All Posts Tagged With: "Semata"
29 pendatang sorok 4 hari dalam hutan untuk pulang
29 pendatang sorok 4 hari dalam hutan untuk pulang
PELABUHAN KLANG 17 Mac – Seramai 29 pendatang asing bertindak nekad menyorok dalam hutan di sini selama empat hari dan berlapar semata-mata untuk pulang ke negara asal tanpa mengikut laluan yang betul.
Cubaan pendatang asing dari Indonesia itu bagaimanapun gagal apabila bot yang dinaiki mereka ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu Pelabuhan Klang kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Selangor, ASP Nordin Osman berkata, bot yang dinaiki ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pekung PKR semakin terdedah
Pekung PKR semakin terdedah
SELAMA ini, apa juga yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering sahaja dianggap berunsur politik.
Walaupun yang didedahkan atau dinyatakan itu satu kebenaran, namun ia dilihat hanyalah hujah-hujah politik. Tidak kira apa pun isu sama ada impian 16 September, pentadbiran parti yang kucar-kacir, terlalu tunduk kepada DAP dan tiada lagi perjuangan untuk orang Melayu dan Islam, semuanya berjaya ‘ditutup’ melalui penafian oleh kepimpinan PKR.
Tetapi ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kanak-Kanak Sudah Bersedia Terhadap Perkahwinan Di Usia Muda?
Di zaman serba moden ini, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun biasanya dianggap budak sekolah, yang masih ligat bermain dan tidak sukakan kerja seperti mengemas rumah dan memasak.
Jangan bandingkan dengan zaman Malaysia masih dikenali Malaya dulu, kata majoriti orang ramai apabila tercetusnya berita budak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki lebih berusia di negara ini.
Dua kes pernikahan yang berlaku di Kelantan itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun diJelawang dan satu ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Fitnah : Laporan polis terhadap MP Kapar
Fitnah,tipu, bohong dan berlakon memang dah jadi makanan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, samada PAS, PKR dan DAP sama sahaja.
Bukan setakat itu sahaja, mengganggu urusan polis, kes mahkamah serta mencari publisiti juga dan mempolitikkan isu juga dah menjadi kebiasaan. Inilah bidang kepakaran mereka yang tidak dimiliki oleh BN.
Gara-gara memfitnah, S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap MP Kapar, S. Manikavasagam. [baca sini]
Karigalan membuat laporan ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PKR sedang karam, Tak perlu menunggu PRU13 untuk PKR hancur
PKR nampaknya terus diserang oleh Zul, semenjak pemecatannya dari PKR pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh Zulkifli termasuklah menghentam ANuwar dan Wan Azizah yang dianggap patung bernyawa.
Zulkifli menegaskan Pakat Keluar Ramai-ramai (PKR) perlu muhasabah diri dan mengelak daripada menyalahkan pihak lain sebagai dalang dalam setiap krisis dalaman yang dihadapinya. Pemimpin PKR tak perlu salahkan UMNO yang kononnya telah menawarkan ganjaran terhadap beliau untuk keluar parti.
Masalah kronik yang melanda PKR segalanya berpunca daripada peranan firaun kecil yang disifatkan sebagai anai-anai yang merosakkan ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Serambi Disko di Kelantan!!!
Visit kelantan.. Tersergam indah serambi disko di Jalan Hamzah. Tok Guru Nick Ajiss Sudah Sesatkan Orang. Mari Kembali Ke Pangkal Jalan.
Gambar salah satu disko di kelate, di jalan hamzah, menjadi kunjungan gadis melayu dan cina. semuanya dijamu dengan arak. astaga…moga Allah SWT lindungi kita. Ini bukan serambi mekah…ini serambi disco. Inilah padahnya apabila PAS berkawan dengan PKR dan DAP! Dimana perjuangan asal PAS, Inikah perjuangan Islam yang diagung-agungkan… ya betul PAS for ALL. Depan belakang semua bole.!
Wanita-wanita ini telah rosak ..read more 8Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi parti Sesat : PAS tolak pemimpin perjuangkan Islam – Mahfuz
Sebagai sebuah parti yang kononnya didaftarkan atas nama Islam pastinya kelihatan pelik apabila bertindak menolak seseorang yang mahu sumbangkan untuk perjuangan Islam.
Zulkifli Nordin jelas seorang yang amat berpegang prinsip terhadap perjuangan Islam. Sehingga ANwar dan PKR yang mempermainkan kalimah Allah dan Islam ditentang habis-habisan.. bukan setakat itu beliau sanggup dipecat.
Namun yang peliknya apabila sebuah pasti yang dikatakan memperjuangkan Islam menolak tokoh sedemikian. Langsung tidak diberi pertimbangan langsung oleh PAS dan ini ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.
Beliau berkata, ..read more 8Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pembedahan kosmetik cara baru
Pembedahan kosmetik cara baru
ROSE (bukan nama sebenar) merasakan tubuhnya belum kelihatan cantik. Dengan penuh yakin, dia memilih untuk menjalani rawatan sedut lemak. Walaupun berbelanja besar, dia ingin mencari doktor yang benar-benar ada kepakaran dan pengalaman.
Langkahnya laju menuju ke Pusat Perubatan Prince Court yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Di sana, dia mendapati bukan sahaja wanita berminat melakukan pembedahan kosmetik termasuk sedut lemak, lelaki juga ada keberanian yang sama. Ternyata teknologi itu menjadi buruan lelaki dan wanita ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
‘Bahtera’ siapa semakin bocor?
‘Bahtera’ siapa semakin bocor?
BEBERAPA minggu lalu, ketika ditanya oleh wartawan apakah mungkin akan berlaku penggabungan Pas ke dalam Barisan Nasional (BN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan menaiki kapal yang bocor.
Maksud beliau, BN kini dalam masalah, oleh itu adalah lebih baik jika Pas terus kekal ’sekapal’ dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang.
Tetapi kini mungkin Abdul Hadi akan terfikir semula kapal siapakah yang bocor, BN atau pembangkang? Ia memandangkan ‘kebocoran’ yang ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Jangan tunduk pada tuntutan
Jangan tunduk pada tuntutan
SEORANG rakan sepejabat menceritakan bahawa ibunya terpaksa pergi ke sebuah pasar raya setelah mendapati tiada ikan di kedai runcit yang biasa dikunjunginya, berdekatan rumahnya di Keramat, Kuala Lumpur.
Sekembalinya ke rumah, bukan ikan yang dibawanya pulang, sebaliknya ayam segar menjadi ganti. Ia berlaku selepas ibu itu melihat tiada banyak pilihan ikan yang boleh dipilihnya di pasar raya tersebut.
Langkah yang diambil oleh ibu itu adalah betul. Buat apa susah-susah dan pening kepala memikirkan ikan tiada di pasaran. ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued