All Posts Tagged With: "Sinonim"

Nostalgia Sri Mersing

Nostalgia Sri Mersing

LONTARAN dialog klasik oleh Allahyarham seniman Nordin Ahmad berbunyi ‘kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu’ sekitar 50 tahun lalu sememangnya masih diingati sehingga kini.

Diungkapkan menerusi filem Sri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani, dialog penuh emosi itu cukup dikagumi oleh segenap penggemar filem Melayu sehinggakan ia tetap segar biarpun sudah berpuluh tahun berlalu.

Begitulah penangan keasyikan, penghayatan dan kuatnya emosi yang dibawakan oleh Allahyarham seniman itu ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

DNA otak sel tubuh

Peminat fanatik drama bersiri penyiasatan CSI: Crime Scene Investigation pasti teruja memerhatikan setiap gerak langkah penyiasat-penyiasat forensik dalam menjejaki penjenyah sesuatu kes.

Perasaan gelisah sentiasa bermain di benak sanubari penonton yang tidak sabar mengetahui kesudahan cerita kegemaran mereka.

Kecekapan penyiasat forensik di dalam siri berkenaan ke lokasi kejadian mengumpul bahan bukti membuatkan peminat fanatik itu tidak lekang daripada televisyen.

Dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik moden hari ini, penonton akhirnya menarik nafas lega apabila kesimpulan kepada kes yang rumit berjaya dirungkai satu persatu ..read more 25Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ellie bantu Erma arah Antara…

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Ellie bantu Erma arah Antara…

BERILAH apa saja tugas yang berkaitan dengan keagamaan kepada Erma Fatima, dia tidak akan berkata tidak pada tawaran-tawaran itu.

Sekalipun terpaksa berkorban kudrat, masa dan wang ringgit, sutradara ternama tanah air itu sentiasa akan mencari ruang untuk memastikan tugas itu dijayakan.

Begitu juga dengan tawaran baru bersama Istana Budaya (IB).

Biarpun tawaran diterima sangat singkat, namun amat berat sekali untuk Erma ..read more 22Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

AnWAR – "DARI KERANA MATA"

1. AnWAR dan mata cukup sinonim! Azizah isterinya ialah doktor mata, lambang partinya juga berasaskan mata. Beliau muncul kali pertama di mahkamah setelah ditangkap 12 tahun lalu dengan mata lebam. Kali ini (semalam) beliau muncul dengan kacamata hitam. Jarang sekali AnWAR muncul di khalayak ramai berkacamata hitam.

2. Pelbagai tafsiran kedengaran di mahkamah semalam. Bagi yang menentang AnWAR, kedengaran sinis mengatakan AnWAR seperti ‘gigolo’. Bagi yang neutral, mereka mengatakan AnWAR seperti ‘James Bond’ yang macho. Dalam perbualan dengan penyokong AnWAR dari ..read more 5Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tidak berirama nasyid lagi

Tidak berirama nasyid lagi

Judul Album: Nota Cinta Artis: Saujana Konsep Muzik: Sentimental Terbitan: Hijjaz Records

KOMEN: Daripada segi lirik lagu yang bertemakan ketuhanan, Saujana bolehlah dianggap sebagai sebuah kumpulan nasyid. Begitu juga dengan elemen petikan selawat dan ungkapan dalam bahasa Arab yang diselitkan dalam lirik-lirik lagu mereka turut menguatkan lagi konsep tersebut.

Misalnya menerusi lagu berjudul Ya Muhaiminu Ya Salam dan Tausyeh Sika. Juga lagu berjudul Hasbi Rabbi yang cukup sinonim di kalangan kumpulan-kumpulan nasyid lain yang dirakamkan semula oleh Saujana dalam album ini.

Bagaimanapun jika ..read more 1Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kemuncak pencarian bakat BIMA

Kemuncak pencarian bakat BIMA

DATUK Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Aishah, Syura, Siti Nordiana dan Syazliana merupakan antara nama yang memperjuangkan lagu-lagu Irama Malaysia dan mempopularkannya.

Walaupun lagu Irama Malaysia lebih sinonim dengan mereka yang berbangsa Malaysia, namun ada segelintir mereka yang bukan berbangsa Melayu turut memperjuangkan irama ini seperti Andre Goh, Kenny Lee dan V. Saravagan.

Malah, Irama Malaysia yang mula popular sekitar tahun 1980-an masih digemari oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu apabila kita dapat menyaksikan beberapa orang finalis Bintang ..read more 23Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Sijil halal Jakim ikut MS1500

Tiada sijil halal akan diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap produk yang mencetuskan kekeliruan atau sinonim dengan perkara haram dan najis.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar ketika ditemui Kosmo! semalam menjelaskan, air mineral yang mempunyai label atau diisi dalam botol minuman menyerupai botol arak juga tidak akan diberi pensijilan halal.

“Sijil halal tidak diberikan kerana kita mahu mengelak daripada berlaku kekeliruan pada produk seperti itu kerana ia merupakan produk yang tidak halal pada asalnya.

“Apabila kita meletak ia sebagai ..read more 25Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Gema variasi zapin di IB

Gema variasi zapin di IB

MUNGKIN tidak ramai yang mengetahui irama zapin yang cukup popular dan sinonim di negeri Johor mempunyai pelbagai variasi alunan nadanya selepas hampir 500 tahun ia diperluaskan oleh para pedagang dari Timur Tengah.

Sehingga kini terdapat lebih 14 jenis alunan zapin yang berbeza latar rentaknya yang kebanyakannya dikutip daripada pelbagai daerah di Johor sehingga menjadikannya unik dan semakin diterima ramai termasuklah oleh generasi muda.

Ekoran sambutan itu, Pengarah Yayasan Warisan Johor, Jama Johan berkata, pihaknya akan mementaskan lagu-lagu zapin ..read more 21Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kekalkan prestasi, jangan leka

Kekalkan prestasi, jangan leka

KEJAYAAN Malaysia mengakhiri penantian selama 20 tahun untuk membawa pulang pingat emas acara bola sepak sukan SEA di Vientiane, Laos diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Turut sama berkongsi kegembiraan itu dan sebenarnya lebih memahami erti kemenangan tersebut ialah bekas pemain bola sepak negara, DATUK ABDUL GHANI MINHAT.

Pemain bola sepak handalan di era 1950-an dan 1960-an ini juga pernah membantu negara memenangi pingat emas semasa Sukan SEAP di Rangoon, Burma (kini Myanmar).

Dalam pertemuan ..read more 20Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

MCA mesti dengar ‘amaran’ Huatuan

Kemelut kepemimpinan perlu diselesai segera pulih keyakinan masyarakat Cina BAGAIMANAKAH kesudahan krisis MCA? Jika pemilihan semula diadakan tahun depan, siapakah atau kumpulan manakah yang akan menjadi pemenangnya? Bagaimanakah kedudukan MCA pasca krisis? Mampukah MCA kembali bangkit menambat hati pengundi Cina dalam pilihan raya yang akan datang, sekali gus meletakkan ..read more 5Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline