All Posts Tagged With: "Orang Asli"

Peruntukan tanah Orang Asli diteliti

Peruntukan tanah Orang Asli diteliti

PUTRAJAYA 17 Mac – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti cadangan supaya peruntukan keluasan tanah di bawah Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah kepada orang Asli dikaji semula.

Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beberapa cadangan dalam dasar tersebut termasuk peruntukan 2.4 hektar tanah untuk tujuan aktiviti penanaman dan 0.1 hektar untuk tujuan kediaman telah menimbulkan reaksi berbeza daripada Orang Asli.

”Terdapat sedikit isu yang tidak dapat diselesaikan berhubung keluasan dan kaedah pengagihan tanah.

”Kerajaan meneliti semua cadangan ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

PKR gunakan boneka orang asli pula!!!!

Esok dikatakan pembangkang melalui proksinya akan mengadakan perhimpunan orang asli esok di Putrajaya.

Perhimpunan anjuran Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Dijangka 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. [rujuk sini]

Tapi adakah perhimpunan ini satu kebetulan .. ataupun sengaja memancing isu yang lain.. apa dia.. tentunya Pilihanraya negeri Sarawak..

Isu orang Asli ini ialah rancangan halus pembangkang melalui NGOnya ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Campur tangan asing kes liwat Anwar

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Campur tangan asing kes liwat Anwar

GERIK 21 Feb. – Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, negara asing tidak perlu campur tangan dalam urusan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan undang-undang itu dijunjung serta tidak perlu sama sekali campur tangan dari luar,” katanya ketika diminta mengulas bantahan ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Lagi tokoh Kristian gesa gugur kalimah Allah

KOTA KINABALU 13 Jan. 2010 – Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah.

Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.

“Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di ..read more 14Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tanah: Orang Asli suka pindah diambil kira

Tanah: Orang Asli suka pindah diambil kira

SEMPORNA 19 Dis. – Cadangan memberi tanah kepada Orang Asli perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara berhati-hati supaya ia memberi manfaat berpanjangan kepada golongan berkenaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, budaya Orang Asli seperti suka hidup berpindah-randah yang diwarisi sejak turun temurun perlu diambil kira dalam cadangan berkenaan kerana mungkin golongan itu tidak mudah meninggalkan cara hidup mereka secara mendadak.

“Yang penting bagi kita ialah untuk ..read more 20Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pensyarah turut berkhatan

ROMPIN 16 Dis. 2009 – Berkhatan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang akan memasuki alam dewasa tetapi lain pula ceritanya di Kampung Pontian Jaya di sini semalam.

Selain 15 kanak-kanak lelaki dan perempuan, majlis berkhatan dianjurkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) itu turut disertai empat orang dewasa, masing-masing dua lelaki dan dua wanita.

Malah lebih menarik, salah seorang peserta adalah pensyarah sebuah kolej yang baru memeluk Islam.

Pegawai Agama Islam Daerah Rompin, Adnan Mohamad menjelaskan, kesemua mereka adalah penduduk Orang Asli di kawasan itu ..read more 17Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Lesen memandu SKSJ bukan kelas kedua

Lesen memandu SKSJ bukan kelas kedua

PEKAN 13 Dis. – Lesen memandu yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui program “Satu Komuniti Satu JPJ” (SKSJ) di seluruh negara bukan lesen bertaraf kelas kedua.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Rohaizah Mohamad Rashid berkata, dakwaan sesetengah pihak berhubung perkara itu adalah tidak benar sebaliknya pengeluaran lesen memandu itu berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, tanggapan itu mungkin disebabkan peratusan kelulusan yang tinggi setiap kali program berkenaan dijalankan.

“Ujian yang dilakukan sememangnya tidak begitu intensif berbanding ..read more 13Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Wang Ihsan Dan Suku Kaum Batek Negeri Kelantan

Keikhlasan Datuk Seri Najib menyalurkan bantuan wang ihsan kepada rakyat negeri Kelantan sepatutnya tidak dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak. Dengan bahasa yang paling mudah, terima sahajalah wang ihsan tersoal dan jangan banyak soal.

Membaca berita dari Reuters, orang asli dari suku kaum Batek di dalam hutan negeri Kelantan kini mengeluh kerana sukar menjalankan aktiviti memburu hasil hutan kerana banyak kawasan hutan Kelantan telah tercemar dengan aktiviti pembalakan. Kita faham sangat kerja siapa yang banyak meluluskan kawasan balak di Kelantan sehingga dalam ..read more 6Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline