All Posts Tagged With: "Petanda"

Pas Kedah kian selesa?

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Pas Kedah kian selesa?

Menghampiri dua tahun pentadbiran kerajaan Pas di Kedah, timbul tanggapan umum bahawa rakyat Kedah merasa cukup selesa.

Persoalan pentingnya, benarkah rakyat Kedah yang berjumlah 1.8 juta orang benar-benar selesa dan menerima corak kepimpinan kerajaan Pas di Kedah?Adakah ini bermaksud Pas akan berterusan memerintah Kedah seperti mana legasinya di Kelantan?

Apakah ini petanda bahawa UMNO dan BN Kedah tidak lagi signifikan ..read more 3Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Dengkur petanda sakit kronik

Oleh Hafizah Iszahanid

Ramai beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan.

Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea – OSA).

Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, ..read more 24Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

‘Petanda negara turut diancam keganasan’

KUALA TERENGGANU 15 Dis. 2009 – Semua pihak termasuk pembangkang perlu memberi perhatian serius dengan penemuan sejumlah bom dalam serbuan polis di Kelantan semalam kerana ia memberi petanda negara ini turut diancam keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penemuan bahan letupan buatan sendiri di Pasir Mas tersebut membuktikan negara ini turut berdepan dengan ancaman seumpama itu.

Sehubungan itu, beliau meminta agar tiada mana-mana pihak yang terlalu ghairah dan cuba bermain politik kerana ancaman keselamatan tersebut bukan dibuat-buat.

“Orang yang ..read more 16Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Apa sumbangan Obama?

Apa sumbangan Obama?

BELUM pun setahun menjadi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sudah mendapat pengiktirafan tertinggi sekurang-kurangnya dari kaca mata barisan Jawatankuasa Nobel Norway.

Obama dipilih sebagai penerima Hadiah Nobel Keamanan 2009 sekali gus meletakkan beliau setanding dengan nama-nama besar lain yang pernah menerima pengiktirafan itu. Mereka termasuk Nelson Mandela, Mother Teresa dan Aung San Suu Kyi.

Logik pengiktirafan Obama adalah kerana beliau dikatakan telah merintis usaha yang luar biasa dalam menguatkan hubungan diplomasi dan kerjasama antarabangsa serta dengan seluruh penduduk ..read more 12Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Upin & Ipin ke Timur Tengah

Sebelum ia muncul dan menjadi sebutan, kanak-kanak Malaysia lebih dulu mengenali animasi Spiderman, Superman, Batman dan pelbagai superhero lain. Baik di kaca TV atau menjadi ikutan, semua rujukan kanak-kanak dan peminat siri kartun hanya berkiblatkan animasi dari barat, Disney khususnya.

Cuma dua tahun kebelakangan ini sahaja, tumpuan peminat siri kartun mula teralih apabila Upin & Ipin mula disiarkan. Kemunculan filem Geng: Pengembaraan Bermula mencetuskan fenomena bahawa Upin & Ipin bukan sekadar kartun berskala biasa. Ia boleh diperhebat menjadi besar dan misi ..read more 9Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Siapa paling layak ganti Nik Aziz?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

Dalam tempoh beberapa hari ini, isu siapa yang bakal menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan ‘hangat’ diperkatakan biarpun Mursyidul Am Pas itu sendiri belum memberi sebarang isyarat sama ada beliau akan berundur dalam waktu terdekat.

Sebenarnya, isu pengunduran Nik Abdul Aziz bukanlah isu baru, malah sejak beberapa tahun lalu ia sudah mula diperkatakan termasuklah setiap kali pilihan raya umum berlangsung. Tetapi setakat ini, belum ada petanda yang jelas bahawa Nik Abdul Aziz akan meninggalkan ..read more 29Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

10 Petanda Si Dia Jodoh Anda

1. Gunakan seluruh pancainderaJodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. ..read more 19Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

PAS KELANTAN : RIBUT DIPENGHUJUNG SENJA NIK AZIZ

Isu ba’iah telah menonggeng dan membogelkan parti pas. Asalnya dicipta untok menggelak dari wakil rakyat mereka lompat parti tetapi kini memakan diri sendiri. Kepercayaan rakyat terhadap parti itu kini semakin terhakis. Imej parti itu tercemar gara-gara pemimpin suka main tarik tali untok mempastikan kebenarannya. Namun orang ramai sudah ada bukti yang kukuh dan jelas dari vedio2 dan pengakuan2 mereka yang turut terlibat membuatkan pemimpin tertinggi parti itu masing2 berdiam diri seketika untok mencari fomula melontarkan kepada pihak ..read more 13Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Pagi : Luahan Hati Bogger Serikandi Isu Wanita dan Anak Digadai oleh PAS Untuk Elak Lompat Parti !!!

Saya membaca komen serikandi siber berkenaan isu Baiah Cerai Taklik Adun PAS pagi ini. Sungguh mengharukan kerana ia tulus ikhlas dari hati sanubari mereka sebagai seorang Blogger Serikandi yang pasti lebih dekat dengan naluri wanita yang sejati. Saya tidak mahu komen cuma apabila mereka memberikan komen tentang isu yang melibatkan wanita dan anak tentulah ia petanda bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan Baiah Cerai Taklik yang diamalkan oleh PAS. Seorang wanita yang waras tentu tidak akan tergamak melihat nasib saudara sejenis dengan ..read more 10Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Gempar : Dr Asri akan sertai politik untuk sebarkan dakwah ( baca : Wahabi )

Sejak mengalami gangguan kesihatan saya tidak berhajat nak sambung lagi tulisan pasal Dr Asri ini. Tetapi selepas menerima info tengah hari tadi melalui sms bahawa beliau bertemu Nik Aziz maka saya terpaksa menulis lagi berkenaan perkara ini. Apatah lagi selepas membaca berita tersebut yang disiar di sini http://www.utusan.com.my/ Kata kawan saya seorang ustaz dan ahli tariqat, penulis buku serta pendokong fahaman Sunnah Wal Jamaah di Kelantan menegaskan : Wahabi akan sokong siapa sahaja yang boleh menyokong dakyah mereka. Memang benar, sebelum ini ..read more 9Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline