All Posts Tagged With: "Rakan"
IPTA digalak tubuh Persatuan Integriti Mahasiswa
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menubuhkan Persatuan Integriti Mahasiswa atau Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) bagi membolehkan penuntut melaksanakan program kesedaran integriti di kampus masing-masing.
Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, IPTA harus memberikan kredit tambahan kepada mereka yang menyertai persatuan itu bagi menarik penyertaan lebih ramai penuntut dalam program pemantapan integriti, sejajar usaha kerajaan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan integriti.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menubuhkan Persatuan Integriti Mahasiswa atau ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pemuda UMNO lantik peguam bela wanita Malaysia di Itali
Pemuda UMNO lantik peguam bela wanita Malaysia di Itali
KUALA LUMPUR 16 Mac – Kerana inginkan kehidupan lebih baik, dua orang wanita tempatan kini meringkuk dalam penjara di Itali setelah diperalat oleh satu sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah masuk ke negara itu.
Rasundiri a/p Ganapathi, 50, terbang ke negara itu pada Mei tahun lepas ditemani rakan baiknya Darina Ibrahim, 43, selepas termakan pujukan dua lelaki warga asing yang menjanjikan perniagaan jahitan beliau akan berkembang lebih maju, kata suaminya, Mahinder Singh.
“Pada mulanya, ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Khas : Siapa Nampak Budak Ini Minta Hubungi Polis !!!
Fairol Nizam Kpd sesiapa yg menjumpai @ ternampak kanak2 ini bernama Muhammad Adam Haikal Bin Jalil berumur 6 tahun.
Sila hubungi : 012-279 1044 / 012-931 6653 @ Balai Polis Sg Besi 03-9058 5277 @ Balai Polis berhampiran.
Kanak2 ini hilang ketika bermain di kawasan Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pd hari sabtu lepas.
Harap Blogger BPN dan rakan Facebook dapat edarkan edisi khidmat masyarakat ini
Sumber Berita
AKPC_IDS += "3726,";Popularity: 1% [?]
16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedAhli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban
Ahli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban
SARAJEVO 16 Mac – Seorang rakyat Bosnia yang bertugas sebagai pemadam api dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan terbunuh dalam serangan ke atas kem AS di sana semalam, lapor televisyen negara itu.
Almir Bikovic, 32, terbunuh manakala lima rakan senegaranya yang lain cedera dalam serangan tersebut, kata BHRT.
Menurut laporan media tempatan pula, serangan ke atas kem tentera AS di Bagram, Parwan yang didakwa dilakukan oleh Taliban itu berlaku pada pukul 4 pagi waktu ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Mengekang jenayah siber
Mengekang jenayah siber
JENAYAH siber kini berlaku pada setiap 0.25 saat dengan setiap seorang daripada lima pengguna Internet berisiko menjadi mangsanya. Tempat paling mudah bagi jenayah siber berlaku adalah melalui laman-laman web sosial.
Biarpun banyak kejadian jenayah siber dilaporkan di media, tidak ramai yang memberikan perhatian untuk mengambil langkah berjaga-jaga daripada menjadi mangsa jenayah siber. Ini mungkin kerana sebahagian besar pengguna Internet berpendapat individu di alam siber tidak dapat melihat mereka secara fizikal.
Ketua Bisnes bagi rantau Asia Selatan Norton, Effendy Ibrahim berkata, ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak
Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak
SYUKUR alhamdulillah, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, budak yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun akhirnya ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin. Selepas dua minggu menjadi ‘isteri’ kepada Shamsuddin Che Derahman, Siti Nur kini boleh kembali ke pangkuan keluarga dan lebih penting, dapat meneruskan persekolahan seperti mana rakan-rakan sebayanya yang lain.
Pada usia itu, Siti Nur sepatutnya menikmati alam persekolahan dan bergaul dengan rakan sebaya, bukannya terpaksa memikul tugas ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Pagi : Panglima ‘hampir’ meninggal dunia semalam !
Kerajaan Perkenal Dua Tabung Pencen Baru Tahun Depan
Kerajaan akan memperkenalkan skim pencen bekerja sendiri dan usia tua, kemungkinan pertengahan tahun depan di bawah konsep kerajaan penyayang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian aktuari mengenai dua skim itu sebelum ia dilaksanakan.
“Kami kini di dalam proses memperkenalkan tabung pemberhentian bagi pekerja sektor swasta,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 80 wanita yang menamatkan kursus latihan kemahiran yang dijalankan oleh kementerian di sini hari ini.
Mengenai cadangan dana pencen ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Lima juta warga Malaysia aktif dalam Facebook – Najib
Lima juta warga Malaysia aktif dalam Facebook – Najib
PUTRAJAYA 13 Mac – Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial, Facebook, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat kini memanfaatkan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan kerajaan akan melaksanakan inisiatif jalur lebar seberapa luas yang boleh.
“Dengan itu, kita dapat menghubungkan semakin ramai warga Malaysia. Dengan itu, kita dapat menggunakan Internet untuk meningkatkan kesinambungan sosial kita.
“Keindahan Internet ialah ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Istiqamah lakukan kebajikan
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Al-Maraghi berkata: Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut perkara-perkara yang memberi hiburan kepada mereka dan membuat hati mereka bersabar pada saat menghadapi kesengsaraan tersebut.
Di samping itu, Allah SWT menjelaskan betapa kecilnya kesenangan yang diberikan kepada orang kafir di dunia ini serta amat sedikit sekali lagi fana.
Oleh itu, orang yang mempunyai akal yang sihat tidak sepatutnya membandingkan apa yang ada di dunia ini dengan kenikmatan yang abadi di akhirat.
Ayat ke-199
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Sesungguhnya di ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued