All Posts Tagged With: "Mekah"
Hawwa isteri yang sabar
Hawwa binti Yazid adalah wanita yang awal memeluk Islam. Dia anak saudara Saad bin Muaz. Dia berkahwin dengan Qais bin al-Khatim al-Aus. Mereka mendapat dua orang anak lelaki iaitu Yazid dan Sabit.
Hawwa adalah seorang wanita yang tabah dan sabar. Suaminya seorang penyair yang sangat terkenal. Semasa Hawwa memeluk agama Islam, suaminya masih menganut agama nenek moyangnya. Berita keislaman Hawwa sampai ke pengetahuan suaminya.
“Saya tidak suka awak menganut agama Islam. Berani awak mempermainkan agama nenek moyang kita,” kata suaminya.
Hawwa dengan tegas ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Asma sabar hadapi cabaran
Asma binti Salamah adalah isteri kepada Ayyasy bin Abi Rabiah al-Makhzumi. Perkahwinan mereka dianugerahkan dengan anak lelaki yang bernama Abdullah bin Ayyasy.
Asma dan suaminya tinggal di Mekah. Pada awal keislaman. Mereka sentiasa ditindas dan diseksa oleh orang kafir Quraisy Mekah. Penindasan itu telah menyebabkan orang Islam Mekah berhijrah ke Habsyah. Ini termasuklah Asma dan suaminya. Mereka berdua turut berhirah ke Habsyah bagi menyelamatkan diri daripada terus diseksa oleh kafir Quraisy.
Semasa di Habsyah, Asma dan suaminya hidup dengan aman dan bahagia. ..read more 17Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Doa Memasuki Tandas
Hadith :
Anas bin Malik r.a mengkhabarkan:”Apabila Nabi s.a.w hendak memasuki tandas, baginda membaca :” Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari bahaya kotoran dan dari segala macam yang membahayakan.” (Bukhari)
Huraian:
Tandas dianggap sebagai tempat yang jijik dan kotor. Tabiat syaitan adalah menyukai tempat-tempat yang kotor seperti tandas.
Oleh itu sebagai seorang Muslim, selain daripada kita disuruh supaya membaca doa keluar dan masuk tandas kita juga diwajibkan mementingkan aspek kebersihan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar).
Islam selaku agama ..read more 6Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
AACE hasilkan mesin wuduk automatik
AACE hasilkan mesin wuduk automatik
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan mesin wuduk automatik yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE) di sebuah hotel di sini.
Bagi menyempurnakan pelancaran mesin yang dinamakan ‘Auto Wudu Washer’ itu, Perdana Menteri menadah tangan bagi mengalirkan air dari mesin tersebut sebagai simbolik mengambil wuduk.
Ketua Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan wuduk ..read more 29Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hijrah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik
Hijrah diri untuk sentiasa berprestasi lebih baik
BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita menyambut Maal Hijrah 1431H pada tahun ini dalam suasana tawaduk, kesederhanaan dan penuh kerahmatan.
Sambutan ini mempunyai keunikan dan signifikan besar kepada perjuangan dan perkembangan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ke hari ini.
Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah satu perancangan strategik yang dijana melalui pemikiran berasaskan daya kreativiti dan inovasi melalui penyuburan tradisi keilmuan ..read more 18Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hidup Eja kini sempurna
Dramatis terkenal yang bernama Siti Shahrizah Saifuddin ini dengan penuh jujur mengakui dia memang seorang yang cukup pentingkan diri sendiri.
Fokus utamanya hanyalah untuk diri dan kerjayanya sahaja biarpun ketika itu dia sudah pun bergelar seorang isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49.
Malah, sepanjang perkahwinannya lebih 10 tahun lalu Siti Shahrizah atau nama glamornya, Eja, 37, sendiri tidak pernah terfikir untuk menimang cahaya mata.
Apatah lagi, suaminya juga tidak pernah mendesak mahupun memaksanya untuk melahirkan zuriat.
Cuma kata Eja, ketika ..read more 7Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah – Mastika
Judul : Koleksi TerbaikCerita Dari Mekah – MastikaPenerbit : Utusan Karya Sdn. Bhd.ISBN : 967-5459-00-9Harga : RM7.50Pengulas : NOOR AZIZAH
Penulis belum pernah ke Mekah. Dan seperti orang lain, penulis juga amat teringin ke sana, sama ada untuk menunaikan haji mahu pun umrah. Rasa terlalu ingin untuk beribadat di depan Baitullah dan mengucap syukur kepada-Nya kerana memberi peluang menikmati hidup yang indah ini. Cuma rezeki belum tiba. Tabungan belum mencukupi untuk membawa terbang ke tanah yang penuh berkat itu.
Anehnya, seorang rakan ..read more 23Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Azmin Ali ‘mati pucuk’- Benarkan Shamsidar Tidur Dengan Anwar Ibrahim?
Wartawan Hiburan mengenali Azwan Ali sebagai lelaki yang anti-wanita. Tidak pasti Azmin Ali dan Azwan Ali mempunyai masalah mati pucuk sebab itulah ‘tidak kisah’ sekiranya isteri ditiduri oleh lelaki lain.
abe MIE sempat membaca ‘bisikan’ daripada beberapa blog pembangkang yang terpengaruh termasuk dari kalangan Yang Berhormat PAS. Mereka menulis untuk memberitahu Anwar dan Najib kini sedang memasang perangkap.
Apa maksud perangkap berkenaan? Adakah Najib akan terperangkap sebagaimana Pak Lah dan KJ diperangkap selama ini oleh Anwar Ibrahim?
Mereka juga turut memberitahu, sebelum ini ..read more 20Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Tegah terima tajaan haji
Mufti dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.
Individu berjawatan tidak boleh menerima tajaan daripada mana-mana pihak untuk menunaikan haji jika langkah berkenaan akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, individu terbabit juga perlu memastikan tajaan itu tidak dibuat semata-mata kerana mereka ada kuasa disebabkan memegang jawatan dalam kerajaan atau mana-mana organisasi.
“Komen saya ini bukan berniat menyentuh mana-mana ..read more 17Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kelantan Serambi Rasuah : Nik Aziz, menantu didesak letak jawatan
Oleh AZRAN FITRI RAHIMazran.rahim@utusan.com.my
Anuar Safian (tiga dari kiri) bersama ahli-ahli Pemuda UMNO menunjukkan sepanduk selepas menyerahkan memorandum penajaan haji yang diterima oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya di pejabat SPRM, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 15 Nov. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman didesak meletak jawatan ekoran penajaan bagi menunaikan ibadat haji.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar ..read more 16Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued