All Posts Tagged With: "Siap"
Kementerian sasar turunkan kadar residivis – Hishammuddin
Kementerian sasar turunkan kadar residivis – Hishammuddin
ALOR SETAR 13 Jun — Kementerian Dalam Negeri akan memantapkan lagi inisiatif Keberkesanan Program Pemulihan Jabatan Penjara bagi memastikan jumlah banduan berulang kali masuk ke penjara dapat diturunkan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah banduan berulang kali masuk penjara kini pada tahap 16.8 peratus setahun daripada jumlah banduan di seluruh negara.
Beliau berkata, pada tahap 16.8 peratus jumlah residivis atau banduan yang berulang kali masuk ke penjara ketika ini, Jabatan Penjara telah mencapai sasaran ..read more 13Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Bangunan tertinggi dunia dikawal ketat

DUBAI – Bangunan pencakar langit Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikawal ketat pada hari perasmiannya hari ini.
Bangunan itu akan dirasmikan pemerintah Dubai manakala beberapa akhbar tempatan melaporkan lebih 1,000 anggota keselamatan termasuk polis berpakaian awam dan pasukan penembak tepat dikerah mengawal majlis perasmian.
Ketinggian tepat Burj Dubai masih belum diumumkan secara rasmi tetapi pemajunya, syarikat Emaar menyatakan ia memiliki ketinggian lebih 800 meter manakala beberapa laman web melaporkan tinggi bangunan tersebut ialah 818 meter tetapi beberapa arkitek di UAE ..read more 7Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Jessica Alba suka bermekap
Message from Five Filters: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Jessica Alba suka bermekap
LOS ANGELES 4 Jun – Aktres Jessica Alba, boleh siap berdandan dalam masa lima minit.
Pelakon jelita itu yang kini menjadi model barangan kosmetik dan penjagaan wanita, Revlon berkata, dia telah belajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya baru bermekap selepas melahirkan anak perempuannya, Honor Marie pada Jun 2008.
“Penjagaan kecantikan saya telah banyak berubah sejak menjadi seorang ibu.
“Saya telah belajar ..read more 4Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Kementerian Pelajaran jawab Kasihanilah guru di pedalaman
Kementerian Pelajaran jawab Kasihanilah guru di pedalaman
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada surat pembaca, Cikgu Yap, Sarawak dalam ruangan Forum di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Mac 2010 bertajuk Kasihanilah guru di pedalaman.
Kerajaan sedar penempatan ke pedalaman bukanlah menjadi pilihan utama kebanyakan guru. Hal ini kerana kemudahan asas di kawasan pedalaman tidak sesempurna seperti di bandar.
Situasi dan kesukaran di pedalaman sangat mencabar emosi dan minda guru yang ditempatkan di sana. Namun, murid-murid di pedalaman sangat memerlukan pendidikan ..read more 10May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Panel 10 pakar perubatan periksa kesihatan Sultan Kelantan
Panel 10 pakar perubatan periksa kesihatan Sultan Kelantan
KOTA BHARU 7 Mei – Sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Selasa lepas untuk rawatan susulan masalah jantung.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan.
Menurutnya, ..read more 7May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Perkhidmatan antara bandar KTMB ke utara kembali pulih
Perkhidmatan antara bandar KTMB ke utara kembali pulih
KUALA LUMPUR 7 Mei – Perkhidmatan antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi sektor utara kembali pulih hari ini selepas terganggu akibat kegelinciran kereta api kargo antara Padang Besar dan Prai petang semalam.
Gerabak yang terlibat telah dialihkan dan landasan rosak siap dibaiki pukul 9 pagi ini, menurut kenyataan KTMB.
Perkhidmatan tren KTMB Intercity di sektor utara dijangka tidak akan mengalami sebarang gangguan perkhidmatan dan beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan itu.
Insiden kegelinciran semalam ..read more 7May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Mengantuk satu penyakit
“Saya pernah hampir terlibat dalam kemalangan ketika memandu pulang ke kampung kerana mengantuk.
“Saya juga kerap bermimpi seperti lemas dan tiba-tiba terbangun,” ujar Zulfikar Ali Bhatto Mohd. Sidik menceritakan masalah mengantuk yang dihadapinya.
Pada awalnya dia menyangka fenomena itu disebabkan dia kurang vitamin dan tidal bersenam. Namun, pemeriksaan doktor mendapati Zulfikar Ali menghidap sleep apnea (nafas terhenti ketika tidur) hingga kualiti tidurnya berada pada paras 30 peratus sahaja.
Dia sering terjaga secara tiba-tiba disebabkan otaknya telah memberikan signal supaya bangun. Jika tidak, keadaan ..read more 29Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan siap Julai
Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan siap Julai
KUALA LUMPUR 26 April – Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan (SITT) di Bandar Tasik Selatan di sini dijangka siap pada Julai, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini.
Menurut beberapa laporan, projek bernilai RM570 juta yang dibangunkan oleh Maju Holdings Sdn. Bhd. itu akan menggantikan Puduraya sebagai terminal utama Kuala Lumpur bagi bas-bas yang menuju ke selatan.
Ia terletak berdekatan dengan stesen KLIA Express Rail Link, Star LRT dan KTM Komuter, dan terdiri daripada ..read more 26Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
48,935 atau 75.87% keluar mengundi di Hulu Selangor
48,935 atau 75.87% keluar mengundi di Hulu Selangor
HULU SELANGOR 25 April – Sejumlah 48,935 orang atau 75.87 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata, jika kesemua peti undi dari 48 pusat mengundi dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi di pekan Kuala Kubu Baharu menjelang 8.30 malam dan urusan penjumlahan siap dalam masa sejam, keputusan dapat diumumkan sebelum 10 malam.
Katanya, SPR ..read more 25Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Zize & Bung mengaku bersalah
Zize & Bung mengaku bersalah
BARU sahaja Joyah rasa pasangan merpati dua sejoli ini bergambar sakan dalam satu majlis anugerah baru-baru ini dengan dakapan romantis. Tup tup sekali lagi pasangan Zizie dan Bung Moktar bergambar sakan, tapi kali ini di depan mahkamah pula.
Mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkahwin tanpa kebenaran. Bung didakwa berpoligami dengan Zizie tanpa kebenaran mahkamah manakala isteri keduanya yang cukup gebu itu didakwa bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Daerah Gombak Timur, Selangor.
Apa yang membuatkan ..read more 24Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued



