All Posts Tagged With: "Merangsang"

PPUM cipta sejarah perubatan

KUALA LUMPUR 4 Mei – Sehari selepas memperkenalkan alat rawatan jantung tanpa pembedahan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini buat pertama kalinya merawat seorang pesakit jantung kronik di Malaysia menggunakan teknik tersebut.

Seorang warga emas yang merupakan pesakit pertama mendapatkan rawatan Extracorporeal Shockwave Myocardial Revascularization (ESMR) itu sebelum ini hampir putus harapan apabila doktor mengesahkan tiga saluran darah pada jantungnya tersumbat.

Masnguti Othman, 63, dari Sungai Besar, Selangor yang didapati tidak sesuai untuk rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung kerana salur ..read more 5May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Ekonomi Malaysia pulih – Najib

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Ekonomi Malaysia pulih – Najib

EKONOMI Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5% (S3 09:-1.2%) pada suku keempat 2009, hasil daripada permintaan dalam dan luar negeri yang lebih kukuh. Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7%, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3% yang diunjurkan sebelum ini (2008: +4.6%).

Pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan dan peningkatan dalam perbelanjaan sektor awam telah menyumbang kepada permintaan ..read more 25Feb2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Duduk sambil berurut

Duduk sambil berurut

BAYANGKAN anda dapat berehat di ruang tamu sambil berurut. Pasti segala tekanan yang dialami berkurang. Kini, anda boleh menikmati teknologi berurut yang moden menerusi sofa bertindak sebagai alat urutan. Penghias ruang tamu ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda sekeluarga tetapi bertindak sebagai alat mengurut yang baik.

Sofa ini menggunakan teknik urutan gaya Shiatsu iaitu tekanan daripada ibu jari. Gaya ini merupakan sistem urutan secara binaan dalaman terbabit dijangka dapat memberikan persaingan.

Ia merehatkan bahagian belakang badan dengan baik dan ..read more 27Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Tangani masalah bau badan

Tangani masalah bau badan

SAYA berusia 37 tahun dan berbadan gempal. Masalah saya ialah bau badan yang tidak menyenangkan apabila berpeluh. Bagaimana masalah ini boleh diperbaiki?

JAWAPAN,

Bau badan boleh disumbangkan sama ada oleh faktor luaran mahupun dalaman. Dari segi luaran lazimnya boleh dikurangkan dengan lebih menitikberatkan faktor kebersihan. Perpeluhan menyediakan tapak yang baik untuk pertumbuhan bakteria dan fungus yang menyumbang kepada bau badan.

Pemakanan juga tidak kurang pentingnya. Terdapat juga makanan yang mengandungi kompaun tertentu seperti bawang putih dan sesetengah rempah-ratus ..read more 17Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Maybank MoneyTree sasar segmen pelanggan muda

Malayan Banking Bhd. (Maybank) menyasarkan pertumbuhan digit berganda bagi segmen pelanggan mudanya yang pada masa ini mempunyai seramai dua juta asas pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, segmen pelanggan muda merupakan segmen yang akan diberi tumpuan pelaburan oleh bank tersebut.

”Kami akan memperuntukan sebanyak 20 hingga 30 peratus daripada bajet keseluruhan Maybank untuk meningkatkan segmen ini.

”Dari segi produk pula, kami akan meningkatkan produk sedia ada seperti Yippie dan menjalankan pakatan strategik serta sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ..read more 18Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Kenali usus anda

Oleh Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan

Ramai tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan ..read more 7Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Profesor Oxford sokong permainan Internet

LONDON – Seorang profesor di Universiti Oxford, Marcus du Sautoy semalam mendakwa permainan melalui Internet dapat merangsang minat kanak-kanak terhadap subjek matematik.

Malah Du Sautoy mendapati, ramai pelajar berusia antara 11 hingga 16 tahun yang menggemari pelajaran matematik tetapi akhirnya kehilangan minat serta menjadi bosan terhadap matematik.

Du Sautoy, 44, yang bimbang dengan keadaan itu, membantu mewujudkan sebuah laman web matematik menggunakan ilustrasi seperti komik Jepun dan ia dikenali sebagai Manga High.

Ia menawarkan permainan dengan corak arked yang memberi sasaran untuk mendidik ..read more 1Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Haji mabrur

Oleh MOHD FADLY SAMSUDIN

Terlalu besar ganjaran buat jemaah haji yang berjaya ‘membawa’ pulang bersama haji mabrur.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kesalahan yang berlaku di antara umrah itu diampunkan, manakala haji mabrur pula tidak ada balasan baginya melainkan syurga.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama bererti baik, suci dan bersih. Kedua bererti diterima dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

Haji mabrur adalah haji yang membawa kebaikan kepada orang yang melakukannya. Menurut pendapat sebilangan ulama, ..read more 20Nov2009 | MYLASIA | 1 comment | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline