All Posts Tagged With: "Pada Tahun"

Pepsi rancang alihkan minuman dari sekolah

Pepsi rancang alihkan minuman dari sekolah

NEW YORK 17 Mac – PepsiCo. Inc. merancang mengalihkan minuman manis keluarannya dari sekolah seluruh dunia, bagi menyokong program di Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan kanak-kanak bermasalah obesiti.

Syarikat itu semalam berkata, ia akan mengalihkan minuman berkalori tinggi dan manis dari sekolah-sekolah di 200 buah negara pada 2012, yang mana menjadikannya sebagai pengeluar minuman ringan pertama dilihat mengambil langkah berkenaan.

Pepsi.Co yang juga pembuat minuman ringan kedua ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pakatan Menghasut Rakyat gagal

GST atau Good and services Taxs bukanlah sesuatu yang baru di amalkan di dunia ni. Sehingga 2010 sebanyak 146 negara telah mengamalkan sistem cukai ni.

Jika melaksanakan GST pada tahun ini maka Malaysia ialah negara yang ke 147 melaksanakannya. Maksudnya bukanlah Malaysia sahaja yang baru nak laksanakan tetapi banyak lagi negara lain yang telah laksanakan.

Negara yang mengamal GST terdiri dari negara maju, membangun dan negara miskin termasuk negara yang disanjung tinggi oleh Pakatan Pembangkang iaitu negara Scandivian seperti denmark, ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pengeboman di Kandahar satu amaran buat NATO – Taliban

Pengeboman di Kandahar satu amaran buat NATO – Taliban

KANDAHAR, Afghanistan 15 Mac – Taliban hari ini menggelar serangan bom yang dilakukan mereka di selatan bandar Kandahar sebagai satu amaran kepada jeneral atasan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bahawa pemberontak itu telah bersedia untuk peperangan seterusnya di negara mereka.

Beberapa siri pengeboman yang memusnahkan bangunan dan mengorbankan berpuluh-puluh penduduk – termasuk 10 orang dalam sebuah majlis perkahwinan – menuntut gabenor wilayah itu untuk memohon lebih banyak bantuan keselamatan di kawasan tersebut.

Penduduk yang ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pink Floyd menang saman ke atas EMI

Pink Floyd menang saman ke atas EMI

LONDON 11 Mac – Mahkamah Britain hari ini meluluskan permohonan saman kumpulan rock veteran, Pink Floyd yang melarang syarikat rakaman EMI daripada menjual lagu-lagu daripada album asal mereka secara muat turun di Internet.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan EMI telah diikat di bawah kontrak dengan kumpulan itu yang melarang penjualan lagu-lagu dalam format selain daripada album penuh mereka, tanpa sebarang persetujuan bertulis.

Sebuah klausa dalam kontrak tersebut ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Suu Kyi kecam undang-undang baru pilihan raya Myanmar

Suu Kyi kecam undang-undang baru pilihan raya Myanmar

YANGON, Myanmar 11 Mac – Pemimpin pembangkang Mynmar yang ditahan, Aung San Suu Kyi berkata, beliau terkejut namun tidak serik dengan undang-undang pilihan raya baru kerajaan tentera yang akan melarang beliau daripada mentadbir negara atau menerima undian dalam pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini.

Pemenang anugerah keamanan `The Nobel’ itu menggambarkan undang-undang tersebut sebagai `satu penindasan’ dan `tidak adil’ serta mengesa para ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

‘Perang’ antara Cameron, Bigelow

ASANYA inilah pertempuran sengit dalam kategori Pengarah Terbaik sepanjang 81 tahun Oscar dianjurkan.Mengapa? Buat pertama kalinya, untuk kategori ini menyaksikan saingan antara bekas suami isteri yang sama-sama mempamerkan hasil kerja yang hebat.

James Cameron dicalonkan menerusi filem Avatar yang merupakan filem terhebat dan terlaris abad ini.Manakala, bekas isterinya, Kathryn Bigelow pula menerima pencalonan menerusi filem The Hurt Locker.Kedua-duanya, Cameron dan Bigelow bukan calang-calang pengarah kerana kalau mereka tidak hebat, memang mustahil untuk mereka berdua menembusi tembok kebal senarai pencalonan.Apatah lagi, kedua-dua ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kenapa pertikai Maulid Nabi?

Kenapa pertikai Maulid Nabi?

ALHAMDULILLAH sambutan umat Islam di serata pelosok dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat.

Masih banyak majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabiulawal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita.

Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Insentif khas iktiraf pembaca al-Quran langkah tepat

Insentif khas iktiraf pembaca al-Quran langkah tepat

IMBUHAN khas sepanjang hayat RM2,000 setiap bulan kepada johan qari dan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, adalah antara berita menggembirakan kepada umat Islam Malaysia tahun ini.

Imbuhan ini juga dilihat bertepatan dengan perkembangan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang masuk kali ke-52 penganjurannya oleh Malaysia. Kali pertama ia dianjurkan pada tahun 1961 yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Selain menyuntik semangat kepada para qari dan qariah sedia ada, ia juga mampu menjadi pemangkin kepada ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Perkhidmatan farmasi beri yang terbaik

Perkhidmatan farmasi beri yang terbaik

SURAT yang disiarkan dalam ruangan ini pada 16 Februari 2010 adalah dirujuk.

Terlebih dahulu Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih kepada penulis di atas keprihatinan beliau berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

Memang benar bukan pertama kalinya masalah kekurangan ubat telah diluahkan dalam dada akbar. Malangnya, maklum balas dan penjelasan yang dihantar oleh bahagian ini tidak pernah dipaparkan.

Justeru, tidak hairan mengapa penulis merasakan seolah-olah pihak KKM tidak langsung memberi perhatian dan mengambil tindakan ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Perang iPhone sengit

KUALA LUMPUR 1 Mac – Selepas merancang untuk memperkenalkan iPhone dua tahun lalu tetapi gagal menjadi kenyataan, Celcom Axiata Bhd. kini menimbang menjualnya semula.

Langkah Celcom itu dijangka menyemarakkan perang merebut pasaran melalui telefon bimbit yang menjadi kegilaan ramai.

DiGi. Com Bhd. (DiGi. Com) telah memeterai perjanjian menjual iPhone keluaran Apple Inc di Malaysia sekali gus mengakhiri monopoli penjualan telefom bimbit itu oleh Maxis Communications Bhd. (Maxis)

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Johan Dennelind berkata, DiGi yang mengunjurkan pertumbuhan di pasaran sebanyak 10 kali ganda ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline