All Posts Tagged With: "Presiden Indonesia"
Nik Aziz Pengerusi Pakatan? Apa sebab…
Hendak menuruni tangga pun Nik Aziz perlu dipimpin kerana keuzuran, layak kah menerajui Pakatan?
‘PENGERUSI’ Pakatan Rakyat (PR) layak diterajui oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat! Apa motif sebenar untuk melantik Nik Aziz sebagai Pengerusi sedangkan Nik Aziz kini berulang-alik dari pejabatnya di Kota Darul Naim ke Hospital USM, Kubang Kerian.
1. Zaid Ibrahim mencadangkan supaya Nik Aziz diberikan jawatan berkenaan memandangkan populariti beliau di dalam politik kini terserlah.
2. Zaid yang kini masih menjalani ‘kerja tanpa gaji’ di dalam parti PKR ..read more 27Apr2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Obama tangguh lagi lawatan rasmi ke Indonesia, Australia
WASHINGTON 18 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini menangguhkan lawatannya ke Indonesia dan Australia sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, ketika beliau cuba menumpukan usaha pembaharuan sistem penjagaan kesihatan melalui Kongres.
Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, Obama akan mengunjungi Indonesia pada Jun ini, namun tidak menyatakan sama ada presiden itu turut akan ke Australia.
Menurut Gibbs, Obama telah menghubungi Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan kemudian akan menghubungi Perdana Menteri ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Presiden Indonesia sahkan Dulmatin telah terbunuh
CANBERRA 10 Mac – Juruteknik bom kumpulan pengganas Jemaah Islamiah, Dulmatin telah terbunuh dalam serbuan pihak polis di Jakarta, kata Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Australia hari ini.
“Hari ini saya boleh mengumumkan kepada kalian bahawa selepas kejayaan polis mengadakan serbuan terhadap pengganas yang bersembunyi di Jakarta semalam, kami mengesahkan bahawa salah seorang daripada yang terbunuh adalah Dulmatin, salah seorang pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara,” kata Yudhoyono di parlimen Australia, di Canberra. – Reuters
Five ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Aset peribadi Susilo RM3.7 juta
JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (kanan) semalam mengumumkan harta peribadinya bernilai kurang AS$1.1 juta (RM3.7 juta), menjadikan beliau ‘lebih miskin’ berbanding Naib Presiden Boediono dan tiga menteri lain.
“Jumlah kekayaan saya pada 23 November 2009 ialah 7,616,270,204 rupiah (RM2.76 juta) dan AS$269,730 (RM908,046). Laporan pada Mei 2009 mencatat nilai aset saya adalah 6,848,049,611 rupiah (RM2,48 juta) dan AS$246,389 (RM829,468),” katanya pada sidang media di Istana Presiden.
Akhbar Jakarta Globe melaporkan, aset Susilo termasuk harta tidak boleh dijual bernilai 2.4 bilion ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
HIPOKRASI AnWAR YANG TERKINI
2. Khabar duka pemergian Gus Dur mengejutkan kita semua. Baik kawan atau lawan politik Nusantara, Gus Dur punya kontroversi tersendiri. AnWAR mendakwa Gus Dur adalah sahabat beliau dan ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Jamil Khir wakili Malaysia di permakaman negara untuk Gus Dur
JAKARTA 31 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mewakili Malaysia pada upacara pengkebumian negara bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di Jombang, Jawa Timur tengah hari ini.
Beliau, yang diiringi isteri Datin Fatmawati Saidin serta Timbalan Ketua Setiausaha III Wisma Putra Datuk Iskandar Sarudin dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra Datuk Adnan Othman, berlepas dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuala ..read more 31Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Gus Dur meninggal dunia
JAKARTA 30 Dis. – Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini.
Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia.
“Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang,” kata Gus Sholah dipetik detikcom. – Utusan
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, ..read more 30Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Bekas Presiden Indonesia Gus Dur Meninggal Dunia

Bekas presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).
Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo.
Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan ..read more 30Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued



