All Posts Tagged With: "Serta"

Gempar!!! : ANuwar Aljuburi perdayakan Yusof AlQardawi

Walaupun Yusof Qardawi seorang ulama tersohor seantero dunia, namun dalam kes liwat ini beliau dilihat bias? (pandangan dilihat menyebelahi satu pihak)… kita tidak menyalahkan Yusof AlQardawi tentang hal ini.. kerana beliau telah diperdaya dengan ANuwar ALjuburi..

Tidakkah patut dalam kes ini dilibat dengan terperinci pandangan dua pihak iaitu ANuwar dan Saiful, bukankah Islam anjurkan pemeriksaan dan siasatan terhadap sesuatu perkara dan jangan terus membuat kesimpulan jika mendengar sesuatu berita.. bukankah Islam meminta jika datang susatu perkhabaran dari orang fasiq dalam konteks ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kecewa tak dapat duduki MTEST

Saya antara ribuan pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2010 dan mahu menyatakan dukacita terhadap proses pemilihan calon bagi menduduki ujian Mtest yang akan diadakan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan semua, ramai antara kami tidak tersenarai bagi menduduki ujian itu sedangkan syarat yang dikemukakan pada borang permohonan sudah dipenuhi. Apabila dirujuk kepada Kementerian Pendidikan, jawapannya ialah terlalu ramai yang memohon justeru, tapisan terpaksa dibuat. Adakah kementerian sedar bahawa kami membayar RM6 dengan membeli nombor pin hanya untuk menduduki ujian ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Patrizio mahu takluk dunia

Patrizio mahu takluk dunia

MISINYA hanya satu iaitu mahu menakluk dunia dengan muziknya sekali gus memperkenalkan namanya di persada seni antarabangsa.

Dengan penuh jujur, Patrizio Buanne mengakui namanya belum cukup kuat untuk menyakinkan masyarakat dunia akan bakatnya.

Kerana itulah, dia tidak pernah putus asa mencari formula dan strategi terbaik untuk menonjolkan diri serta muziknya dalam meraih perhatian khalayak.

Biarpun sudah melahirkan dua album sebelum ini iaitu The Italian dan Forever Begins Tonight pada tahun 2005 dan 2007, namun Patrizio belum puas dengan apa yang ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Bagaimana jika Anwar benar2 meliwat?

Banyak daripada blog-blog penyokong Anwar telah mempersoalkan mengapa Saiful yang muda dan berbadan tegap tidak melawan ketika mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Bagi mereka, Anwar yang sudah tua sudah pastinya tidak mampu menandingi kudrat Saiful.

Satu persoalan yang baik. Tapi apakah mereka terfikir, bagaimana pula jika Anwar memang benar-benar meliwat Saiful? Walaupun didalam keadaan paksa ataupun rela, takkan Anwar yang dilabelkan oleh mereka setaraf dengan martabat nabi Yusuf a.s “merelakan” dirinya menceroboh stor kunyit si Saiful?

Anwar yang pernah diangkat sebagai ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

BAGI SEMUA, BARU ADIL

BAGI SEMUA, BARU ADIL

SAYA tertarik dengan sambutan dua perayaan yang berlangsung di Pulau Pinang pada 1 Mac baru-baru ini iaitu Capgome yang dihadiri kira-kira 50,000 orang serta melibatkan kereta berhias dan satu lagi ialah perayaan Maasi Magan di Pantai Telok Bahang.

Ia menunjukkan kebebasan agama cukup subur termasuk di Pulau Pinang. Tiada negara lain di dunia yang begitu terbuka kepada kaum minoriti.

Bagaimanapun saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan lebih sensitif supaya tidak berlaku usaha untuk membatalkan sambutan ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran

Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seorang lelaki mati, manakala tiga rakannya cedera parah selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah restoran di Jalan Ipoh dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam, dan suspek mungkin seorang pembunuh upahan.

Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.40 pagi semasa keempat-empat sahabat dalam lingkungan umur 30-an itu sedang menikmati ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Suu Kyi kecam undang-undang baru pilihan raya Myanmar

Suu Kyi kecam undang-undang baru pilihan raya Myanmar

YANGON, Myanmar 11 Mac – Pemimpin pembangkang Mynmar yang ditahan, Aung San Suu Kyi berkata, beliau terkejut namun tidak serik dengan undang-undang pilihan raya baru kerajaan tentera yang akan melarang beliau daripada mentadbir negara atau menerima undian dalam pilihan raya yang akan diadakan pada tahun ini.

Pemenang anugerah keamanan `The Nobel’ itu menggambarkan undang-undang tersebut sebagai `satu penindasan’ dan `tidak adil’ serta mengesa para ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Fitnah : Laporan polis terhadap MP Kapar

Fitnah,tipu, bohong dan berlakon memang dah jadi makanan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat, samada PAS, PKR dan DAP sama sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, mengganggu urusan polis, kes mahkamah serta mencari publisiti juga dan mempolitikkan isu juga dah menjadi kebiasaan. Inilah bidang kepakaran mereka yang tidak dimiliki oleh BN.

Gara-gara memfitnah, S. Karigalan, bapa kepada K. Haresvarran kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat didera pada Rabu lepas, hari ini membuat laporan polis terhadap MP Kapar, S. Manikavasagam. [baca sini]

Karigalan membuat laporan ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

IPU: Udara di Balok Baru, Kuantan didapati kurang sihat

IPU: Udara di Balok Baru, Kuantan didapati kurang sihat

KUALA LUMPUR 11 Mac – Tahap kualiti udara di Balok Baru, Kuantan didapati kurang sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 127 hari ini.

Kawasan-kawasan lain di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak berada pada tahap baik dan sederhana, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, kebakaran hutan di Pahang pada minggu ini semakin luas.

Seorang jurucakap Jabatan Kaji Cuaca yang dihubungi hari ini ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu

Iktibar orang asing petah berbahasa Melayu

PIDATO Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri baru-baru ini, yang disertai 56 peserta daripada 51 negara, daripada enam benua di seluruh dunia, tidak dapat menafikan betapa tingginya nilai keantarabangsaan Bahasa Melayu (BM).

Sehubungan ini, BM dipelajari sebagai bahasa asing di lebih daripada 100 institusi pengajian tinggi di puluhan negara di luar Nusantara.

Rakyat Malaysia yang mengikuti pertandingan ini, selain kagum dan terpesona dengan kepetahan para peserta, ikut terasa terharu dengan kesungguhan masyarakat asing mempelajari ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline