All Posts Tagged With: "Parti Keadilan Rakyat"
Edisi Ahad : Hj Hadi umum akan terus setia bersama Anwar, Lim Kit Siang dalam Pakatan !
Pas akan terus bersama Pakatan – Hadi 07/11/2009 1:58pm
KUALA LUMPUR 7 Nov — PAS akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki, demikian menurut Presidennya Datuk Abdul Hadi Awang hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi memperkukuhkan penyertaannya dalam gabungan parti berkenaan.
“Dalam membicarakan hubungan PAS dengan parti-parti dalam pakatan ini, ingin saya pertegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan untuk memimpin rakyat ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Gagal tangani ”firaun kecil” akan akhiri riwayat PKR – Zulkifli
Gagal tangani ”firaun kecil” akan akhiri riwayat PKR – Zulkifli
KUALA LUMPUR 10 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata, riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan ”firaun kecil” dalam PKR gagal ditangani.
Beliau yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.
“Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
‘Bahtera’ siapa semakin bocor?
‘Bahtera’ siapa semakin bocor?
BEBERAPA minggu lalu, ketika ditanya oleh wartawan apakah mungkin akan berlaku penggabungan Pas ke dalam Barisan Nasional (BN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan menaiki kapal yang bocor.
Maksud beliau, BN kini dalam masalah, oleh itu adalah lebih baik jika Pas terus kekal ’sekapal’ dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang.
Tetapi kini mungkin Abdul Hadi akan terfikir semula kapal siapakah yang bocor, BN atau pembangkang? Ia memandangkan ‘kebocoran’ yang ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi
Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi
PETALING JAYA 6 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.
Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.
Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Keluar parti: Anwar akui PKR sedang hadapi masalah
Keluar parti: Anwar akui PKR sedang hadapi masalah
MELAKA 6 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.
Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.
“Ini masalah kita, ada pengajaran juga… sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pembangkang Hadapi Masalah Jika Anwar Kekal Sebagai Ketua Pembangkang – Khairy
Pengekalan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR selepas tiga anggota Parlimennya bertindak keluar parti baru-baru ini.
“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Rakyat perlu menilai kenapa krisis dalam PKR berlaku
Rakyat perlu menilai kenapa krisis dalam PKR berlaku
KRISIS terbaru yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya membuka minda rakyat untuk menilai keupayaan sebenar parti itu dalam memperjuangkan nasib mereka.
Sememangnya sejak awal lagi, sudah banyak pihak meramalkan PKR yang ditubuhkan semata-mata kerana perasaan marah dan benci berikutan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.
Konflik demi konflik, perbalahan demi perbalahan dan kontroversi demi kontroversi yang melanda parti itu sudah membuktikan bahawa kehadiran PKR dalam arena politik negara ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Lebih 10 wakil rakyat PKR akan tetap keluar parti
Lebih 10 wakil rakyat PKR akan tetap keluar parti
KUALA LUMPUR 3 Mac – Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menegaskan, beliau tetap dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar daripada parti itu.
Beliau berkata, jumlah itu masih boleh dicapai walaupun kira-kira 10 wakil rakyat PKR telah mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menyatakan akan kekal dengan parti itu.
“PKR mempunyai ramai wakil rakyat dan jumlah yang saya sebutkan itu hanya satu pertiga daripada ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
News : hina kematian Haslinda – laporan polis ‘Facebooker’ fanatik PAS
KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.
Ketuanya, Datuk Ismail Kijo, berpendapat kenyataan lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
“Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang Ketua Puteri yang telah banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Krisis PKR semakin ‘tenat’
Krisis PKR semakin ‘tenat’
SUATU ketika dahulu apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak, Jamaludin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan parti itu, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka.
Hujah mereka bahawa keputusan itu dibuat kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dipandang sinis.
Malah mereka juga dikecam oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila menyatakan langkah berkenaan juga kerana kecewa dengan PKR yang terlalu tunduk kepada DAP.
Tetapi kini, hujah mereka semakin ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued