All Posts Tagged With: "Rasulullah"
Alamat Mimpi Menurut Islam
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya: ”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar.
Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).
Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu ..read more 22Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Dengki-mendengki, Sindir-menyindir
DIRIWAYATKAN daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir-menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba ..read more 18Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Parti bersatu atas nama agama
Parti bersatu atas nama agama
PENYATUAN antara dua buah parti yang mewakili Melayu terbesar iaitu UMNO dan Pas menjadi harapan besar masyarakat Malaysia yang berhasrat membangunkan kekuatan dan kestabilan negara. Telah sekian lama harapan tersebut disuarakan, namun hingga kini masih belum menjadi kenyataan kerana adanya halangan-halangan daripada pihak-pihak tertentu yang tidak ingin menyaksikan penyatuan kembali dua parti melayu Islam yang terbesar di Malaysia.
Sebelum ini, dua buah parti yang mewakili Melayu terbesar dikejutkan dengan “rundingan kerajaan perpaduan” menjadi suatu bentuk hysteria ..read more 16Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pendakwah perlu elak perdagangkan ilmu wahyu
Pendakwah perlu elak perdagangkan ilmu wahyu
ISLAM adalah agama yang mudah dan mampu diamalkan oleh manusia. Umat Islam sepatutnya memahami ajaran Islam secara mendalam sebelum menyibarkan ajaran tersebut kepada masyarakat.
Setiap umat Islam digalakkan untuk berdakwah kerana dakwah merupakan fardu kifayah kepada masyarakat Islam dan fardu ain kepada individu yang memiliki ilmu pengetahuan Islam secara mendalam.
Sebelum menyebarkan ilmu Islam kepada masyarakat, setiap individu perlu bermuhasabah diri dan mempersoalkan apakah tujuan dan matlamat mereka melibatkan diri dalam kegiatan dakwah.
Adakah pendakwahan ..read more 16Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Fadhilat Hari Dan Solat Jumaat
JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, ..read more 16Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Nik Aziz Buktikan Dirinya Wahabiy Apabila kata Umno Sesat !!!
Lagi insiden Islam dibiar dihina oleh Parti Ajaran Sesat SeMalaysia !
Bengkak, bingung, sedih, keliru melihat tajuk laporan berita Harakahdaily di sini http://www.harakahdaily.net/v2/ yang menukil laporan bukan Islam mula bertakbir (sebut Allahu Akbar ) semasa berucap membahaskan ucapan Presiden Parti.
Satu persatu agenda Musuh Islam menguasai umat Islam menggunakan parti politik yang memperalatkan ISLAM sebelum ini telah berjaya dan hari ini menjelang 1 Rejab 1431 maruah Islam dicabar lagi oleh puak partisan yang songsang dan sesat tersebut.
Jelas PAS adalah PARTI AJARAN SESAT yang WAJIB diperangi oleh setiap mukallaf ! kerana tergamak membiarkan ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Menegakkan keadilan mengikut kaca mata Islam
Oleh Mohd Kamel Mat Salleh
Satu daripada akhlak mulia penghias diri Rasulullah yang mesti menjadi ikutan ummah ialah adil dalam setiap perlakuan, tindakan dan hukuman. Adil bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Justeru, apabila seorang majikan mengambil seseorang bekerja di syarikatnya dengan kelayakan akademik bersesuaian dengan bidang pekerjaannya juga atas dasar pengalaman, maka majikan itu berlaku adil kepada pekerjanya.
Sesungguhnya skop perbincangan mengenai soal adil ini sangat meluas. Ia merangkumi aspek kehidupan manusia sama ada suami, isteri, anak, kawan, majikan, pekerja, pemimpin, ..read more 12Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pembesar Melalaikan Solat
Hadith :
Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku:”Bakal terjadi sesudahku, di mana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagimu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu.”
(Muslim)
Huraian:
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat.
Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran ..read more 10Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Tawakal mesti didahului dengan ikhtiar
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
Setiap orang beriman diperintahkan agar bertawakal kepada Allah SWT secara benar seperti diperintahkan agama. Jika tersalah memahami konsep tawakal, maka tentu saja akan membawa kepada kesesatan serta mengundang kemurkaan Allah SWT. Allah SWT menyuruh hamba-Nya bertawakal dapat kita melalui ayat berikut yang bermaksud:
“Kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar beriman” (Al-Ma-idah: 23)”. Ayat ini memberi penjelasan bahawa orang yang bertawakal itu sifat yang mesti ada pada setiap orang yang beriman. Tawakal yang dikehendaki dalam Islam ..read more 3Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



