All Posts Tagged With: "Sasar"

Dana filem cereka: Finas sasar lulus 10 filem tahun ini

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Dana filem cereka: Finas sasar lulus 10 filem tahun ini

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyasarkan sekurang-kurangnya 10 filem diluluskan di bawah Dana Pinjaman Filem Cereka tahun ini.

Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, sasaran itu merupakan antara petunjuk prestasi utama (KPI) perbadanan itu pada tahun ini bagi strategi permodalan dan insentif industri perfileman.

“Setakat ini dua filem ..read more 19Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Mara perketat syarat pinjaman

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperketatkan syarat untuk semua pinjaman perniagaan dengan mewajibkan peminjam menamakan sekurang-kurangnya seorang penjamin atau cagaran, termasuk untuk pinjaman serendah RM1,000.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhammad, berkata langkah itu bagi memastikan setiap peminjam lebih bertanggungjawab dan menjelaskan ansuran bulanan pinjaman secara sistematik bagi mengelak sebarang gangguan kepada pusingan modal.

Beliau berkata, saranan ini adalah antara strategi yang digariskan Mara untuk memastikan sasaran kutipan sebanyak RM400 juta mencapai matlamatnya sepanjang tahun ini.

“Mulai tahun ini, Mara akan ..read more 17Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Warna kulit tidak harus bezakan kita – PM

Warna kulit tidak harus bezakan kita – PM

PEKAN 30 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, warna kulit tidak seharusnya membezakan rakyat Malaysia dalam menganjurkan kegiatan amal bagi membantu golongan tidak berkemampuan.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, khidmat dan amal yang diberikan melalui kegiatan sukarela itu seharusnya dibuat berdasarkan kepada keperluan kumpulan sasar, bukannya melihat soal etnik, agama dan warna kulit.

Beliau berucap merasmikan Kem Kesihatan dan Perubatan 1Malaysia anjuran kelab itu di ..read more 30Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

AirAsia sasar 2j penumpang Malaysia-India

AirAsia Bhd. (AirAsia) menjangka bilangan penumpang ke India dari Malaysia meningkat tiga kali ganda kepada dua juta orang menjelang tahun 2011 berbanding 590,000 orang tahun lalu melalui pengenalan enam laluan baru hari ini.

Syarikat penerbangan tambang murah itu akan menyediakan perkhidmatan baru ke bandar metro utama di India termasuk Chennai, Bangalore, Hyderabad, Mumbai dan New Delhi dari Kuala Lumpur (KL) serta dari Pulau Pinang ke Chennai.

AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ke Bangalore dan Hyderabad dari KL ..read more 27Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

BSN sasar 200,000 pelanggan guna IBFT

Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan kira-kira 200,000 daripada 2.8 juta pelanggannya ketika ini akan menggunakan perkhidmatan Pindahan Wang Antara Bank (IBFT) yang ditawarkan bank itu, menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Kanan/Ketua Khidmat Bayaran BSN, Zaukifele Ibrahim, berkata perkhidmatan baru itu yang diperkenalkan akhir Disember lalu, membolehkan pelanggan kad debit BSN melakukan pindahan wang ke bank lain menerusi rangkaian ATM Sistem Pembayaran Elektronik (MEPS).

Katanya, pemegang kad bank lain yang menyertai perkhidmatan IBFT juga boleh menggunakan 733 mesin ATM BSN ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Dividen sudah dibayar kepada Pertubuhan Peladang Kawasan

Dividen sudah dibayar kepada Pertubuhan Peladang Kawasan

TERIMA kasih kepada saudara JARAN KEPONG dari Sri Medan Batu Pahat di atas surat saudara di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 31 Disember 2009. Tahniah daripada Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di atas penyertaan saudara dalam program PPNJ untuk meningkatkan taraf sosioekonomi peladang melalui pelaburan dalam Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP).

SPKP diwujudkan oleh PPNJ dengan tujuan memberi peluang kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan ahli peladang di seluruh negeri Johor melabur dalam projek ..read more 5Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Sasar sifar KIR miskin tegar di Labuan pada 2010

Sasar sifar KIR miskin tegar di Labuan pada 2010

KUALA LUMPUR 28 Dis. — Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mensasarkan sifar miskin tegar Ketua Isi Rumah (KIR) di Labuan pada tahun depan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihak Perbadanan Labuan akan terus berusaha untuk mencapai sasaran sifar KIR miskin tegar di wilayah berkenaan pada 2010.

“Melalui sistem pemutihan yang dijalankan iaitu penilaian terhadap golongan KIR miskin tegar yang telah menerima atau menjalani program bantuan didapati seramai 45 orang ..read more 28Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Dasar bersama Pakatan Rakyat sasar Putrajaya

Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak – di mana pengaruh Pakatan tidak kuat – dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ..read more 20Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Maybank MoneyTree sasar segmen pelanggan muda

Malayan Banking Bhd. (Maybank) menyasarkan pertumbuhan digit berganda bagi segmen pelanggan mudanya yang pada masa ini mempunyai seramai dua juta asas pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, segmen pelanggan muda merupakan segmen yang akan diberi tumpuan pelaburan oleh bank tersebut.

”Kami akan memperuntukan sebanyak 20 hingga 30 peratus daripada bajet keseluruhan Maybank untuk meningkatkan segmen ini.

”Dari segi produk pula, kami akan meningkatkan produk sedia ada seperti Yippie dan menjalankan pakatan strategik serta sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ..read more 18Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

CSL sasar jual lebih suku juta i-200

Syarikat telefon bimbit murah, CSL Group of Companies (CSL Group) yakin dapat menjual 300,000 buah model terbarunya, i-200 dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Eric Chuah berkata, keyakinan itu berdasarkan harga yang ditawarkan kepada pelanggan hanya RM98.75 sebuah dengan mempunyai pelbagai fungsi termasuk dwi kad sim.

Beliau berkata, pihaknya tidak menjangka akan berlaku persaingan sengit di pasaran kerana model itu tidak mampu ditandingi mana-mana jenama lain ketika ini.

“Pengenalan model baru ini akan membolehkan kami menambah penguasaan pasaran yang ..read more 21Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline