All Posts Tagged With: "Sihat"

Hawwa isteri yang sabar

Hawwa binti Yazid adalah wanita yang awal memeluk Islam. Dia anak saudara Saad bin Muaz. Dia berkahwin dengan Qais bin al-Khatim al-Aus. Mereka mendapat dua orang anak lelaki iaitu Yazid dan Sabit.

Hawwa adalah seorang wanita yang tabah dan sabar. Suaminya seorang penyair yang sangat terkenal. Semasa Hawwa memeluk agama Islam, suaminya masih menganut agama nenek moyangnya. Berita keislaman Hawwa sampai ke pengetahuan suaminya.

“Saya tidak suka awak menganut agama Islam. Berani awak mempermainkan agama nenek moyang kita,” kata suaminya.

Hawwa dengan tegas ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kawal kencing manis elak CKD

Kawal kencing manis elak CKD

HARI Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac setiap tahun di seluruh dunia merupakan kempen kesedaran kesihatan peringkat global yang memberi tumpuan kepada kesedaran tentang kepentingan penjagaan buah pinggang.

Ini kerana lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia menderita akibat masalah organ terpenting itu dan meninggal dunia sebelum waktunya disebabkan penyakit kardiovaskular yang dikaitkan dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Punca utama CKD adalah kencing manis dan tekanan darah tinggi yang gagal dikawal dengan baik.

Apabila ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Istiqamah lakukan kebajikan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maraghi berkata: Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut perkara-perkara yang memberi hiburan kepada mereka dan membuat hati mereka bersabar pada saat menghadapi kesengsaraan tersebut.

Di samping itu, Allah SWT menjelaskan betapa kecilnya kesenangan yang diberikan kepada orang kafir di dunia ini serta amat sedikit sekali lagi fana.

Oleh itu, orang yang mempunyai akal yang sihat tidak sepatutnya membandingkan apa yang ada di dunia ini dengan kenikmatan yang abadi di akhirat.

Ayat ke-199

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Sesungguhnya di ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ahli Parlimen Kuala Nerus dirawat di HSNZ

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dirawat di HSNZ

KUALA TERENGGANU 21 Feb. – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketika ditemui pemberita di hospital itu hari ini, katanya beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas setelah berasa tidak sihat semasa sedang bercuti dengan keluarganya di Pulau ..read more 21Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Rayuan Wardina kepada selebriti

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Rayuan Wardina kepada selebriti

MENYEDARI kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, selebriti Wardina seakan-akan tidak mampu membendung lagi rasa kesalnya berhubung senario yang amat menyedihkan itu.

Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu bukan sahaja kesal, malah dia juga sering menangis setiap kali paparan kes-kes yang amat menyayat hati itu dilaporkan menerusi media massa.

Menurut Wardina atau nama sebenarnya Wardina ..read more 18Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

UPM lancar laman web pencegahan kanser

STATISTIK oleh Pendaftar Kanser Nasional mencatatkan sebanyak 21,773 kes kanser di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006.

Daripada jumlah itu, seramai 11,799 merupakan pesakit wanita manakala 9,974 lelaki dengan dominasi di kalangan kaum Cina berbanding Melayu dan India.

Antara catatan kes paling tinggi adalah kanser payu dara, kolorektal, paru-paru, serviks dan juga nasofarinks.

Melihat betapa seriusnya masalah itu, banyak kajian dan penyelidikan di peringkat antarabangsa telah dijalankan.

Tujuannya adalah untuk mencari punca dan kaedah rawatan terbaik agar ia dapat dicegah pada peringkat awal.

Kebanyakan hasil kajian ..read more 14Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Edisi Kemenangan : Seorang lagi Yb PKR tinggalkan Anwar demi untuk rakyat !!!

Kenyataan YB PKR yang meninggalkan parti tersebut disebabkan prinsip membela rakyat sangat mengharukan saya. Rupanya masih ada lagi yang boleh berfikir dengan baik tentang kepentingan rakyat yang semakin ditindas di Pulau Pinang. Saya ingin memetik kata kata beliau :

‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

‘‘Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak kira ..read more 13Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah – Ambilan Jun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

1. KETERANGAN PROGRAMNama Program : KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR)Tempoh Pengajian : Satu (1) TahunMod Kursus : Sepenuh Masa2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS2.1 Warganegara Malaysia 2.2 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir selepas 28 Jun 19752.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi ..read more 8Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tangan bersih hindar penyakit

Tangan bersih hindar penyakit

KEBERSIHAN tangan sangat penting untuk mengurangkan risiko jangkitan ke atas diri sendiri, keluarga atau komuniti secara umumnya.

Menyedari kepentingan membasuh tangan, rangkaian sabun antibakteria Antabax melancarkan program kesedaran dan Pendidikan Antabax – Tangan Bersih, Mencegah Penyakit di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan itu bertujuan mendidik lebih kurang 150,000 murid dari 150 sekolah rendah di seluruh negara tentang kepentingan membasuh tangan sebagai langkah mencegah penularan wabak selesema babi atau Influenza A ..read more 2Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Harapan baru buat pesakit ginjal

Harapan baru buat pesakit ginjal

SETIAP kali membaca mengenai rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang ytimbul persoalan, adakah mereka selesa menerima rawatan tersebut?

Lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza.

Pesakit terpaksa bergantung pada mesin hemodialisis atau menggunakan rawatan dialisis dialisis peritoneal (PD) dengan menukar cecair dalam badan setiap empat jam. Ketika ini sokongan ahli keluarga diperlukan. Di Malaysia, ada lebih 3,500 pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) setiap tahun dan angka ..read more 1Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline