All Posts Tagged With: "Mana Mana"

Rugi RM100 juta akibat aktiviti muat turun

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menganggarkan kerugian sebanyak RM100 juta setahun berikutan kegiatan muat turun lagu secara haram di premis menjual telefon bimbit di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Ngiap Foo berkata, melalui tinjauan pihaknya tahun lalu, daripada 10,000 premis menjual telefon bimbit, hanya 600 daripadanya mempunyai lesen menjual lagu muat turun.

Menurutnya, kegiatan menjual lagu secara muat turun juga menyebabkan kebanyakan ahli RIM dan Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) yang terdiri daripada artis termasuk syarikat rakaman mengalami kerugian besar.

”Mana-mana ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Anggota Parlimen Bebas Yakin Lebih Efektif

Dua Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi anggota Bebas berpendapat mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif selepas tidak lagi terikat dengan aliran mana-mana parti.

Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata setelah tidak lagi terikat dengan mana-mana parti beliau bebas menjalankan agendanya sendiri selagi ia dapat membawa manfaat kepada rakyat.

Ini termasuk menyokong usul-usul yang akan dibentangkan di Parlimen sekiranya ia memberi kelebihan kepada rakyat dan akan menentang jika membebankan rakyat, katanya.

“Misalnya saya sokong gagasan ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Hudud, Kahwin Muda- Satu Sunnah?

Kata Shamsuddin Ajaib, kalau hendak berjaya di dunia dan ganjaran syurga di akhirat, kita kena ikut sunnah.

Baginda pun berkahwin empat, salah seorang isteri Baginda masih berusia 11 tahun. Tetapi konsep perkahwinan Baginda tidak sama dengan perkahwinan Shamsuddin Ajaib yang berkahwin untuk memuaskan nafsu.

Apabila ia berlaku, kita lihat semua orang mencari sebab untuk berbuat sesuatu, antaranya menyatakan itu adalah suruhan Nabi, suruhan Allah dan sunnah.

Begitu juga hukum hudud, apabila ditentang ia dianggap sebagai kafir atas alasan ia hukum yang ditentukan Allah. ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Anwar salah pilih jalan

Anwar salah pilih jalan

MINGGUAN: Semasa dalam PKR YB dikatakan barua UMNO terutamanya apabila mempertahankan kesucian Islam. Betulkah YB jadi barua UMNO?

ZULKIFLI NOORDIN: Kalau memperjuangkan Islam itu dikatakan barua UMNO, saya tiada masalah. Kalau hendak dikatakan memperjuangkan Islam itu menjadi barua, maka saya jadi barua Islamlah. Saya tidak menjadi barua kepada mana-mana pihak dan itu pendirian saya. Sama juga macam pendirian dalam PKR. Kalau mempertahankan Islam dalam PKR itu satu jenayah, maka saya rela dikeluarkan daripada PKR. Tiada masalah. Pada saya ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kasihanilah guru di pedalaman

Kasihanilah guru di pedalaman

DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.

Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Polis dipermainkan oleh ANuwar Aljuburi

Oleh : Panglima Perang Cyber

Anwar kembali lagi menghangatkan negara dengan menyerang polis dan menuduh ia menjadi alat kepada parti pemerintah.

Tipu daya amat jahat ini dibuat selepas beliau disiasat ekoran ceramahnya yang penuh dengan fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung isu Altantunya, kapal selam dan lain lain.

Empat laporan polis sudah dibuat terhadap Anwar dan sebab itu siasatan perlu dibuat. Meskipun polis sudah tahu Anwar akan memutar belit tindakan tersebut.

Sebagai rakyat saya MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Bapa Haresvarran buat laporan polis terhadap Manikavasagam

Bapa Haresvarran buat laporan polis terhadap Manikavasagam

PETALING JAYA 11 Mac – S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen (MP) Kapar, S. Manikavasagam selepas mendakwa beliau dan isterinya difitnah.

Karigalan membuat laporan polis itu di Balai Polis Damansara di sini pukul 2.30 petang ini berhubung memorandum yang dihantar Manikavasagam kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam.

“Saya kesal dengan sikap MP Kapar ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Hancur PKR : Video Anwar tuduh polis jadi alat dan sokong murtad !

Anwar kembali lagi menghangatkan negara dengan menyerang polis dan menuduh ia menjadi alat kepada parti pemerintah. Tipu daya amat jahat ini dibuat selepas beliau disiasat ekoran ceramahnya yang penuh dengan fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung isu Altantunya, kapal selam dan lain lain. Empat laporan polis sudah dibuat terhadap Anwar dan sebab itu siasatan perlu dibuat. Meskipun polis sudah tahu Anwar akan memutar belit tindakan tersebut. Sebagai rakyat saya MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA sesiapa sahaja mengkritik tindakan polis atau mana mana badan yang mendapat mandat ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Umar Junus meninggal

Umar Junus meninggal

KUALA LUMPUR 9 Mac – Bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) yang banyak menghasilkan beberapa buku ilmiah kesusasteraan, Profesor Dr. Umar Junus meninggal dunia akibat sesak nafas dan paru-paru berair malam tadi.

Allahyarham yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini berikutan penyakit dialaminya sejak tiga tahun lalu.

Beliau yang mula membabitkan diri dalam bidang penulisan pernah menghasilkan buku-buku berbentuk ilmiah, antaranya bertajuk Perkembangan Puisi Melayu Moden, Sosiologi Sastera, Persoalan ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu

Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu

PIDATO Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri baru-baru ini, yang disertai 56 peserta daripada 51 negara, daripada enam benua di seluruh dunia, tidak dapat menafikan betapa tingginya nilai keantarabangsaan Bahasa Melayu (BM).

Sehubungan ini, BM dipelajari sebagai bahasa asing di lebih daripada 100 institusi pengajian tinggi di puluhan negara di luar Nusantara.

Rakyat Malaysia yang mengikuti pertandingan ini, selain kagum dan terpesona dengan kepetahan para peserta, ikut terasa terharu dengan kesungguhan masyarakat asing mempelajari ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline