All Posts Tagged With: "Membaca Al Quran"

Hikmah dipelbagaikan amal

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Islam itu unik, indah dan sempurna. Maka sudah tentulah apa yang terkandung di dalamnya juga penuh dengan keunikan, keindahan dan kelebihan. Namun, tidak semua keindahan dan keunikan itu dapat dilihat dengan mata kasar.

Ada di antaranya yang perlu diselami dengan mata hati yang hanya dimiliki oleh insan-insan yang sentiasa menjaga hatinya dari titik-titik hitam, menggilap hatinya dengan zikrullah dan disinari hatinya dengan makrifatullah.

Minggu ini, kami mengajak pembaca menggali dan menghayati satu lagi khazanah dan hikmah ..read more 25Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Istiqamah dalam menghambakan diri

Adakalanya fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya ..read more 18Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

PAS gagal mempertahankan kalimah Allah

Akhirnya kerana kepentingan politik, mendapatkan undi dan sokongan bukan Islam. Akhirnya PAS menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam namun bersyarat iaitu…

Sebuah parti yang dikatakan berteraskan Islam nampaknya gagal mempertahankan kesucian Islam iaitu kalimah Allah SWT, sehingga sanggup berkongsi dengan kristian yang jelas mensyirikkan tuhan.

Nampaknya PAS kini lebih bertoleransi demi undi bukan Islam setelah Hudud diletak ketepi, negara Islam bukan lagi perjuangan, orang kafir boleh membaca Al-Quran dan bertasbih, YB India boleh memberikan ceramah.

Pokok Isunya adalah penggunaan kalimah Allah oleh ..read more 6Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

1=masjid= 1=gereja, 1=kuil

Nga mahukan keadilan untuk semua sebagaimana dilaungkan oleh Anwar Ibrahim.

1Malaysia bererti 1-Masjid perlu didirikan 1-kuil untuk agama Hindu dan Buddha, 1- Gereja. Itu kata Ahli Parlimen DAP Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming.

Kerajaan Barisan Nasional hanya menipu rakyat apabila melancarkan slogan 1Malaysia sedangkan pembinaan rumah ibadah diutamakan kepada orang Islam sahaja. Menurut Nga, dalam masa lapan tahun bermula tahun 2000, peruntukan kerajaan memihak kepada orang Islam terutama mendirikan 611 buah masjid yang menelan belanja kira-kira ..read more 9Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Memanjatkan doa, menebus dosa di tanah suci

Oleh MARZUKI YUSOFF

Hari ini, berjuta-juta umat Islam berhimpun di Mina iaitu salah sebuah kawasan penting dalam pelaksanaan ibadat haji, selain Muzdalifah, Padang Arafah dan Masjidil Haram yang menempatkan Kaabah, Bukit Safa dan Bukit Marwah.

Seperti mana di Padang Arafah, Mina juga berada di kawasan yang dikenali sebagai tanah haram dan para jemaah haji amat digalakkan untuk banyak berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, berdoa dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Di tanah haram itu, para jemaah akan merasai cabaran sebenar dalam mengerjakan haji ..read more 29Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Mendalami kaedah, cara mudah pelajari Muqaddam

Terjemahan Muqaddam Juz Amma yang dihasilkan empat pengarang ini dianggap lengkap kerana ia bukan saja mempunyai terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris malah dalam ejaan jawi selain penampilan kaedah tajwid yang baik dan berkesan. Malah terjemahan 38 surah juz Amma mengikut resam Uthmani berdasarkan ayat bagi bahasa Melayu dan Inggeris bukan saja memudahkan kita membaca, malah turut senang memahami setiap ayat berkenaan.

Buku ini amat sesuai untuk mereka yang ingin mendalami al-Quran terutama untuk mengerti ayat yang dibaca, bersama dengan hukum tajwid ..read more 25Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Khas : Nik Aziz adalah Wahabi – Tok Guru Pondok Geting

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama ..read more 23Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tips Mengurangkan Tekanan

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips ..read more 19Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline