All Posts Tagged With: "Reformasi"

Penyokong lari : perarakan ANuwar hanya 20 orang sahaja

TERBARU : Dari pemerhatian hanya sekitar 20 orang saja yang muncul di mahkamah pagi Isnin.Ada kot tiga orang yang nampak berbaju oren. Kawasan sekitar mahkamah tenang-tenang saja.-

hehehe… laungan keramat yang dulu bergema, kini bunyi macam itik serati…

Mari semarakkan api reformasi!!!, hadir ke mahkamah Jalan Duta,jam 9.00 pagi,Isnin, 8 Feb 2010. Pastikan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi dipenjarakan!.

Itu laungan tertulis di blog Penasihat PKR itu mengajak para penyokongnya hadir bagi sokongan moral dalam menghadapi perbicaraan kes liwatnya yang masuk hari ..read more 8Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

ASEAN : AnWAR MASIH MENGHARAP (III)

1. Setelah Filipina dan Indonesia, fakta mengenai hubungan luar AnWAR akan dilanjutkan ke Thailand (untuk rekod, AnWAR baru saja pulang dari Manila dan Jakarta sebelum perbicaraan kes liwatnya pada 2 Febuari 2010). AnWAR melihat Thailand begitu strategik kerana Thailand adalah ’syurga’ NGO-NGO antarabangsa terutama yang berkiblatkan Amerika. AnWAR bijak menghidu peluang agar jaringan a/bangsa beliau makin mantap.

2. Di Thailand, AnWAR bersandar kepada Gabenor Kota Bangkok, Putera Sukhumvand yang dikenali beliau sejak awal 80-an. Putera Sukhumvand banyak terlibat dengan program-program IKD ..read more 4Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Fikirkan keputusan keselamatan

Fikirkan keputusan keselamatan

Perlembagaan Persekutuan dianggap sebagai ‘kitab’ bagi sesebuah negara berdaulat. Ia menitikberatkan keselamatan insan atau khususnya keselamatan rakyat dan juga keselamatan negara. Konsep dan prinsip keselamatan rakyat dan keselamatan negara ini pula berasaskan sejarah serta jati diri atau identiti golongan rakyat yang terbesar sekali jumlahnya. Dan di Malaysia, bangsa Melayu yang beragama Islam dan Bumiputera adalah majoriti.

Di dalam sesebuah negara, politik dan keselamatan tidak dapat dipisahkan. Tumpuan kepada politik tanpa menghiraukan sudut keselamatan boleh mengucar-kacirkan negara. Terlalu berpolitik tanpa ..read more 25Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Dr Asri – Salah guna nama ijmak

Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

Setiap kali berlaku kebangkitan pemikiran Islam menghadapi cabaran baru sesuatu zaman kita akan dapati para penentang utama kebangkitan pemikiran Islam itu kadang-kala akan terdiri dari kelompok konservatif agama itu sendiri. Mereka ini bimbang jika berlaku kebangkitan umat menghadapi cabaran baru mereka akan dianggap sudah ‘tidak laku’ atau menghadapi ‘tarikh luput’ di kerusi-kerusi empuk atas nama agama yang mereka duduk atau pengaruh agama yang mereka kuasai.

Mungkin juga yang menentang itu mereka yang bimbang apabila berlaku ..read more 13Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Hangat : Zulkifli Nordin Vs Anwar Ibrahim @ Sivakumar !

Posting ini sangat pendek dan hanya ada tiga link sahaja. 1. Artikel kenapa Anwar bengang dengan bekas peguam belanya sendiri ketika dipecat dari kerajaan 10 tahun yang lalu http://unitmediasiber.blogspot.com/2009/11/zulkifli-noordin-akan-disingkirkan-dari.html 2. Di sini pula kenyataan balas YB Khalid Samad kepada Zulkifli Nordin http://www.sabahdaily.com/2009/09/yb-khalid-menyanggah-tulisan-yb-zul/ 3. Lalu keluarlah ‘press statement’ setengah jam yang lalu ( berdasarkan jam 5.10 sewaktu artikel ini ditulis ) yang mencabar Sivarasa ekoran kenyataannya terhadap Zulkifli Nordin di sini http://zul4kulim.blogspot.com/2009/11/akur-kehendak-parti.html Persoalan : Apakah krisis dalam PKR yang terbaru ini selepas satu ..read more 10Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Pagi : Sesiapa pun tetap kena patuh undang-undang walau bertaraf Dr atau bekas Mufti !

Selepas membaca beberapa blog dan kenyataan dalam media massa dan alternatif saya ingin mencadangkan : 1. Tauliah perlu dipohon oleh sesiapa sahaja tak kira dari mana-mana parti atau tokoh akademik kerana ia peruntukan undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dan ia adalah pra-syarat sebelum kebenaran mengajar diberikan. Sebelum ini sesiapa sahaja waima bekas pelajar Al-Azhar atau Jordan atau mana-mana tempat sememangnya ‘dipaksa’ mengambil tauliah mengajar agama. Meskipun mereka adalah pelajar dari institusi agama terhebat di dunia. 2. Ketika semua pihak mengkritik JAIS merentasi fahaman ..read more 5Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline