All Posts Tagged With: "Lawatan"

MASAALAH PASIR ADALAH MASAALAH SELANGOR BUKAN PUSAT

Ini masalah mengenai negeri Selangor, ia tidak ada kena mengena dengan politik,” tegas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo semasa membuat lawatan tergempar ke Kampung Chuang Rasa di sini untuk meninjau kerakusan pihak tidak bertanggungjawab melombong pasir di kawasan itu pada Selasa.

Mohd khir menggesa kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyiasat siapa dalang di sebalik aktiviti itu dan mencari jalan penyelesaian sebelum ia bertambah teruk.

Katanya, ..read more 14Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Pemimpin Hindraf ditahan 2 jam timbulkan kekecohan lawatan PM

Pemimpin Hindraf ditahan 2 jam timbulkan kekecohan lawatan PM

KUALA LUMPUR 12 Jun – Polis menahan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merupakan pemimpin Hindraf, T. Vasanthakumar selama dua jam selepas dia menimbulkan kekecohan ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Brickfields hari ini.

Vasanthakumar ditahan pada pukul 12.30 tengah hari ini setelah dia bertindak menjerit dan melaungkan kata-kata “lebih biasiswa JPA untuk kaum India” sambil ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Vietnam tangguh kunjungan Shimon Peres ke Hanoi

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Vietnam tangguh kunjungan Shimon Peres ke Hanoi

HANOI 5 Jun – Vietnam telah menangguhkan kunjungan President Shimon Peres semalam selepas mengutuk serangan berdarah tentera rejim Israel itu ke atas kapal bantuan kemanusiaan untuk memecahkan sekatan ke atas Genting Gaza.

Shimon Peres dijadual akan mengadakan lawatan selama tiga hari ke Vietnam pada 11 Jun ini.

“Kami mengambil keputusan menangguhkan lawatan ekoran situasi semasa yang agak ..read more 5Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Reaksi pemimpin dunia ke atas tindakan zionis

Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Reaksi pemimpin dunia ke atas tindakan zionis

CHICAGO 31 Mei — Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kesal dengan tindakan kejam rejim Zionis yang menyerang kapal aktivis keamanan dalam misi bantuan mereka ke Gaza.

Jurucakap Rumah Putih, Bill Burton berkata, Obama yang dijangka akan menerima lawatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu esok, kecewa kerana serangan itu mengorbankan ..read more 31May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Penyelesaian KTMB: Kerajaan tidak tergesa-gesa

Penyelesaian KTMB: Kerajaan tidak tergesa-gesa

KUALA LUMPUR 28 Mei – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tergesa-gesa mengadakan perjanjian bagi menyelesaikan isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar dengan Singapura.

Tegas beliau, sebelum penyelesaian itu dimeterai Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperhalusi pelbagai perkara ketika lawatan pertamanya ke republik itu tahun lepas.

”Rundingan tersebut sebenarnya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika lawatan pertama beliau ke Singapura selepas memegang ..read more 29May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Isu KTMB: Malaysia tidak buat keputusan terburu-bru

Isu KTMB: Malaysia tidak buat keputusan terburu-bru

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Malaysia membuat keputusan tergesa-gesa dalam menyelesaikan isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura sebagai tidak berasas.

Beliau berkata sebelum penyelesaian itu dimeterai Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperhalusi pelbagai perkara ketika lawatan pertamanya ke republik itu tahun lepas.

“Kita bukan menanganinya secara terburu-buru kerana pelbagai rundingan dan tindakan ..read more 28May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

RAMAI NAK JADI HERO…

PERGOLAKKAN DALAMAN ISTANA KELANTAN – KENAPA PILIH JALAN SEMAKIN SUKAR?

SEMUA pihak digesa agar menghormati “kesendirian” (privacy) Istana Kelantan dan tidak cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku sekarang untuk tujuan kepentingan diri atau kumpulan.

Meskipun Raja-Raja Melayu di Malaysia merupakan raja berperlembagaan, namun istana mereka dikawal oleh tradisi dan budaya yang tersendiri, yang tidak sama dengan tradisi dan budaya yang mengawal istana dan raja-raja di negara-negara lain, misalnya di England.

Melibatkan raja yang memerintah dengan mahkamah, meskipun daripada aspek tertentu perundangan merupakan ..read more 27May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Obama mengaku bertanggungjawab ke atas Afghanistan

Obama mengaku bertanggungjawab ke atas Afghanistan

WASHINGTON 12 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini mengaku bahawa beliau bertanggungjawab ke atas kematian penduduk awam di Afghanistan dalam satu sidang media yang diadakan semasa rakan sejawatannya dari Afghanistan, Hamid Karzai mengadakan lawatan di sini.

“Apabila melibatkan kematian penduduk awam, ia bukan sahaja merupakan satu masalah politik bagi saya. Saya bertanggungjawab secara keseluruhannya, sebagaimana Jeneral Stanley McChrystal, bagi seseorang yang tidak berada di medan perang yang terbunuh, “ katanya.

“Dan ia merupakan ..read more 12May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Pasar Tani di lokasi strategik tumpuan pelancong

Pasar Tani di lokasi strategik tumpuan pelancong

KUALA LUMPUR 9 Mei – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenalpasti beberapa lokasi strategik daya tarikan pelancongan bagi mewujudkan pasar tani yang turut mempromosikan makanan tradisi masyarakat di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, selain menikmati keenakan makanan tradisional masyarakat setempat, para pelancong atau pengunjung juga boleh mendapatkan barangan keperluan seperti makanan segar, hasil pertanian atau produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS).

“Kita berharap pelancong asing yang melalui kawasan ini, dapat singgah di ..read more 9May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Kasit jelaskan perkembangan politik di Thailand

Kasit jelaskan perkembangan politik di Thailand

KUALA LUMPUR 4 Mei – Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya berkata, lawatan dua hari beliau ke sini bermula hari ini bertujuan memberi penerangan berkaitan perkembangan politik semasa negaranya dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi Kuala Lumpur-Bangkok.

Menurut Kasit, beliau akan bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Wisma Putra untuk menerangkan perkara tersebut selain membincangkan isu-isu dua hala berkenaan, esok.

“Thailand berharap dapat belajar sebanyak mungkin dari Malaysia bagi mengatasi masalah berkaitan politik dalam negeri.

“Walaupun kedua-dua negara sudah mempunyai ..read more 5May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline