsert, pastinya Panggung Sari, Istana Budaya (IB) menjadi pilihan pertama. Dengan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di panggung bertaraf dunia itu, se pastinya tiada siapa yang mahu melepaskan peluang.

Apatah lagi, jika produksi itu mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga perlu dipentaskan semula untuk musim seterusnya, ia melambangkan satu kejayaan buat produksi berkenaan.

Tetapi, lain pula perihal dengan teater muzikal Gamat musim kedua (Gamat 2) yang mula dipentaskan bermula ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

TPM pengerusikan mesyuarat kabinet membanteras dadah

TPM pengerusikan mesyuarat kabinet membanteras dadah

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah di bangunan Parlimen di sini.

Mesyuarat selama dua setengah jam itu menerima tiga laporan hasil daripada mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah yang lalu iaitu Laporan Penyelarasan Data Penagih oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Laporan Pelaksanaan Pengurusan Kes AADK dan Laporan Cadangan Skim Industri Ringan dan Sederhana di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

DNA tentukan mayat ditemui anak saudara Eddy Choong

DNA tentukan mayat ditemui anak saudara Eddy Choong

KUANTAN 17 Mac – Polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan status mayat seorang lelaki yang ditemui dalam longkang di Kilometer 54, Lebuh Raya Karak dekat Bentong, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohamad Mansor Mohamad berkata, ujian itu bagi mendapatkan pengesahan bahawa mayat tersebut adalah anak saudara kepada legenda badminton negara, Datuk Eddy Choong atau sebaliknya. – Utusan

Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Malam Bersama Bintang semakin hangat

Malam Bersama Bintang semakin hangat

PROGRAM Malam Bersama Bintang anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan sebulan sekali sejak bulan lalu semakin mendapat sambutan daripada para peminat.

Senario itu dapat dilihat berdasarkan bilangan penonton yang semakin bertambah pada program yang diadakan pada malam Jumaat minggu kedua setiap bulan iaitu dengan dihadiri lebih 300 orang daripada segenap lapisan usia.

Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, aktiviti-aktiviti seperti tayangan filem, persembahan nyanyian dan sesi bertemu peminat merupakan tarikan utama dalam program yang ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Patuhi titah Tuanku elak bertelagah dalam Dewan Rakyat

Patuhi titah Tuanku elak bertelagah dalam Dewan Rakyat

AHLI-AHLI Parlimen yang kembali ke Dewan Rakyat pada Isnin lalu seharusnya memandang serius teguran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung sikap segelintir mereka yang tidak mencerminkan keperibadian sebenar sebagai wakil rakyat.

Ia hakikatnya bukanlah teguran pertama, malah sudah kali ketiga Seri Paduka berbuat demikian bagi memastikan ahli-ahli Parlimen menunjukkan perilaku terpuji dalam Dewan yang mulia itu.

Tetapi persoalannya, apakah teguran berkenaan akan diikuti atau ia sekali lagi akan dianggap sebagai titah perasmian ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion

Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion

SANTIAGO, Chile 17 Mac – Gempa bumi dan tsunami yang melanda Chile bulan lalu mengorbankan 700 orang dan menyebabkan kerosakan berjumlah hampir AS$30 bilion (RM99.4 bilion), menurut kerajaan.

Gegaran susulan pada magnitud 6.7 menggegarkan selatan Chile malam kelmarin, menambahkan ketakutan dan kerosakan di kawasan berkenaan yang berlaku sejak gempa 27 Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri Chile, Rodrigo Hinzpeter yang mengemaskini jumlah kematian dan kerosakan semalam, ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tibi penyakit sepanjang zaman

Tibi penyakit sepanjang zaman

PELBAGAI cara telah dilakukan. Langkah pencegahan juga telah dilaksanakan. Namun, penularan penyakit tibi (tuberculosis) tetap tidak ada surutnya.

Malah angkanya terus meningkat dari tahun ke tahun.

Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini terdapat lebih kurang 20 juta kes tibi aktif di seluruh dunia.

Penyakit ini dikatakan menjangkiti antara 50 hingga 100 juta penghuni dunia terutama kanak-kanak secara tahunan.

Tiga juta kematian berlaku setiap tahun disebabkan penyakit jangkitan tibi dan 80 peratus daripadanya melibatkan negara-negara membangun.

WHO juga menyatakan hampir 26 ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ahli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban

Ahli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban

SARAJEVO 16 Mac – Seorang rakyat Bosnia yang bertugas sebagai pemadam api dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan terbunuh dalam serangan ke atas kem AS di sana semalam, lapor televisyen negara itu.

Almir Bikovic, 32, terbunuh manakala lima rakan senegaranya yang lain cedera dalam serangan tersebut, kata BHRT.

Menurut laporan media tempatan pula, serangan ke atas kem tentera AS di Bagram, Parwan yang didakwa dilakukan oleh Taliban itu berlaku pada pukul 4 pagi waktu ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Janji Umie pada anak angkat

Janji Umie pada anak angkat

BIARPUN hanya anak angkat, tetapi kasih sayang Umie Aida terhadap Mohd. Dzulhelmy, 16, dan Mohd. Daniel Firdaus, 17, ibarat ibu terhadap anak kandungnya sendiri.

Ini kerana, dua anak angkat itu telah dibelanya sejak dari kecil, malah pelakon berusia 37 tahun itu menganggap keduanya seperti anak daripada darah dagingnya sendiri.

Menurut Umie, dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana Mohd. Dzulhelmy dan Mohd. Daniel Firdaus tidak dapat menyaksikan saat dia diijabkabulkan Ahad lalu di Mekah.

Ahad lalu, pelakon yang ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline