All Posts Tagged With: "Pokok Sena"

Jumlah banduan berulang dikurangkan

Jumlah banduan berulang dikurangkan

POKOK SENA 13 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu mengurangkan jumlah banduan masuk berulang ke penjara tidak melebihi 17 peratus daripada kemasukan setahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, ketika ini jumlahnya ialah 16.8 peratus dan ia perlu diturunkan dengan pelbagai pendekatan holistik yang diambil oleh Jabatan Penjara dan agensi berkaitan.

”Banduan yang dibebaskan perlu benar-benar pulih, insaf, berkemahiran, berdikari dan tidak mengulangi kesalahan.

”Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jabatan Penjara dikehendaki ..read more 13Jun2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Jangan naikkan tarif elektrik

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihatkan kerajaan supaya tidak meningkatkan tarif elektrik kerana kenaikan tarif tersebut bakal membebankan rakyat kebanyakan, walaupun kabinet petang ini dilaporkan tidak membuat keputusan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik atau tidak.

Menurutnya, kerajaan tidak seharusnya berfikiran simplistik menaikkan tarif elektrik disebabkan kenaikan bahan bakar di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh untuk tidak menaikkan tarif elektrik dengan menguruskan sumber tenaga domestik secara kreatif.

“Walaupun kos bahan ..read more 24Feb2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Pelakon bukan Kelantan jiwai makyung

Pelakon bukan Kelantan jiwai makyung

PEMENTASAN makyung yang berasal dari Kelantan biasanya lebih banyak dipelopori oleh para aktivisnya termasuklah pelakon, pemuzik dan penari yang terdiri daripada anak-anak jati negeri tersebut.

Bagaimanapun, makyung berjudul Anak Raja Dua Serupa yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 Januari lalu tidak kesemuanya menampilkan pelakon yang berasal dari Kelantan.

Sebaliknya, pengarah dan penulis skrip makyung itu, Fatimah Abdullah, berasa bangga kerana kebanyakkan pelakon utamanya berjaya melakonkan watak masing-masing dengan begitu berkesan sekali.

“Sebagai ..read more 26Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Naik harga gula – ‘Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan’ – Mahfuz Omar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicadangkan menukar tema 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kepada tema yang baru – ‘Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan’.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memberi cadangan sinikal tersebut sebagai respon pada keputusan kerajaan menaikan harga gula RM0.20 bermula 12 tengah malam semalam.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Pokok Sena berharap rakyat menilai semula slogan 1Malaysia Najib dan sistem Aras Tanda Pencapaian (KPI) kerajaan yang kononnya demi kepentingan rakyat.

Selain mengkritik Najib, Mahfuz juga mendakwa keputusan yang diambil ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Nik Aziz : Mahfuz memandai-mandai

KOTA BHARU 9 Dis. – Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar disifatkan sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini.

Oleh itu katanya, Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

Nik Abdul Aziz berkata, tindakan Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk ‘berpesta’.

“Ucapan ..read more 10Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.

Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.

Mahfuz ketika ..read more 23Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Banjir Di Kedah Semakin Buruk

Keadaan banjir di Kedah semakin buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan hari ini meningkat kepada 1,793 orang berbanding 1,338 petang semalam.

Daerah Bandar Baharu dan Baling merupakan daerah terbaru yang dilanda banjir apabila seramai 300 orang dari 69 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

“Di Bandar Baharu, seramai 280 orang dari 61 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala di Baling seramai 20 orang dari lapan keluarga masih berada di sebuah pusat pemindahan,” kata jurucakap bilik gerakan banjir negeri.

Beliau berkata daerah Kota ..read more 16Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PEMBANGKANG CUBA HERET PM KE JAWATANKUASA KHAS

Cubaan Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) mengemukakan usul merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Pandikar Amin, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada sesi soal jawab lisan sebelum itu didapati tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dzulkefly yang tidak berpuas hati dengan pendirian Najib memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan mendakwa, keputusan Perdana Menteri itu dibuat tidak selari syarat pemberian royalti ..read more 5Nov2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline