All Posts Tagged With: "Rm10"

RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula

RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula

PASIR PUTEH 14 Mac – Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) bercadang akan menaikkan kadar bantuan tanaman semula getah tua daripada RM7,000 kepada RM10,000 bagi setiap hektar tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohd. Zuki Wan Mohamad berkata, bantuan tanaman semula sekarang sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar sudah tidak mencukupi berasaskan kos pengendalian semakin meningkat.

“Ini termasuk bahan-bahan import, upah tenggala, benih dan racun,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Penerangan Pembasmian Kemiskinan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kes Darling Ngasri guna dokumen palsu disebut 16 April

Kes Darling Ngasri guna dokumen palsu disebut 16 April

KUALA LUMPUR 12 Mac – Kes pelakon dan penerbit Nasreen Ngasri, yang lebih dikenali dengan panggilan Darling, yang didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai cagaran berharta, akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini pada 16 April ini.

Hakim Asmadi Hussin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nasuha Mohamed Ali menyerahkan beberapa dokumen yang masih belum diserahkan kepada peguam bela Amir Feisal Ariff yang mewakili Nasreen.

Pada ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Aset peribadi Susilo RM3.7 juta

JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (kanan) semalam mengumumkan harta peribadinya bernilai kurang AS$1.1 juta (RM3.7 juta), menjadikan beliau ‘lebih miskin’ berbanding Naib Presiden Boediono dan tiga menteri lain.

“Jumlah kekayaan saya pada 23 November 2009 ialah 7,616,270,204 rupiah (RM2.76 juta) dan AS$269,730 (RM908,046). Laporan pada Mei 2009 mencatat nilai aset saya adalah 6,848,049,611 rupiah (RM2,48 juta) dan AS$246,389 (RM829,468),” katanya pada sidang media di Istana Presiden.

Akhbar Jakarta Globe melaporkan, aset Susilo termasuk harta tidak boleh dijual bernilai 2.4 bilion ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Fiesta nasi lemak ditangguh

Fiesta nasi lemak ditangguh

KUALA LUMPUR 4 Mac – Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Mac ini ditangguh kepada Mei depan bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertai pertandingan itu.

Pengerusi program pesta berkenaan, Chef Yang Jamil berkata, penangguhan tersebut dibuat atas permintaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

“Beliau mahu jumlah penyertaan daripada 200 orang ditambah kepada 500 peserta termasuk penyertaan pelbagai kaum bagi memenuhi kehendak tema 1Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Wanita rayu bantuan sara suami sakit, enam anak

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Wanita rayu bantuan sara suami sakit, enam anak

KOTA BHARU 15 Feb. – Suaminya sakit, empat daripada enam orang anaknya pula masih bersekolah, dengan pendapatan RM10 sehari hasil menjual kuih, Siti Aishah Ismail, 35, berusaha menyara kehidupan keluarganya.

Lebih menyedihkan wanita, yang menetap di Lorong Kubur Kok Lanas dekat sini, tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan anak-anaknya.

Anak sulungnya bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ..read more 15Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Khatijah Ibrahim antara artis jayakan konsert tabung kanser payudara

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Khatijah Ibrahim antara artis jayakan konsert tabung kanser payudara

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Datuk Khatijah Ibrahim, Jaclyn Victor dan Roy adalah antara penghibur yang akan membuat persembahan dalam satu konsert khas bagi mengumpul dana untuk Tabung Kanser Payudara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dirancang untuk diadakan di Universiti Malaya bulan depan.

“Konsert Beri Kesempatan Hidup di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya ..read more 6Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Bekas Pegawai Kewangan Kelantan didakwa

Bekas Pegawai Kewangan Kelantan didakwa

KOTA BAHARU 1 Feb. – Bekas Pegawai Kewangan Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan bersubahat membuat tuntutan palsu membabitkan projek Istana bernilai RM267,960 pada Disember 2008.

Bekas Pegawai Kewangan itu, Datuk Shkori Mohammad, 57, dituduh melakukan kesalahan itu apabila Yusri Che Noh memberikan dokumen, yang mengandungi butiran palsu, berbentuk invois bernombor 1302, bertarikh 3 Dis 2008, bertajuk “Tuntutan Membekal Bahan dan Kerja-Kerja Membina” bagi menyiapkan Rumah Puyuh di Projek Diraja, Banggol di ..read more 1Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Bekas ahli MPPP saman Jeff Ooi RM10 juta

Bekas ahli MPPP saman Jeff Ooi RM10 juta

PULAU PINANG 1 Feb. – Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan menfitnah dan berniat jahat.

Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diiringi peguamnya Abdul Fareed Abdul Gafoor menfailkan writ saman tersebut melalui Tetuan V.M.Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar ..read more 1Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

AACE hasilkan mesin wuduk automatik

AACE hasilkan mesin wuduk automatik

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan mesin wuduk automatik yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, AACE Tecnologies Sdn. Bhd. (AACE) di sebuah hotel di sini.

Bagi menyempurnakan pelancaran mesin yang dinamakan ‘Auto Wudu Washer’ itu, Perdana Menteri menadah tangan bagi mengalirkan air dari mesin tersebut sebagai simbolik mengambil wuduk.

Ketua Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan wuduk ..read more 29Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Klinik 1Malaysia mudah rakyat

KUALA LUMPUR: Penubuhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara tidak akan menjejaskan pendapatan doktor dan klinik swasta, malah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya rakyat berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kewujudan 50 klinik yang beroperasi sepenuhnya bulan ini bukan saja memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan awal, malah pesakit dirujuk kepada doktor swasta untuk rawatan susulan.

Pada masa sama, Najib mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memastikan pendapatan pengamal perubatan tidak ..read more 8Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline