All Posts Tagged With: "Rujukan"
Status Rayuan Keputusan Kemasukan ke IPTA (Lepasan SPM & STPM/ Diploma) boleh disemak 21 Julai (Rabu)
Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai 12 tengah hari 21 Julai 2010 (Rabu).
Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di www.upu.mohe.gov.my, https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/ atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon.
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web ..read more 21Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Status Rayuan keputusan kemasukan IPTA (Lepasan SPM & STPM) boleh disemak 21 Julai (Rabu)
Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai 12 tengah hari 21 Julai 2010 (Rabu).
Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di www.upu.mohe.gov.my atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon.
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA masing-masing ..read more 20Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Populariti Najib dan RMK-10
Populariti Najib dan RMK-10
April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri yang keenam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sejak itu, banyak tinjauan pendapat dilakukan untuk menguji gaya kepimpinan beliau yang berubah dengan landskap politik tanah air.
Seringkali kaji selidik oleh Merdeka Centre dijadikan rujukan kerana mengguna pakai metodologi yang cuba memberi gambaran dan melakar senario politik semasa arus perdana walaupun akan ada yang mengkritiknya jika keputusan kaji selidik tidak menyebelahi mereka.
Jika dinilai ..read more 13Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Melaka diasaskan pada 1262
Jika pada April lalu sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi rujukan selama ini.
Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai penubuhan kerajaan Melayu Melaka itu diputuskan hasil kesepakatan kajian selama setahun oleh sepasukan penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).
Keputusan itu dipersetujui pada Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran IKSEP bersama Universiti ..read more 1Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Awas amal perubatan tradisional
Awas amal perubatan tradisional
KUALA LUMPUR 28 Mei – Kementerian Kesihatan hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak mendapatkan rawatan daripada dukun atau pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar kerana ini boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk atau mungkin mengakibatkan maut.
“Jika mereka memerlukan rawatan alternatif, mereka boleh ke hospital tertentu kerajaan yang menyediakan perubatan tradisional,” kata Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&C) Kementerian, Dr. Ramli Abdul Ghani.
Beliau memberitahu, pada masa ini enam hospital – di Kepala Batas, Putrajaya, Johor Baharu, Kuala ..read more 29May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
SRI MULYANI DILANTIK, AnWAR YANG GEMBIRA.
1. Saya menerima emel dari sahabat maya RBF memaklumkan berita dalam Utusan Malaysia tentang pelantikan Ibu Sri Mulyani Indrawati sebagai Pengarah Urusan Bank Dunia berpangkalan di Washington. Sri Mulayani dilantik tatkala dirinya diselubungi kontroversi penyalahgunaan wang awam bagi menyelamatkan Bank Century di Indonesia atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan Indonesia.
2. Saya pernah mengulas tentang ‘bail out’ tersebut yang hampir menyerupai langkah kerajaan Negeri Selangor membeli Talam Corporation demi menyelamatkan syarikat tersebut dari lingkup. Ini idea TS Khalid yang ditentang hebat ..read more 6May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Program SAMA bantu pesakit kanser
Program SAMA bantu pesakit kanser
KERANAMU, wanita, Avon sentiasa bersedia membantu. Selain memberi peluang pendapatan kepada kaum wanita, syarikat itu sentiasa prihatin dan sensitif tentang kesejahteraan wanita Malaysia.
Sejak 16 tahun lalu, Avon telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam usaha membanteras kanser payu dara, penyakit yang digelar sebagai pembunuh nombor satu wanita.
Di bawah program Ciuman Selamat Tinggal kepada Kanser Payu Dara, sebanyak RM2 juta telah dikutip melalui aktiviti seperti jualan amal, larian amal, ceramah dan sebagainya.
Pada tahun ini, lima rekaan coli yang ..read more 23Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Jantung bukan hati
Oleh DR ASRI ZAINUL ABIDIN
SETELAH sekian lama kolum ini terhenti, Alhamdulillah, kita dapat bertemu kembali berbicara tentang pelbagai isu semasa berkaitan agama dan amalan kita.
Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”.
Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.
Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan ..read more 15Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pindaan Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010
Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan semakan panggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.
Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841242/1260/1253/1233/1226.
Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.
Sekian, harap maklum.
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
Kalendar Aktiviti KPLI-SR Ambilan Jun 2010 (Pindaan)http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2010/1271214666.pdf
Sumber Berita
Share on ..read more 14Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Keadilan mengatasi segala-galanya
Oleh SUZALIE MOHAMADFelo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
KITAB suci al-Quran mengandungi panduan hidup tentang kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Sebahagian daripada intipati ajaran Islam adalah tentang kesejahteraan, keamanan, ketenteraman dan keselamatan. Manusia hanya boleh selamat daripada belenggu kerisauan apabila wujudnya kesejahteraan dan keadilan.
Syariat Islam yang diterjemahkan melalui sumber al-Quran, sunah dan ‘ijma ulama bertujuan mewujudkan asas-asas keselamatan berlandaskan keadilan dan kesejahteraan. Oleh sebab itulah, syariah wajib dilaksanakan bagi memenuhi keperluan asas keselamatan manusia ..read more 9Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



