All Posts Tagged With: "Pulau Pinang"

Penguat kuasa halal ‘dikurung’

Penguat kuasa halal ‘dikurung’

REMBAU 16 Mac – Pengusaha sebuah kilang memproses ayam di Pedas dekat sini bertindak di luar dugaan apabila ‘mengurung’ 12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan di premis itu hari ini.

Pengusaha tersebut bertindak mengunci pagar premis itu ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada pukul 5.30 petang.

Turut terperangkap di dalam premis itu ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan serbuan ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

ZAHRAIN KESAL DAN MOHON MAAF KEPADA ORANG MELAYU

PEMIMPIN PAS MASIH BERSERONOK DENGAN DAP…

PULAU PINANG 13 Mac – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka memohon maaf kepada para pengundi khususnya orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP sehingga Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri turut melahirkan rasa kesal kerana terlibat membantu pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum di negeri ini.

Zahrain menjelaskan, ketika itu, beliau masih belum mengenali sikap sebenar Guan Eng yang ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Salah Pilih?

Oleh: Dodo(emel dari pembaca)

Pagi ini, ketika menikmati sarapan pagi di sebuah kedai mamak di Desa Melawati, saya nampak sekumpulan kakitangan sebuah syarikat sedang bersarapan juga. Terdapat enam orang yang sambil menikmati teh tarik dan roti canai, membaca Harian Metro dan Utusan Malaysia.

Saya yang duduk di belakang mereka sambil mencuri dengar perbualan mereka sempat menjeling tajuk muka depan Harian Metro itu, “Lu Pikirlah Sendiri. Namun, tajuk utama akhbar itu tidak menarik minta kumpulan enam orang itu, sebaliknya lebih berkisar ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Khas : Pembangkang sudah mula yakin akan kalah teruk dengan mula menyebut perkataan pelik ‘gerrymandering’

Apa itu gerrymandering ? (Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa) Cerita lanjut layari blog http://wfauzdin.blogspot.com/. Apa kaitannya dengan situasi masa kini ? Selepas satu demi satu MP Pembangkang meninggalkan parti maka secara logiknya ia menggambarkan mereka sudah semakin lemah. Maka teori ‘gerrymandering’ ini sedang diwar-warkan agar rakyat menilai bahawa Umno akan menang PRU akan datang dengan cara yang kotor yakni menggunakan teori ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Henti serangan peribadi atau saya dedah kepincangan – Fairus

Henti serangan peribadi atau saya dedah kepincangan – Fairus

KUALA LUMPUR 2 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin memberi amaran kepada parti pembangkang agar berhenti menyerang peribadinya.

Katanya, jika serangan seperti itu terus dilakukan, beliau tekad akan mendedahkan satu persatu kepincangan serta kelemahan dalam pembangkang terutama di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan,” tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Fairus menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Gempar : Seorang lagi Ahli PKR keluar Parti

Tamparan hebat buat PKR… pasti ini akan mengesahkan bahawa PKR akan berkubur tidak lama lagi… hanya tunggu ANUwar masuk ke penjara kerana meliwat saiful..

Setelah bekas TKM 1 Pulau Pinang, Fairus mengesahkan keluar dari PKR dan sertai UMNO dan diikuti bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim yang juga mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.

Pagi ini pula Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR dan jadi ..read more 1Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Fairus sedia dedahkan kurap Guan Eng

Hari ini PKR mendapat kejutan lagi apabila bekas ketua menteri 1 pulau pinang dari pkr fairus khairuddin umum sertai umno.

Beliau merupakan bekas TKM 1 kerajaan DAP Pulau Pinang.. Pastinya sangat kenal Lim Guan Eng, khalifah yang di sayangi PAS seMalaysia..

Banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pakatan DAP termasuk Anwar sendiri.. Sudah masanya Fairus bangun dan beri penjelasan setelah sekian lama mendiamkan diri.

Adakah dakwaan beliau meletakkan jawatan dalam PKR dan kerajaan negeri kerana nak sambung belajar .. Ini semua konspirasi Guan Eng ..read more 28Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pusat rawatan tradisional Islam USM

KOTA BHARU 21 Feb. – Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.

Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.

Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.

Justeru, katanya, ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pengawal keselamatan bebas tuduhan bunuh anak saudara

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Pengawal keselamatan bebas tuduhan bunuh anak saudara

PULAU PINANG 22 Feb. – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang pengawal keselamatan daripada tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie dan percanggahan keterangan lisan saksi pendakwaan tunggal, Norizan Mohammad Zain, ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kenakan hukuman berat kepada penzina

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Kenakan hukuman berat kepada penzina

SEBAK, sedih dan marah. Itulah perasaan menyelubungi diri ini apabila melihat gambar bayi comel yang dihurungi semut, dipaparkan media sejak kebelakangan ini.

Lebih menyesakkan dada apabila dua hari lalu, dipaparkan pula kejadian dahsyat tanpa perikemanusiaan apabila seorang bayi dicampakkan ke dalam tong sampah dan dibakar di Kuala Krai, Kelantan.

Kejadian ini amat kejam dan ia kes keempat buang bayi ..read more 19Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline