All Posts Tagged With: "Semenanjung Malaysia"
Rancang kahwin tahun ini
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Rancang kahwin tahun ini
BUKAN mudah untuk seorang anak dara sunti dilepaskan oleh ibu dan ayah berhijrah ke kota besar semata-mata untuk menggapai cita-citanya.
Apatah lagi, anak tercinta tidak ditemani oleh mana-mana ahli keluarga. Sebaliknya, bersendirian merentasi Laut Cina Selatan untuk membina masa depan di Semenanjung Malaysia atau lebih tepat di Kuala Lumpur.
Itulah yang dilalui oleh pelakon dan model terkenal tanah air, Amber Chia.
Diam ..read more 15Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
UPM lancar laman web pencegahan kanser
STATISTIK oleh Pendaftar Kanser Nasional mencatatkan sebanyak 21,773 kes kanser di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006.
Daripada jumlah itu, seramai 11,799 merupakan pesakit wanita manakala 9,974 lelaki dengan dominasi di kalangan kaum Cina berbanding Melayu dan India.
Antara catatan kes paling tinggi adalah kanser payu dara, kolorektal, paru-paru, serviks dan juga nasofarinks.
Melihat betapa seriusnya masalah itu, banyak kajian dan penyelidikan di peringkat antarabangsa telah dijalankan.
Tujuannya adalah untuk mencari punca dan kaedah rawatan terbaik agar ia dapat dicegah pada peringkat awal.
Kebanyakan hasil kajian ..read more 14Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
KULI Berundur Aje Lah…
Rambut di kepala pun dah tak ada, ada hati nak jadi Hero berjuang dalam tuntutan Royalti Minyak.
KULI memberitahu Kelantan berhak mendapat Royalti Minyak (RM) berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum yang melibatkan perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kelantan.
Itu katanya sekarang, namun ketika KULI menjadi Menteri Kewangan era 80-an, KULI kata lain. Seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia tidak berhak mendapat 5 % Royalti Minyak!
Agaknya kenapa KULI berkata rakyat Kelantan berhak mendapat RM ketika berceramah di Stadium Sultan Muhamad ke 4, ..read more 3Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Terdesak Perlukan Wang? Pilih Ar Rahnu Daripada Ah Long
Pada saat keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pelbagai kaedah pinjaman wang dicari pengguna sebagai cara mendapatkan wang dengan kadar segera.
Selain ceti dan Ah Long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang ke pajak gadai ini ialah dari kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.
Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak tercapai menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang yang berharga dan diwarisi turun-temurun.
Ini antara kelemahan sistem pajak gadai yang melibatkan kaedah konvensional.
Asal mulanya ..read more 25Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PKR: Tidak mustahil Pakatan kuasai Pahang di PRU-13
KUANTAN, Jan 17 – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman berkata Pakatan Rakyat (PR) tiada pilihan kecuali menguasai kepimpinan kerajaan negeri itu dalam pilihan raya umum ke-13 bagi memenuhi aspirasi rakyat.
Malah kata beliau, bukan mustahil untuk pihaknya mencapai sasaran tersebut jika dilihat pada senario semasa yang menunjukkan kelemahan pentadbiran pimpinan Umno-Barisan Nasional.
“Lima puluh tahun selepas Hiroshima dan Nagasaki dihancurkan, Parti Liberal Demoratik (LDP) membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi kedua terkuat di dunia selepas Amerika Syarikat, tetapi Umno ..read more 18Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hanya Sabah dan S’wak dibenarkan kalimah Allah dalam bible
Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.
Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan ‘God’ dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.
Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.
Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora
Hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora
KUALA LUMPUR 14 Jan. — Hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Sarawak serta laut bergelora di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Johor dijangka berterusan sehingga esok.
Hujan lebat itu di bahagian Kuching, Samarahan, Bintulu dan Mukah boleh menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah sementara hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dari semasa ke semasa dijangka melanda kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu hingga Jumaat ini.
Menurut Jabatan Meterologi, tanah runtuh dan banjir ..read more 14Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
MAS Tawar Kempen Tambang Murah Setiap Hari Mulai 12 Januari 2010
Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan tambang murah menerusi kempen “Everyday Low Fares” bagi penerbangan domestik dan antarabangsa bermula 12 hingga 15 Januari 2010.
Pengurus Besar Kanan Pengurusan Rangkaian dan Pendapatan MAS, Dr Amin Khan berkata, tawaran harga rendah yang menarik ini adalah untuk laluan domestik perjalanan dari 22 Februari hingga 15 November dan dari 22 Februari hingga 17 Disember untuk sektor antarabangsa.
“Sejak kami memperkenalkan “Everyday Low Fares” tahun lalu, kami menjual tiket dengan nilai lebih daripada RM350 juta dengan tiga destinasi ..read more 11Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ramalan gempa dan tsunami sekuat 8.6 skala Richter ancam Pantai Barat Semenanjung
Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.
Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.
Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan ..read more 24Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Proton Exora Basic dilancar 21 Nov 2009
SHAH ALAM – Model Exora Basic Proton yang akan dilancarkan Sabtu ini dijangka menyumbang lima peratus kepada kuantiti jualan Exora pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Mac 2010.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, varian baru kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan tujuh tempat duduk itu akan dipamerkan di semua cawangan Proton Edar dan EON di seluruh negara mulai 21 November ini.
“Pelanggan boleh menempah model tersebut dengan bayaran RM500,” katanya di sini semalam.
Menurut beliau, ..read more 20Nov2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued