All Posts Tagged With: "Royalti"

Polis Terengganu ingatkan orang awam tidak berhimpun di LTSM esok

Polis Terengganu ingatkan orang awam tidak berhimpun di LTSM esok

KUALA TERENGGANU 19 Mac — Polis Terengganu hari ini menasihati orang awam agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan yang dijangka diadakan esok oleh pihak tertentu semasa ketibaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya tidak mengeluarkan permit untuk mana-mana pihak menganjurkan perhimpunan di LTSM, dan ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Najib Tenang Berhadapan Ahli Parlimen Pembangkang Di Parlimen

Semalam Perdana Menteri hadir bagi menjawab soalan-soalan berkaitan dengan isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan. Atas dasar mendahulukan rakyat, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan wang ehsan minyak kepada negeri Kelantan.

Pembangkang yang tidak tahu bersyukur bukannya mahu berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sanggup mengenepikan kepentingan politik demi kesejahteraan rakyat Kelantan. Sebaliknya mereka menghujani Perdana Menteri dengan pelbagai soalan dan meminta penjelasan tentang isu royalti minyak hingga terpaksa ditetenteramkan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Pun begitu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

ZULKIFLI NOORDIN Petualang atau Pejuang

Nampaknya Zulkifli Noordin perlu mencari sahabat baharu dalam politiknya sebagaimana dilakukan oleh Ibrahim Ali.

abe MIE begitu kasihan dan simpati dengan seorang pejuang dalam PKR, Zulkiflin Nordin. Kini Zul sudah dianggap Petualang oleh sahabat dalam Pakatan.

Namun, bagi rakyat di luar sana, Zul sudah setaraf Leftenan Adnan yang berjuang untuk agama Islam di negara majoriti umat Islam, namun apa yang diperoleh ibarat diberikan najis. Zul juga tidak mendapat sokongan YB Islam dalam PAS.

Kenapa YB PAS begitu terhina untuk memperjuangkan Islam bersama-sama ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kelantan harus utamakan rakyat bukan kerajaan PAS negeri

Kerajaan Kelantan harus pentingkan rakyat, bukannya politik kerajaan PAS di negeri itu, kata ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengulas kenyataan Exco negeri, Datuk Husam Musa yang tidak mengiktiraf pemberian wang ehsan hasil pengeluaran minyak oleh kerajaan Pusat.

Katanya terpulang kerajaan negeri jika mahu terus membawa isu royalti itu ke mahkamah tetapi ianya bukan boleh diselesaikan dalam masa singkat.

Ibrahim percaya, Husam sebenarnya mahu wang itu diberikan terus kepada negeri supaya boleh mereka gunakan mengikut kehendak kerajaan PAS Kelantan.

“Bagi saya, ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

BN anggap usul selesai royalti langkah terbaik

BN anggap usul selesai royalti langkah terbaik

KOTA BHARU 1 Mac – Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyokong usul untuk membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah kerana ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Isu itu berpunca daripada tafsiran undang-undang yang berbeza oleh pihak Kerajaan Pusat dan negeri sehingga ia dipolitikkan manakala para pemimpin BN dituduh sebagai menghalang pemberian royalti berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berkata, pertelagahan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMAKIN KELAM KABUT DAN TERTEKAN…

KERANA GAGASAN 1MALAYSIA LIM KIT SIANG PANAS PUNGGONG Masalah dalaman pembangkang semakin terserlah, gabungan parti dalam pakatan pembangkang terlalu rapuh menyebabkan mereka terlalu sukar untok mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Walaupun pemimpin pas banyak bertolak ansur dengan DAP dan juga PKR namun ia tetap tidak dapat menutup sesuatu isu yang timbul. Mereka sudah sedaya upaya cuba menyembunyikan sesuatu kelemahan tetapi apakan daya dikalangan pemimpin mereka juga yang mendedahkan keburukkannya kepada rakyat.

Sekarang rakyat sudah dapat menilai sendiri, selama ini ..read more 23Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ng Yen Yen Kata Kelantan Kotor

Dr. Ng Yen Yen kesal dengan tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang tidak peka dalam menjaga aspek kebersihan terutama di kawasan tumpuan pelancong. Ini akan menyebabkan usaha kerajaan untuk menarik pelancong ke negeri berkenaan gagal.

Nota- PAS pernah kata, kehadiran pelancong asing akan menyebabkan penularan budaya kuning oleh penduduk Kelantan dan akan menyebabkan maksiat berleluasa. Namun begitu, kita jangan lupa PAS Selangor (dan Nik Aziz) memberi sokongan pada Elizaberth Wong untuk mempertahankan isu bogelnya dengan Helmi; seolah-olah ia bukan maksiat.

Nampaknya ..read more 19Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Kelantan : Tawaran Nik Aziz Untuk Berdamai Ada Muslihat Yang Tersembunyi !!!

gambar blog http://tunkuaisha.blogspot.com Pertama Nik Aziz sudah mensia-siakan peluang yang datang hanya sekali dalam umur hayat PAS ketika Unity Government diwar-warkan. Ketika itu umum sudah tahu bagaimana sikap Nik Aziz dan kita sudah pun menyuarakan luahan hati kita ketika mana Nik Aziz telah menjadi ‘batu’ yang menghalang proses perdamaian itu berlaku. Ketika tawaran damai dihulur, rakyat Malaysia tidak lagi tahu kes perlantikan menantu beliau, serta perlantikan anak beliau, serta isu tajaan haji bernilai RM65 dan ketika itu juga Kickdefella masih lagi di ..read more 6Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

UNITY GOVERMENT NIK AZIZ…MENAMBAH LUKA ATAU SEKADAR MENUTUP PARUT?

Cadangan Nik Aziz hanya gula-gula, tutup kemelut pembangkang…

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdamai dengan UMNO hanyalah ‘gula-gula’ untuk terus menuntut royalti minyak bagi negeri Kelantan.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, selain itu, tindakannya juga mencerminkan keresahannya untuk menutup kemelut politik dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu, katanya, sebelum ini dengan tegas mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ..read more 6Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Royalti minyak: Ku Li sepatutnya guna saluran sesuai

Royalti minyak: Ku Li sepatutnya guna saluran sesuai

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggunakan platform pembangkang untuk menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sepatutnya menggunakan medium lain yang lebih sesuai seperti forum untuk menyatakan sesuatu pandangan.

“Saya rasa ini tidak boleh diterima, saya sendiri akan menggunakan saluran seperti forum untuk menyuarakan pandangan saya.

“(Malahan) ..read more 2Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline