All Posts Tagged With: "Padu"

Isu-isu akhbar Cina

IKTIRAF SIJIL PEPERIKSAAN GABUNGAN SEKOLAH MENENGAH CINA

Baru-baru ini semasa dalam majlis mesyuarat jawatankuasa parti Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri mengarahkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengkaji semula isu berkaitan pengiktirafan sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, masalah pelajar sekolah menengah Cina mendapatkan tempat di universiti awam.

Topik “Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-Sekolah Menengah Cina Semakin Mendesak” tulisan editor Sin Chew Jit Poh pada 27 Februari 2010 (Sabtu) merumuskan isu-isu lapok itu dikemukakan kembali.

Tetapi reaksi tulisan itu memuji langkah tersebut. Setelah ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

"Sudah tiba masa saya berundur"

“Sudah tiba masa saya berundur”

BIARPUN sudah 15 tahun menjadi anak seni, semua orang harus akur bahawa populariti Datuk Siti Nurhaliza masih belum mampu digugat oleh sesiapa pun.

Penyanyi akan sentiasa muncul dan kemudiannya pergi berlalu begitu sahaja, tetapi Siti masih lagi berada di takhta teratas sehingga menjadi bahan mulut orang.

Dengki, cemburu dan iri hati terhadap dirinya tidak pernah sudah tetapi sekelumit pun tuan punya badan tidak ambil pusing dan mengambil serius akan perkara tersebut.

Baginya, selama 15 tahun menghamba diri menjadi seorang ..read more 26Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Model Ekonomi Baru ke Kabinet

Model Ekonomi Baru ke Kabinet

MIRI 21 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Model Ekonomi Baru yang membabitkan masyarakat berpendapatan pertengahan kepada berpendapatan tinggi akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.

Beliau berkata, model tersebut kini dalam peringkat akhir untuk disiapkan dan akan diputuskan oleh Kabinet sebelum dilaksanakan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil langkah serius untuk memastikan Malaysia bukan sahaja dapat mengubah taraf hidup rakyat tetapi mengubah status ekonomi daripada sederhana kepada berpendapatan tinggi.

Jelasnya, ..read more 22Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Pagi : Terima Kasih Sokongan Padu Blogger kepada BPN !

Pagi ini saya membaca banyak komen memberi sokongan termasuk meminta agar jawatan Ydp tidak dipertandingkan oleh rakan seperti Bro Jinggo, Sekupangduas, Yb Raz, Aspirasi, Adi Jagat, Yanggambi, dan WakDanial dan meminta Panglima kekal sebagai YDP BPN. Juga terharu atas sokongan berbentuk logo yang disiarkan di blog Adi Jagat seperti di bawah : Ia memberi isyarat kepada pihak yang mahukan blogger kita berpecah agar mereka berfikir kembali adakah tindakan mereka itu wajar atau tidak. Apatah lagi di saat kita baru sahaja ..read more 14Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Malam : BPN Diperkasa Kembali Oleh Rakan-Rakan Blogger Hari Ini Dan Akan Terus Kekal Untuk Selama-lamanya Di Alam Siber !!!

Tidak saya jangka bahawa BPN yang kita bina lebih setahun ini, telah kembali ditiup rohnya oleh rakan dan sahabat semua hari ini. Tajuk : Wajarkah BPN dibubarkan telah menggamit kembali semua pejuang ultra Melayu Islam untuk memberikan sokongan padu kepada BPN agar terus kekal berjuang dan berperang di alam siber demi kelangsungan masa depan kita semua. Dengan 42 komen ( pada pukul 8 pm tadi ) ia satu sokongan yang begitu memberangsangkan… Ia petunjuk yang sangat jelas bahawa segala persepsi yang ditohmah ..read more 13Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Perwakilan Umno puashati kepimpinan Najib

Ahli Umno berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih teraju kepimpinan sebagai presiden parti memandangkan mereka berpendapat beliau kini memimpin negara ke arah yang betul.

Kaji selidik yang dikendalikan oleh sebuah firma penyelidikan bebas, Merdeka Centre, terhadap 358 perwakilan ke perhimpunan agung Umno baru-baru ini, menunjukkan kira-kira 95 peratus daripada mereka menyuarakan rasa puas hati terhadap prestasi Najib, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam kualiti kepimpinan.

Mereka berpendapat bahawa Najib, yang juga perdana menteri, mempunyai kualiti kepimpinan kebangsaan ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Luahan emosi dua diva tersohor

Luahan emosi dua diva tersohor

AKHIRNYA, penantian para peminat kedua-dua diva tersohor serantau ini berakhir apabila album duet Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti (KD) yang berjudul CTKD berada di pasaran mulai 28 Disember.

Album CTKD yang membawa maksud Canda, Tangis, Ketawa, Duka itu pastinya antara album yang cukup dinanti-nantikan sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya.

Melihat daripada judulnya sahaja, sudah dapat dirungkai maksud di sebaliknya yang menggambarkan perjalanan dan kehidupan dua wanita ini yang penuh warna-warni.

Apatah lagi, album ini merupakan gandingan pertama dua penyanyi ..read more 30Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Siaran langsung bola sepak Sukan SEA?

Siaran langsung bola sepak Sukan SEA?

VIENTIANE 13 Dis. – Usaha sedang dilakukan bagi membolehkan penyokong dan peminat bola sepak Malaysia menyaksikan secara langsung perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang tuan rumah, Laos esok, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata kementeriannya melalui Majlis Sukan Negara telah pun berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengadakan siaran langsung itu.

“Sukan bola sepak adalah sukan utama di negara kita… oleh itu pasti ramai yang ..read more 13Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

napotisme dan kronisme – Anwar akui ada kemelut di peringkat bawahan

15/11/2009 9:15pmKOTA BHARU 15 Nov. — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.

Beliau berkata, jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang.

“Dalam pakatan tidak semua mesti setuju. Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku ..read more 16Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Sekolah Wawasan, apa masalah?

Cuba bayangkan, apa akan berlaku di dalam dewan sekolah wawasan sekiranya terdapat pelbagai bangsa yang mempunyai pendapat yang berbeza-beza!

KENAPA Malaysia memerlukan sekolah tiga aliran (sebenarnya empat aliran kalau ditambah dengan sekolah aliran agama) iaitu sekolah kebangsaan, sekolah Jenis Kebangsaan- Tamil dan Cina.

Bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir berasa hairan dengan kewujudan pelbagai jenis sekolah di negara kita sedangkan di Indonesia, negara Thailand, Singapura dan Filipina pun mempunyai satu sekolah beraliran penuh sahaja.

Kalau Tun Dr. Mahathir hairan, abe MIE bertambah hairan ..read more 5Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline