All Posts Tagged With: "Serius"

Sindiket tawar gaji RM3,000 jadi penjenayah

Kumpulan penjenayah di negara ini kini dikesan merekrut golongan remaja terutama pelajar untuk melakukan jenayah, termasuk membunuh dan mencederakan mangsa dengan memberi upah secara bulanan.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan samseng menyasarkan golongan remaja dan pelajar bermasalah yang tidak berminat untuk belajar atau sedang mencari pekerjaan melalui cara mudah. Trend terbaru itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah melalui maklumat daripada segelintir remaja yang mengadu mereka ketakutan kerana diburu pihak berkuasa dan ketua ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ziana hampir hilang nyawa

Ziana hampir hilang nyawa

SELAMA lapan bulan, penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain menyimpan rahsia yang cukup besar dan hanya menunggu masa sesuai untuk diceritakan.

Petang Selasa lalu di hadapan pihak media, Ziana mengejutkan hadirin apabila tiba-tiba sahaja dia menangis dan air mata yang terbendung sudah tidak mampu ditahan lagi.

Jelas Ziana, dia bersyukur dan bertuah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan biarpun nyawanya hampir diragut ketika melahirkan anak kembarnya.

“Apabila direnung kembali keadaan saya dalam tempoh lapan bulan ini, memang ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Hakim silap lagi, ANUwar Aljuburi terus melengahkan pembicaraan

Ibarat orang dah terdesak, pastinya pelbagai cara untuk melepaskan diri… jika tak boleh ikut depan, maka pintu belakang akan diguna, kalau tak boleh guna yang depan, yang belakang pun dia balun!!

Itulah dia sikap sebenar ANUwar Aljuburi, memang pakar strategies… dan pakar penipu…

Tapi dengan kata lain ANuwar Aljuburi ialah seorang yang penakut.. tidak berani berhadapan dengan pertuduhan liwat belaiu.. sampai bila beliau mahu lari.. lari di dunia mungkin boleh.. beliau boleh menipu satu dunia.. tapi beliau jangan lupa mahkamah Allah… ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Perpaduan politik umat Islam boleh dicapai – Nasharudin

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu

Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu

PIDATO Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri baru-baru ini, yang disertai 56 peserta daripada 51 negara, daripada enam benua di seluruh dunia, tidak dapat menafikan betapa tingginya nilai keantarabangsaan Bahasa Melayu (BM).

Sehubungan ini, BM dipelajari sebagai bahasa asing di lebih daripada 100 institusi pengajian tinggi di puluhan negara di luar Nusantara.

Rakyat Malaysia yang mengikuti pertandingan ini, selain kagum dan terpesona dengan kepetahan para peserta, ikut terasa terharu dengan kesungguhan masyarakat asing mempelajari ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kuasa autonomi SBT dinilai sepanjang masa

Kuasa autonomi SBT dinilai sepanjang masa

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada tulisan Mohamad Asri Shafii, Exco GPMS Perak dalam ruangan Forum pada 22 Februari 2010 bertajuk Pantau autonomi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Kuasa autonomi yang diberi kepada pengetua atau guru besar secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan sekolah. Mereka akan dipantau, dibimbing dan dinilai dari semasa ke semasa dengan fokus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah trend menaik, oleh pihak BPSBPSK, JPN dan PPD. Jabatan Pelajaran Negeri adalah kuasa ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Penyelesaian krisis kepimpinan baik untuk MCA, juga BN

Penyelesaian krisis kepimpinan baik untuk MCA, juga BN

KRISIS kepimpinan MCA nampaknya masih belum selesai. Peletakan jawatan oleh 21 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA pada Khamis lalu mengejutkan dan memaksa pemilihan baru perlu diadakan pada 28 Mac ini.

Meminjam kata-kata Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat – parti itu sedang berdepan “satu ujian getir”.

Dalam mesyuarat agung Wanita dan Pemuda dan parti induk MCA itu sendiri sudah kelihatan kumpulan peyokong pemimpin tertentu memboikot aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MCA Pusat.

Timbalan Presiden MCA Datuk ..read more 8Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Perkhidmatan farmasi beri yang terbaik

Perkhidmatan farmasi beri yang terbaik

SURAT yang disiarkan dalam ruangan ini pada 16 Februari 2010 adalah dirujuk.

Terlebih dahulu Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih kepada penulis di atas keprihatinan beliau berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

Memang benar bukan pertama kalinya masalah kekurangan ubat telah diluahkan dalam dada akbar. Malangnya, maklum balas dan penjelasan yang dihantar oleh bahagian ini tidak pernah dipaparkan.

Justeru, tidak hairan mengapa penulis merasakan seolah-olah pihak KKM tidak langsung memberi perhatian dan mengambil tindakan ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kecekapan wanita laksana tugas jadi kriteria utama

Rata-rata kakitangan kerajaan berpendapat peningkatan jumlah golongan wanita dalam sektor awam bukan menjadi satu masalah yang perlu dibimbangi.

Sebaliknya bagi mereka, kecekapan dan keupayaan menjalankan tugas adalah kriteria utama yang perlu dititik beratkan pada seseorang pekerja tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati perkara tersebut merupakan faktor penting untuk menilai tahap prestasi seseorang pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Seorang kakitangan awam, Muhaizatul Akmar, 29, berkata, hasil kerja yang diberikan oleh seseorang kakitangan awam perlu berkualiti selain ..read more 25Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Atasi masalah tempat letak kereta di Putrajaya

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Atasi masalah tempat letak kereta di Putrajaya

SAYA adalah seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Komplek D, Putrajaya. Baru-baru ini saya ada membaca memo yang kononnya atas arahan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan khas sahaja dibenarkan untuk meletak kereta mereka di tempat letak kereta di basement komplek D.

Ia dikatakan akan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2010.

Sebelum ini semua ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline