All Posts Tagged With: "Sudut Agama"
Latar belakang pendidikan, kerjaya antara faktor pengaruhi keinginan berumah tangga
Lewat berkahwin bukan sekadar menjadi isu peribadi atau menjadi topik perbincangan antara badan mewakili wanita tetapi turut mendapat perhatian pakar psikologi, kesihatan dan agama lantaran ia mempunyai hubung kait rapat dengan ketiga-tiga aspek itu.
Pakar psikologi, Wan Azreena Wan Jaafar, berkata terlalu banyak meluangkan masa kepada pendidikan menjadi salah satu faktor utama ramai wanita atau lelaki masih membujang selepas melewati usia wajar berkahwin.
Selain itu, apabila mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, ia sekali gus menyukarkan seseorang wanita untuk menemui calon suami ..read more 23Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued
Sihir mainan jin, syaitan pesongkan akidah ummah
Baru-baru ini, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mencadangkan diwujud undang-undang mengekang penggunaan ilmu hitam, termasuk bagi menundukkan suami atau isteri serta dalam aktiviti jenayah yang dilihat semakin ketara sejak kebelakangan ini.
Saranan itu dikemukakan beliau pada Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam pada 17 Disember lalu, antara lain menyebut undang-undang itu boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula ..read more 27Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued



